Demi Masa

Monday, October 18, 2010

Subhanallah

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku mulakan dengan asma' Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Mengharap redhaNya sentiasa. Bersama kudrat yang ada aku kembali menukilkan kalam. InsyaAllah

Semalam sempat meluangkan masa petang bersama Nura di taman rekreasi berhampiran Female Sports Complex. Subhanallah. Alam ciptaan Allah memang tiada tolok bandingnya. Petang kelmarin Ada turut serta tetapi semalam mungkin juga Ada punyai urusan lain.

Cerita petang kelmarin dahulu. Kami ke sana agak lewat juga. Sudah hampir pukul 6.30 petang. Dapat juga melihat sekelompok brothers yang sedang berkayak. Foreigner kalau tidak silap. Terhibur juga melihat gelagat mereka yang sangat seronok bermain air. Hilang sebentar kekusutan kami menyiapkan project work Programming. Bak kata Ada, mereka ibarat pelajar Malaysia di luar negara yang baru jumpa salji. Pasti seronok bukan mengembara ke negara orang? Pasti lebih banyak dapat mensyukuri keindahan ciptaan Allah. Alhamdulillah, subhanallah.

Selain itu sempat juga kami menghayati suasana matahari terbenam. Subhanallah, memang tidak tergambar keindahan ciptaanNya. Terasa tenang sekali. Kami pulang ketika azan maghrib berkumandang. Sangat tidak sedar masa berjalan ketika menghayati alam sebegitu. Subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar.

Maaf, kerana terlampau menghayati keindahan, tiada gambar yang sempat diambil. InsyaAllah, lain masa.

Semalam pula bersama Nura sahaja. Kali ini lebih awal kami bergerak dari mahalah, sebelum pukul 6 rasanya. Sampai di sana sempat juga kami berjoggingsebentar. Tetapi semalam belum ada lagi yang berkayak. Jadi sungai itu masih lengang.

Semalam juga, rasanya lebih ramai berbanding hari sebelumnya. Semalam ada juga ibu bapa yang datang bersama anak-anak kecil yang sangat comel! Sungguh, comel sangat-sangat! bila aku nak ada anak yang comel-comel ni? erk?!

Kami pulang lebih awal semalam. Sebelum pukul 7 lagi kami sudah sampai ke mahalah. Nura mengajak pulang mengikut jalan yang berbeza, iaitu di pedestrian walk. Aku mengikut sahaja, sengaja mahu bertukar angin. Sambil berjalan kami bersembang itu dan ini juga mengamati keindahan bumi UIA tercinta.

Tanpa dirancang, semuanya takdir Ilahi, seorang brother terbabas di hadapan kami bersama motornya yang sudah tersadai di bukit berhampiran Kuliyyah of Economics. Kami teragak-agak apa yang perlu dilakukan. Mujurlah ada dua orang brothers lain yang menunggang motor lalu di situ. Merekalah yang menolong brother tadi. Berfikir-fikir kami jikalau dua brothers itu tiada, bagaimanalah kami mahu menolong brother yang jatuh itu. Pastinya terbatas pertolongan kami.

Syukur, Allah mendatangkan pertolonganNya. Alhamdulillah.

Sekarang, aku sedang duduk melemparkan pandangan ke luar jendela. Melihat suasana mendung namun alam ciptaanNya tetap kekal indah begitu. Subhanallah, segala yang di langit dan di bumi adalah bukti kekuasaanMu. Allahuakbar!

Sunday, October 17, 2010

Asma Allah

Bismillahirrahmanirrahim..

Munsyid: Sami Yusof
Tajuk: Asma Allah



Mujahadah Seorang Mujahidah

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku mulakan dengan asma' mulia Allah. Semoga penulisan ini mendapat redhaNya dan semoga penulisan ini dikemudi
oleh iman. InsyaAllah.

Beberapa hari lepas aku menelefon sahabatku Nadiah, bertanya khabar dan meminta nasihat. Dia masih seorang Nadi
ah yang aku kenal. Masih boleh dipercayai, masih boleh menumpang kasih dan masih boleh menjadi penasihat yang bijak.
Sungguh, aku cinta kepada sahabatku ini. Lillahi ta'ala.

Luahan rasa aku lontarkan. Iya, kadangkala nasihatnya pedas juga. Tetapi pedas itu sebenarnya datang kerana terkena batang hidung sendiri bukan? Pastinya kerana banyak khilaf yang aku lakukan.

Aku mengadu itu dan ini. Astagfirullahal'azim. Banyak sungguh yang aku tidak syukuri daripada hidup ini sehingga aku perlu mengadu.

Satu persoalan yang dia tinggalkan untuk aku berfikir ialah "Kenapa kau pakai tudung labuh?". Mahu sahaja mengalir air mata ini. Rupanya niatku masih lagi tidak sepenuhnya lillahi ta'ala. Astagfirullahal'azim.

Ya, aku tidak sepatutnya mengadu dan mengeluh dengan apa yang berlaku. Ini semua ujian Allah untuk menguji keimanan dan keikhlasan. Adakah aku telah gagal dengan ujianMu Ya Allah? Na'uzubillahimin zalik.

Sahabat, terima kasih. Engkau menyedarkan aku mengenai sesuatu. Keikhlasan. Sabar dan redha paling penting dalam perjuangan ini mujahidah!

Ah, seperti tidak layak rasanya untuk menggelar diri sebagai mujahidah...huh~

Saturday, October 16, 2010

Editing

Bismillahirrahmanirrahim..

Mengharap redha Allah dalam penulisan ini.

Alhamdulillah, sempat meluangkan masa sedikit tadi untuk meng'hide' mana-mana post yang aku rasakan kurang perlu untuk dijadikan tontonan umum. Tetapi rasanya ada lagi yang belum ditapis. Nanti-nantilah ya?

Aku punya harapan semoga apa yang aku tulis dalam blog nanti boleh menjadi bacaan buat
bakal anak-anakku nanti. (Bolehkan aku berimpian begitu?)

Jadi aku meng'hide'kan beberapa post yang aku rasakan hanya layak untuk dibaca oleh insan tertentu. InsyaAllah, tiada lagi kalian berjumpa luahan hatiku di sini. Iya, kadangkala aku risau andainya luahan hati itu dapat difahami oleh orang yang aku tuju. Malu bukan?

Post yang di'hide' termasuklah post mengenai
Ali Si Penjual Roti. Agak kontroversi rasanya post tersebut.

Cukuplah. Nanti terlepas juga apa yang tidak mahu dikongsikan di sini.

Wallahu'alam.


*edited: kerana seorang sahabat tersalah intrepetasi. mungkin juga ada yang lain lagi. bagi mengelak fitnah, ada yang aku padamkan :)

Kotak Hijau

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah, aku mulakan kembali penulisanku. Mengharap redha dan rahmatNya sentiasa.

Huh.

Tidak terniat langsung untuk mengeluh pagi-pagi begini. Cuma apabila aku terlihat kembali kotak hijau itu, hatiku pasti dilanda sesal dan mula berkata 'ish.'

Tidak sangka juga hatiku yang selama ini tegar dan tidak mudah kalah dengan kata-kata manis seorang sales-boy akhirnya kalah juga semalam. Mungkin juga sudah rezeki yang ditakdir Allah buatnya.

Biarlah apa pun yang sudah berlaku. Ini juga satu pengalaman hidup dan insyaAllah akan dijadikan pengajaran buat masa hadapan.

"Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurnia yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu yang lain. (Kerana) bagi laki-laki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan bagi perempuan (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan. Mohonlah kepada Allah sebagian dari kurniaNya. Sungguh Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
[An-Nisa' 4:32]

Senyum :)

Monday, October 11, 2010

Kerana

Kerana perjuangan ini memerlukan pengorbanan

Kerana itulah engkau perlu sabar dan tabah!

Mujahidah tidak patut cepat mengalah dan merasa lelah

haih~

duhai diri.

Saturday, October 9, 2010

Israel Laknatullah!

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan asma' Allah aku kembali menukilkan kalam.

Ya Allah, semalam menonton berita sambil dinner memang membangkitkan amarah aku. huh! Tentera Israel sudah memajukan sistem ketenteraannya dengan membeli jet pejuang yang tidak dapat dikesan radar. Untuk apakah semua itu??

Oh dunia hari ini! Sudah buta barangkali dengan tindakan Israel itu. Amerika itu, sama sahaja. Menggelarkan diri kuasa utama dunia konon. Kononnya juga mahu dunia ini aman.

Atas alasan apakah yang membolehkan pencabulan hak asasi manusia oleh Israel kepada bumi Palestin itu??!!

Butakah dengan kesengsaraan rakyat Palestin itu?? Pekakkah dengan tangisan anak kecil dan kaum wanita di sana?? Atau memang kalian tidak berotak?!

huh!

Baru sebentar tadi aku membaca Berita Harian Online dalam ruangan Dunia. 'Askar Amerika potong jari warga Afganistan' tajuk artikel tersebut. Sekali lagi menaikkan kemarahan aku. Siapa kalian untuk menyeksa rakyat Afganistan begitu? huh. Merasakan diri mereka sangat mulia kononnya.

Sedarlah bangsa laknatullah, kalianlah golongan yang paling hina di sisi Allah kelak.

Aku cintakan saudaraku. Aku mahu turut sama berjihad bersama mereka. Ya Allah, pilihlah aku menjadi golongan para syuhada'Mu.

Janji Allah itu pasti.

Engineering Drawing

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan asma' Allah, aku mulakan kalam. Mengharap redhaNya sentiasa. Hatiku, cintaku milik Allah selamanya.

Baru lega sikit kepala ni. Semalam pening sampai raya loya-loya tekak macam orang pregnant pula. Eh?

Kisahnya begini. Pagi semalam cadangnya mahu menemani Wan buat kuiz drawing. Agak lama jugalah tunggu luar kelas tu. hahA! Macam kelakar pula mahu menyorok-nyorok begitu :) Iyalah, mana tak malu? Ramai yang teramat
kot brothers dalam kelas tu. Malu. Malu. Malu.

Pendekkan sahaja cerita.

Kami ingatkan kelas mereka batal when we heard someone is announcing something. Ya, we could barely heard what that brother said. Jadi, kami cepatkan langkah untuk turun dari tingkat empat dan lihat mereka semua menuju ke tempat yang sama. Dalam otak ligat berfikir, perlukah mereka pulang ikut jalan yang sama?

Baik, sebenarnya mereka menuju ke E5. Ada lab CAD (I hope I spell it right) di situ. Ye, sangat tak aci! Kenapa mereka sudah mula belajar CAD minggu ini? Dan kelas kami belum ada tanda-tanda ke arah itu. huh. Ada lagi yang buat kami tak puas hati, mereka ada tutor, ok. Padahal lecturer kami sama, Sir Yuhan Suprianto.

There's only three weeks left, yet we had never start those CAD thing. Project work pun belum tahu. Kalau tak silap, project work guna CAD.

Fuhh..mahu tenang. Janganlah sakit kepala lagi pagi-pagi begini. Sangat tidak suka tekanan dan kerisauan begini. Tidak mahu migrain menyerang lagi.

Ya Allah, aku percaya ini semua ketentuanMu. Aku percaya setiap ketentuanMu berhikmah. Sungguh aku tidak pernah tahu hikmah-hikmahMu. Aku hanya bermohon kepadaMu, Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim permudahkan segala urusanku. Engkaulah Yang Maha Memudahkan. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Tenang mujahidah..

Thursday, October 7, 2010

Aku masih aku

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah aku kembali menukilkan kalam. Semoga redhaNya bersamaku. Iman, kemudilah penulisanku ini. Amin.

Sedar atau tidak, tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk menghabiskan semester pertama aku di Gombak ini. Banyak yang telah aku pelajari, banyak juga yang aku abaikan. Astagfirullahal'azim.

Kesibukan Convest juga telah berakhir. Kead
aan dalam UIA ini kembali tenang, tiada sesak dan sibuk lagi.

Mock Trial: Adrenaline 090909 boleh aku katakan sebagai superb! Jalan ceritanya sangat matang dan juga terselit unsur kelakar yang berpada. Masih terdapat beberapa khilaf juga yang terlepas pandang oleh pihak penganjur. Semoga Mock Trial yang akan datang dapat mereka atasi semua
itu.

Konsert Palestine Tomorrow Will Be Free sempat juga aku hadiri. Iya, walaupun agak terlewat kerana aku menghadiri study circle sebelumnya. Maher Zain Meet the Fans aku abaikan sahaja. Kesibukan waktu pet
ang tidak begitu mengizinkan. Lagipun, aku tidak pernah berminat untuk meminta autograf dan bergambar dengan artis. Iya, aku memang tidak mudah untuk meminati sesiapa. Biar lagunya sesedap mana, hanya lagunya sahajalah yang aku minat. Boleh ya begitu?

Alhamdulillah, abang telah berjaya menamatkan pengajiannya di UIA dengan berbekal segulung ijazah juga sebuah anugerah best student in corporate law bersama. Mabruk abang!



Okay, i have my own lawyer now. So, watch out people! Don't ever mess up with me. Hee~

Hari ni, semacam bad day untuk aku. Ya, two quizzes berturut-turut. And guess what? Both quizzes I done stupidly. Not enough time to study, my mouth said. But the truth is I was wasting my time instead of studying. Going here and there, chit chatting these and those, and of course there's lots more. Astagfirullahal'azim.

Okay, just to pamper my own feeling, I motivate myself by saying, be positive, mujahidah! Mistakes do happen, and it happens in order for you to learn from it. InsyaAllah. Fuhh..kembali menghembus nafas untuk tenang.

Senyum :)

Aku akhiri dahulu penulisan. Ada urusan yang telah memanggil.

Wallahu'alam bissawab.

Friday, October 1, 2010

Selamat Hari Raya

Bismillahirrahmanirrahim..

Mulakan kembali dengan asma' Allah serta mengharap redhaNya.

Ouh
ya, baru teringat! Hari ini baru nak raya. Selamat Hari Raya untuk diri sendiri. Orang lain tak nak wish pon takpe. Ummi Ayah telefon pagi-pagi lagi ucap selamat hari raya kat aku.

Alhamdulillah, sudah selesai menunaikan yang wajib juga yang sunat. Sebenarnya boleh sahaja puasa enam itu disekalikan dengan puasa ganti, but I prefer to do both separately. Bukan susah sangat pun mahu puasa. Tambah lagi dapat juga mendidik nafsu sendiri, insyaAllah. Tidak perlu rasanya beritahu berapa hari telah aku berpuasa, yang penting, hari ini aku sudah selesai. Alhamdulillah :)

Ada lagi yang seronok menanti sebenarnya. Esok, Ummi dan Ayah datang sebab abang konvo Ahad ni. Pastinya, kegembiraan Ummi dan Ayah tidak terkira. Masakan tidak, anak sulung mereka telah menghadiahkan kejayaan kepada mereka berdua. Jubah graduasi yang sudah lama Ayah ingin sarungkan kepada tubuhnya, insyaAllah akan tersarung pada Ahad ini. Biar bukan Ayah yang graduasi, tetapi kegembiraan Ayah pasti berlebih lagi.

Ayah pernah mengorbankan cita-citanya dek kerana kesempitan hidup. Peluang kedua untuk Ayah mendapat ijazah juga terpaksa dikorbankan kerana pujukan abang yang masih keanak-anakan ketika itu.

Aduh, mahu menangis pula tiba-tiba. Ayah banyak berkorban untuk orang lain. Mampukah aku membalas pengorbanan Ayah nanti?

Sampai di sini dahulu, banyak perkara lain yang perlu diselesaikan.

Wassalam..