Demi Masa

Wednesday, April 27, 2011

Hati Wanita

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku kembali menukilkan kalam dengan menyebut asma' Allah. Segala puji dan puja hanya kepadaNya. Semoga redhaNya mengiringiku setiap ketika. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Mata degil untuk tidur, jadi aku mengambil kesempatan untuk menulis apa yang terlintas. Mungkin juga apa yang dirasa di hati.

Benar, hati wanita memang ingin selalu diberikan perhatian. Mudah sahaja bergoncang dengan kata-kata indah dan manis lelaki. Hati aku juga begitu. Lemah.

Bukan mudah soal menjaga hati ini. Seringkali terkandas di saat ingin teguh dalam perjalanan. Ah, syaitan..mana pernah putus asa menggagalkan anak Adam. Dan aku, selalu sahaja menjadi mangsa godaan syaitan. Lemah!

Seseorang, mungkin caranya memang begitu. Selalu sahaja mengambil berat hal orang lain, termasuk aku. Cara teguran tidak pernah menyakitkan. Cuma bergurau kadangkala terasa di hati juga, tetapi tidak banyak. InsyaAllah bagus peribadinya.

Nasihat dan teguran selalu dan dengan senang hati dia memberikan kepadaku. Aku juga senang. Namun, syaitan itu ada di mana-mana, bukan? Hati aku terasa terganggu. Aku bimbang andai hati ini menjadi kotor dan rosak.

Ya Allah, tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agamaMu, tetapkanlah hatiku di atas ketaatan kepadaMu. Amin Ya Rabbal 'Alamin.


Bukan mudah mahu menjaga hati. Payah, teramat payah. Tambah lagi hati wanita yang seiring dengan pelbagai emosi. Ya Allah aku mohon peliharalah hatiku, imanku.

Terima kasih kepada 'seseorang' tersebut atas nasihat dan teguran anda. Bantu aku menjaga hatiku, moga Allah turut menjaga hatimu.

Allahu'alam bissawab.

No comments: