Demi Masa

Tuesday, April 26, 2011

Selagi ada rindu..

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan menyebut namaMu Ya Allah, Yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji dan puja hanya layak bagiMu. Aku mengharap redhaMu di setiap hembusan nafasku. Selawat dan salam aku titipkan bersama buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Alhamdulillah untuk segalanya Ya Allah. Semoga ak
u tergolong dalam golongan yang sentiasa bersyukur. Amin.

Terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepadaku d
an seringkali aku terlupa untuk bersyukur. Astagfirullahal'azim..Harapanku semoga diri ini sentiasa sedar sebelum terlewat.

Seminggu yang lepas, alhamdulillah pengalaman
yang cukup memberi makna buatku. Dan aku rasakan pengalaman ini tidak mungkin aku lupakan seumur hidupku. Syukur kepadaMu Ya Allah kerana pertemukan aku dengan mereka-mereka ini. KeranaMu kasihku jatuh kepada mereka, dan kerana jalan dakwahMu hatiku tertaut kepada ukhuwah itu. Syukur, syukur Ya Allah.




Wind of Change 6, benar-benar membawa angi
n perubahan dalam hidupku. Tidak menyangka daripada ingin mencari pengalaman pada awalnya tetapi aku memperoleh lebih dari itu. Terlampau banyak pengajaran yang aku timba daripada program ini. Syukur Ya Allah, dan aku tidak akan mampu untuk berhenti mensyukuri nikmatMu Ya Allah.



Melihat sendiri masyarakat asli di Tohoi tersebut
membuatkan aku menyedari betapa banyak sebenarnya nikmat yang Allah telah kurniakan buatku. Terlampau banyak. Jika di saat ini perut aku kekenyangan, entah mereka sedang menahan kelaparan. Jika sekarang ini aku selesa berbaring di atas tilam yang empuk, sedang mereka hanya beralaskan kain. Jika indah rumahku diperbuat daripada batu, mereka hanya boleh berbangga dengan rumah mereka yang hanya sebagai tempat untuk berteduh. Apa lagi yang masih tidak aku syukuri? Astagfirullahal'azim. Ampunkan kekhilafan hambaMu Ya Allah.




Air mataku mudah sahaja mengalir apabila mend
engar kanak-kanak asli tersebut dapat membaca Al-Fatihah serta mengalunkan zikir. Subhanallah. Sangat indah apa yang Allah Ta'ala perlihatkan di hadapan mataku. Kanak-kanak itu dahagakan ilmu agama. Kanak-kanak itu perlukan bimbingan sepanjang masa. Dan sangat aku geruni kanak-kanak ini ditarik oleh para pendakyah kristian. Na'uzubillahiminzalik. Turunkan perlindunganMu Ya Allah.




Hatiku tertinggal di Tohoi. Belum puas lagi hati in
i merasai keindahan-keindahan di sana. Dan belum selesai tugas kami sebagai pendakwah kepada masyarakat di sana. Beban dakwah itu tidak akan terasa berat andai kita sama-sama memikulnya. Jujur aku katakan, berada bersama-sama orang yang hatinya sama-sama terpaut dan berkumpul atas jalan dakwah ini membuatkan diri aku sentiasa terpanggil untuk tidak pernah berputus asa untuk menegakkan agama suci ini dan perjuangan itu terasa lebih mudah. Syukur padaMu Ya Allah kerana mengurniakan aku ukhuwah ini.




Terlampau banyak yang aku pelajari di Tohoi. Dan aku berharap apa yang aku pelajari sepanjang berada bersama keluarga besar itu
akan aku amalkan dalam hidupku. "Jadilah manusia yang positif", pesan Abang Ali. InsyaAllah, akan aku cuba sehabis baik untuk menjadi manusia yang positif dalam kebanyakan hal.





Bukan mudah melakukan perubahan. Tetapi aku percaya jika tidak dimulakan mana mungkin perubahan boleh berlaku. Namun segalanya masih ketentuan Ilahi. Kita hanya mampu merancang dan berusaha sehabis baik untuk mencapai apa yang dirancang. Above all, masih Allah yang menentukan segalanya. Perancangan Allah adalah yang terbaik.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..Tidak akan aku berhenti mensyukuri nikmatMu Ya Allah.

oh kasih
damailah
engkau di sana

ku berdoa
pada tuhan
agar kau bahagia
selagi ada waktu

selagi ada rindu
biar beribu batu
ingin aku bertemu..





credits: gambar dari facebook kak fazirah dan juga beberapa family tohoi 6 yang lain, juga simpanan sendiri :)

No comments: