Demi Masa

Friday, April 30, 2010

senyum sahaja :)

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan namaMu Ya Allah, aku mengharap keredhaanMu di dalam penulisanku.

Tajuk post kali ini berbunyi ceria, jadi aku akan cuba sedaya mungkin untuk menjadikan post ini bebas dari masalah. hahA. Bolehkah begitu? :)

Senyum 1:
Dengan syukur yang teramat sangat aku panjatkan kepada Ilahi, aku berjaya menghabiskan sem 3 tanpa sebarang tanda 0 di kedatangan. Maksudnya, aku tidak pernah ponteng ya! :) Bukan sem 3 sahaja, malah termasuk sepanjang setahun aku di CFS ini. Alhamdulillah kerana diberi kudrat dari Allah agar mampu ke kelas. Ya, pernah juga diuji oleh Allah dengan sakit, tetapi itu bukan penghalang untuk tidak ke kelas. Kalau setakat pening dan demam tidak mampu ke kelas bagaimana jika disuruh berjihad nanti? Dengan izin Allah mujahidah ini tidak akan lelah dengan ujian Allah kerana jelas Allah nyatakan di dalam Surah Al-Baqarah:

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
[Al-Baqarah 2:286]

Jelas bukan ayat tersebut? Jadi mengapa kita harus mengeluh dengan ujian Allah? Allah tahu kita mampu menghadapinya sebab itulah Dia memilih kita untuk menempuh ujian tersebut. *Aku senyum :)*


Senyum 2:
Teringat tadi usai menjawab kuiz terakhir Math 3, Madam Ruslina dengan murah hatinya memberikan anak muridnya hadiah seorang satu. Sungguh mulia hatimu madam. Semoga ilmu yang madam beri dihalalkan dan semoga berkat aku belajar. *Aku senyum :)*

Senyum 3:
Seronok habis kelas math tadi, aku, Nura, Wan, Ida dan Mira menjamu selera di U Cafe. Terkilan sedikit kerana Ada tidak ikut serta kerana dia tidak hadir ke kelas hari ini. Selesai menjamu selera, snap gambarlah di sana sini. Iyalah, graduating students kan. InsyaAllah. *Aku senyum :)*

Senyum 4:
Tiba-tiba teringat kenangan sepanjang aku hidup di bumi PJ ini. Ahh, terlalu banyak untuk ku tulis. Semua kenangan tersebut tidak akan terpadam dari memoriku. InsyaAllah. *Aku senyum :)*

Senyum 5:
Oh, roomateku! Banyak budi kalian padaku. Tidak terbalas rasanya. Aku hanya mampu berdoa agar kalian diberikan ganjaran yang terbaik oleh Allah. Amin. Gelak tawa kalian sentiasa menghiburkan aku. *Aku senyum :)*

Senyum 6:
Aku tidak kuat imannya untuk berdakwah. Tetapi aku berharap aku mampu menunjukkan peribadi yang boleh diikuti. Ya, aku belum cukup sempurna. Namun jika yang baik dariku, ikutilah. Jika buruk dariku, tegurlah aku. Aku teringat suatu pagi ketika aku sedang bertahajud. Seorang roomateku bangun ke tandas. Pulang ke bilik, dia turut menunaikan Solat tahajud. Alhamdulillah. Allah telah membuka hatinya untuk melakukan tahajud. Aku tidak akan paksa mereka bangun menunaikan tahajud, dengan kerelaan hati mereka sendiri adalah yang lebih baik. Semoga keikhlasan bersama hati mereka dan juga hatiku. *Aku senyum :)*

Banyak lagi sebenarnya senyumanku. Jika ditulis semuanya pasti tidak siap-siap. Aku berhenti dahulu untuk menunaikan tugas yang lain. Semoga redha Allah sentiasa bersamaku dan juga antum yang membaca.

Aku senyum sebelum mengakhiri kalam :)

4 comments:

Abdullah Shazmeer said...

ana drpd dlu smpi skrg pnah ponteng skaly je klas english, 2 pown mse sem 1.. sbb overslept.. hurm~~

Ummu Humaira' said...

yes! ana menang! ana xpnah ok :)
*tersenyum lagi*

Anonymous said...

tingalkan sio dan bintang jika ukhti mau jadi mujahidah!!!....

Ummu Humaira' said...

asif, serpong.
ana krg fhm dgn mksud anta/anti.
boleh dijelaskan?