Demi Masa

Sunday, June 13, 2010

Masa itu amanah dari Allah

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah, aku memulakan hariku. Semoga hari ini akan menjadi lebih baik daripada semalam. Segala puji hanya bagi Allah, syukur Ya Allah, aku masih diberi peluang untuk menghirup udaraMu. Matahari masih lagi terbit dari timur. Pintu taubat masih terbuka untuk diriku. InsyaAllah.

Amat jarang sekali aku mengupdate blog kebelakangan ini. Ya, sibuk untuk persiapan majlis pertunangan nanti. Eh, sebentar! Bukan majlis pertunanganku, it's my sister's. Mine lambat lagi mungkin. Belum bersedia pun ke arah itu. Masih bertatih membina diri ini.

Setelah berfikir panjang, insyaAllah aku akan menyahaktifkan akaun facebook milikku. Sekarang belum lagi. Ada beberapa perkara yang perlu dilakukan dahulu. Kalau selesai cepat, insyaAllah hari ini juga aku akan melakukan perkara tersebut.

Hurm, alhamdulillah rasanya sudah selesai. InsyaAllah, ini tekad. Aku tidak akan menyesal. Jadi, mulai sekarang jika ingin menghubungiku bukan melalui facebook lagi ya. Blog ini boleh juga.

Tidak sampai sebulan lagi aku akan menghabiskan masa di rumah. InsyaAllah akan menyambung pengajian di peringkat kuliyyah pula. Tidak sabar sebenarnya ingin belajar semula. Biarpun aku tahu bakal bergelumang semula bersama assignment yang tidak pernah putus, itulah kehidupan seorang pelajar. Hakikat itu sedia aku terima. Rindu betul pada buku-buku. Jujur. Cuti ini rasanya otak pun sudah berhabuk. Aduh..

Sampai di sini sahaja mungkin. Masa yang diamanahkan Allah ini perlu aku guna sebaiknya. Wassalam.

No comments: