Demi Masa

Wednesday, June 30, 2010

my preparation?

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan namaMu Ya Allah, Yang Maha Suci lagi Maha Indah, aku mengharap keredhaanMu di setiap hembusan nafasku. Aku mulakan kalam untuk hari ini dengan mengharap hidayah dan taufiqMu. Semoga penulisanku dikemudi oleh iman. InsyaAllah.

Mengikut kiraannya, cutiku hanya berbaki lebih kurang seminggu sahaja lagi. Persiapanku untuk pendaftaran nanti belum siap sepenuhnya. Packing tentunya belum lagi, terlalu awal untuk itu. Barang-barang belum selesai dibeli lagi. Borang-borang masih belum terisi. Aduh, terasa sangat teruk keadaan diri ini.

Pulang ayah dari masjid usai solat zohor tadi ayah bertanya, "Awak tak payah ambik transkrip kat matrik ke? Saifuddin pergi ambik semalam." Aduh, lagi satu urusan tidak selesai. Aku memberitahu ayah bahawa aku sudah berbincang dengan ummi, jika berkesempatan mahu ke Petaling Jaya selepas selesai urusan pendaftaran nanti. Jikalau tidak, aku akan ke sana selesai minggu orientasi sahaja.

InsyaAllah, semuanya akan aku laksanakan nanti. Aku berdoa agar dipermudahkan segala urusanku. Amin.

Aku mencuba yang terbaik untuk menghabiskan sisa-sisa cutiku ini dengan perkara berfaedah. InsyaAllah.

Kesempurnaan itu milik Allah, aku hanyalah hambaNya yang tidak lepas dari melakukan kesilapan..

Wallahu'alam..

No comments: