Demi Masa

Wednesday, June 23, 2010

Selangkah ke cita-citaku

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan namaMu Ya Allah, aku mulakan menekan papan kekunci ini. Semoga penulisanku dikemudi oleh iman. InsyaAllah.

Sementara menunggu isyak tadi aku terima satu mesej dari Shuhada, menanyakan major yang aku dapat. Hairan dengan soalannya itu kerana setahu aku majoring hanya tahu setahun selepas itu (hmm, mungkin). Aku pun tidak begitu pasti.

Jadi, dengan berbaki masa lebih kurang sepuluh minit aku menyambung talian internet. Puas juga meneliti di website AnR, tetapi tidak pula berjumpa sebarang pengumuman mengenai itu. Azan pun berkumandang, aku mengambil langkah untuk bersolat dahulu.

Barulah Ada beritahu majoring tersebut terpapar di online biodata pelajar. Selesai menunaikan kewajipan sebagai hambaNya, aku kembali ke hadapan skrin laptop ini. Bersama lafaz basmallah yang tidak lekang di bibir aku login ke page yang berkenaan. Dan alhamdulillah, apa yang aku inginkan telah ditakdirkan buatku.

Tulisan 'Biochemical-Biotechnology' tercatat di ruangan program. Memang itulah harapanku. Syukur padaMu Ya Allah dengan nikmatMu yang tidak terhingga ini.

Sekarang, hanya selangkah untuk aku berjaya dengan impianku itu. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin.

Segalanya adalah dari Allah.

Wallahu'alam..

No comments: