Demi Masa

Sunday, June 13, 2010

I am who I am

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah, aku menulis kalam hatiku kembali pada malam begini. Moga dipandu oleh iman segala yang dinukilkan. InsyaAllah.

*Senyum*

Bukan senyum 'syok sendiri' bak kata orang. hahA. Pagi tadi dapat beli CD nasyid. Seronoklah. Boleh? Maher Zain dan In-team. Aduh, mulanya ingat original rupa-rupanya cetak rompak. Maaf ya!

Sekarang ramai demam Piala Dunia. Buat pengetahuan semua, aku terkecuali dari golongan tersebut. Biarlah siapa pun mahu mengatakan aku ini tiada semangat kesukanan atau apa pun. Yang pasti aku tidak berminat dengan permainan berebut pada satu bola itu, kemudian bila sudah dapat ditendang pula. Pelik sungguh manusia. hahA.

Baiklah, adalah nanti yang akan menghentam aku di sini. Itu bukan sebab utama aku tidak minat semua itu. Aku bukan tiada semangat kesukanan, tetapi aku tinggi semangat kebangsaan (terasa diri patriotik pula). Iyalah, aku bercakap benar. Jikalau pasukan Malaysia masuk Piala Dunia, besar kemungkinan aku akan bersengkang mata di hadapan TV plasma 42 inci itu. Ah, aku tahu harapanku itu hanya tinggal angan-angan. Jauh lagi Malaysia untuk mencapai tahap itu. Haih.

Lagi satu sebab aku tidak gila akan Piala Dunia ini adalah kerana waktu perlawanannya kebanyakkan pada awal pagi. Ah, terasa berdosa diri ini pula nanti jika sanggup berjaga di pertengahan malam untuk menonton perlawanan siaran langsung, tetapi untuk beribadat malam liat. Ini peringatan buat diriku sendiri. Aduh, lemahnya iman diri.

Cukup aku berceloteh mengenai Piala Dunia.

Mata terasa mengantuk sebentar tadi, sekarang sudah berkurang jadi aku gunakan untuk memenuhkan post di blog ini.

Hurm, boleh atau tidak jikalau aku katakan aku rasa rimas? Ya, aku rimas dengan kaum-kaum yang ada pasangan angkat ini. Aku maksudkan di sini couplelah. Gelaran 'pasangan angkat' itu aku yang reka sendiri. Iyalah, selalunya ada anak angkat, ibu angkat, bapa angkat dan banyak lagilah yang diangkatnya. Hubungan yang dianggap seperti keluarga kandung. Ada yang halal ada yang bahaya! Pada hematku, mereka yang bercouple ini seolah-olah menganggap pasangan mereka seperti suami atau isteri mereka. Lihat sahaja pada cara pergaulan mereka. Seperti sudah halal lagaknya. Jadi aku gelarkan sahaja boyfriend atau bak kata Ustaz Hasrizal 'buayafriend' sebagai suami angkat mereka dan girlfriend pula (gelaran Ustaz Hasrizal: 'gelifriend') sebagai isteri angkat. Bolehkan begitu?

Pernah sekali aku terbaca di sebuah blog yang perlu dirahsiakan pemiliknya agar tidak mengaibkan, tertulis mengenai ikatan angkat-angkat ini. Pemilik tersebut menyatakan pendapatnya bahawa mempunyai abang angkat itu bahaya, risau ter'angkat' pula nanti. Ya, aku setuju dengan pandangannya. Tetapi, aku merasakan bahawa si pemilk blog tidak sedar pula dia mempunyai suami angkat. Aduhai saudariku, bercouple itu tidak salahkah? Tidak risau pula diri ter'angkat' nanti?

Entahlah, zaman remaja hanya sekali, kata mereka. Na'am sahih. Tetapi yang sekali cuma itulah yang perlu dijaga semolek-moleknya. Setuju?

Banyak juga artikel-artikel di majalah-majalah dan buku-buku ilmiah yang aku baca berkaitan kebahagiaan dan kemanisan cinta yang halal. Dari apa yang aku fahami, semakin manis cinta sebelum perkahwinan, semakin tawar cinta selepas kahwin. Jadi, yang mana antum pilih?

Aku memilih untuk bahagia di dunia dan akhirat. Yang halal itu matlamatku. Jika tidak bertemu jodoh di dunia ini, insyaAllah di syurga kelak. Aku redha dengan ketentuan Ilahi.

Tidak, aku bukan cemburu dengan kalian yang mempunyai pasangan masing-masing. Jauh sama sekali! Aku cuma bimbangkan masa hadapan kalian. Atas dasar cinta sesama saudara seIslam, aku mahu saudaraku juga mendapat redha Allah. Sirru 'ala barakatillah.

Andai itu jalan yang kalian rasa terbaik. Aku doakan agar redha Allah tidak kalian ketepikan. Carilah yang halal, pasti keindahan yang bakal kalian temui. InsyaAllah.

Sampai di sini dahulu aku bicarakan. Apa yang baik ambillah sebagai peringatan, sesungguhnya itu datang daripada Allah. Apa yang salah, tegurlah diri ini agar tidak terus dalam kesesatan, diri ini masih banyak kelemahan.

Wallahu'alam..

2 comments:

yong farehah said...

ok!! kene pelempang satu kat muka aku ha2...

Ummu Humaira' said...

huk3! lek ah yong..
ang en mmg mnt bola..
ak nih cm xde perasaan lak kt bnde bulat tuh..huhu