Demi Masa

Thursday, November 18, 2010

specially dedicated for her

Bismillahirrahmanirrahim..

Asma' Allah memulakan hembusan nafasku hari ini. PadaNya aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk melihat dunia hari ini. Ar-Rahman dan Ar-Rahim Engkau Ya Allah. Walau acap kali aku mendustakan nikmat yang Engkau beri padaku, tetap jua Engkau memberi peluang untuk aku menghirup udaraMu.

Rindu yang teramat untuk junjungan mulia Rasulullah SAW. Bagindalah contoh tauladan sepanjang zaman. Baginda juga rahmat buat sekalian alam.

Mari sebentar, kita hayati khutbah terakhir baginda SAW.

Petang tadi, semasa aku melayari alam maya ini, dengan takdir Allah aku terjumpa blog sahabat lamaku. Sungguh lama tidak mendengar khabarnya. Ouh, rindu kamu!

Nor Azila binti Md Zollkafri

Aku masih ingat nama itu. Alhamdulillah, harapnya tidak salah di mana-mana. We used to be bestfriend quite sometime before. Tetapi, ya, mungkin salahku. Kelemahanku. Aku gagal untuk menjadi kawan yang baik. Di saat dia memerlukan seseorang, bukan aku di sisinya. Aku yang cuba menjauh untuk tidak terlibat dengan masalahnya. Benar, aku bukanlah sahabat yang baik. Ampunkan aku sahabat. Mengingat kembali kenangan di PS dahulu memang memeritkan. Di situlah, kita mula mengenali sifat masing-masing. Ya, seharusnya aku lebih memahami engkau, tetapi aku silap waktu itu. Aku telah memilih untuk menjauhkan diri. Maaf sekali lagi sahabat.

Aku lebih suka kenangan kita di sekolah rendah dahulu. Saat itu indah sekali. Engkau dan aku selalu bersama. Sepertinya sungguh memahami antara satu sama lain. Masih, ada juga kadangkala pertelingkahan kecil berlaku tetapi itu semua hanya gaduh kanak-kanak. Ah, tidak matang langsung! ;)

Azila, mungkin juga engkau sudah tawar hati untuk bersahabat denganku. Tetapi percayalah, aku masih menganggap engkau adalah sahabat yang baik pernah aku ada. Engkaulah yang ada bersama ketika aku mahu mula mengenal dunia.

Aduh, andai aku teringat kembali peristiwa di tingkatan satu dahulu pasti aku kesal. Aku yang bersalah, bukan? Kesilapan diriku yang membuatkan engkau memilih orang lain sebagai bahu untuk engkau menangis. Maaf, aku tidak akan pernah berhenti memohon maaf darimu.

Ah, andai aku ingin memohon maaf untuk kesalahanku, pasti banyak lagi yang perlu aku tuliskan.

Lupakan sebentar kisah sedih itu.

Khabarnya, kini Azila sedang belajar medic di India. Alhamdulillah. Sahabat, engkau lebih berjaya, bukan? Aku tumpang gembira untukmu. Memang, aku akui aku cemburu pada engkau. Aku pernah bercita-cita untuk belajar medic. Juga di luar negara. Tetapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untukku. Rezeki itu milik engkau. You deserve it, my dear friend. Dan rezeki aku hanya di Malaysia. Lebih tepatnya dalam bidang biochemical-biotechnology engineering. Itu yang Allah telah tuliskan buatku sejak azali lagi. Aku wajib redha.

Azila, aku tidak tahu engkau akan berjumpa dan terbaca blog aku ini atau tidak. Aku juga tidak pasti akan bertemu lagi dengan engkau atau tidak. Sangat berharap suatu hari nanti, kita akan kembali berkongsi senyum dan tawa yang sama seperti dahulu. Nombor telefon juga sudah tidak diketahui. Facebook pula aku tidak lagi wujud di situ. Aku berharap pada skype. Harapnya dapat berhubung kembali melalui itu.

Aku cuma mahu engkau tahu, aku sayang dan rindu pada engkau. Sungguh!

Ya Allah, aku cinta pada sahabat aku Nor Azila binti Md Zollkafri. Aku mohon Engkau lindungilah dia di mana jua dia berada. Cintailah dia selalu. Rahmati dan berkatilah hidupnya. Semoga dia bahagia di dunia dan akhirat di samping orang-orang yang dia sayangi. Amin.

Salam rindu penuh kasih..
sahabatmu,
Nur Syakirah Talha

2 comments:

mimi azila said...

:) syakirah .ni azila. terharu sangat sangat bace blog awak. kite penah cube nak cari awk kat fb tapi tak jumpe. memang betol betol lost kontek. series miss awak :) take kay.

Ummu Humaira' said...

hye!!! rindunye larh kt kamu. urm, cmne leh jmpe blog ni? Alhamdulillah, dpt gak contact balik. ha, fb dl ade skrg da delete.

looking 4ward 2 see u soon ;)
face 2 face i hope~