Demi Masa

Friday, April 29, 2011

Manisnya Berukhuwah Kerana Allah

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji dan puja hanya layak untukMu. Aku mengharap redhaMu mengiringi perjuanganku ini. Selawat dan salam aku titipkan buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Alhamdulillah, masih diberi peluang oleh Allah untuk menghirup udaranya. Percuma! Mana mungkin aku menidakkan nikmat ini tetapi seringkali juga aku terlupa untuk bersyukur. Astagfirullahal'azim. Ampunkan kekhilafan hambaMu ini, Ya Allah.

Hujan membasahi bumi pagi ini. Alhamdulillah, hujan itu rahmat, bukan? Semoga air hujan ini mampu membersihkan kekotoran di atas muka bumi. InsyaAllah.

Aku tidak pernah akan berhenti bersyukur dengan nikmat ukhuwah yang Allah kurniakan. Bersama mereka-mereka yang turut sama melabuhkan cinta kepada Allah membuatkan perjuangan ini terasa lebih mudah. Syukur, syukur Ya Allah.

Takdir Allah memang indah. Tidak sangka kehidupan aku di UIA membawa 1001 makna dalam hidupku.

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

[Al-Baqarah 2:216]

Ukhuwah. Keramatnya perkataan itu. Iya, aku akui pada awalnya aku merasa kurang pasti dengan pilihanku untuk masuk ke UIA. Alhamdulillah, istikharah itu membantu. Dan sekarang pun aku sudah melihat hikmah di sebaliknya.

Aku dapat mengenali insan yang sama-sama gigih berjuang demi menegakkan agama Allah. Melihat semangat-semangat mereka ini membuatkan aku malu sendiri untuk mengeluh dan putus asa. Bersama mereka-mereka ini membuatkan aku sentiasa bersemangat dan terus ingin berada di atas landasan dakwah. InsyaAllah.

Keluarga usrah di UIA, tidaklah ramai mana. Berjumpa pun seminggu sekali, kadangkala tidak sempat pun berjumpa. Tetapi rindu dan sayangku tetap berada bersama kalian. Terima kasih untuk ukhuwah ini.

Keluarga Gemilang, alhamdulillah di sini aku mula mengenali hidup berprogram. Aku mengenali insan-insan berhati suci dan murni dengan niat ingin membent
uk anak bangsa agar menjadi bangsa cemerlang dunia dan akhirat. Di sini juga aku mula mengenali ramai sahabat dari kuliah lain. Dan kerana Allah aku sayang kalian.

Melalui Wind of Change 6 pula aku mengenali mereka-mereka yang tidak pernah jemu berdakwah kepada penduduk asli. Memang payah amanah mereka ini namun tidak sekalipun aku melihat mereka mengeluh letih. Seminggu meluangkan masa bersama mereka di Pos Tohoi, Gua Musang membuatkan aku mengenali makna ukhuwah. Mengajar aku makna kesabaran, kasih sayang dan kegigihan. Syukur Ya Allah kerana memberi aku peluang ini. Semoga ukhuwah ini berkekalan. Amin.

Walau seluruh lautan menjadi tinta, tidak mampu aku menulis segala nikmatMu Ya Allah. Aku bersyukur, amat bersyukur. Alhamdulillah..

*Senyum :)

No comments: