Demi Masa

Tuesday, February 15, 2011

Sesegar Haruman Ukhuwah

Bismillahirrahmanirrahim..

bayu lembut menghembus di pipi
lambaian dedaun setia mengikut rentak
bisikkan rinduku, kasihku kepadanya
kerana cintaNya kita bertemu
kerana ukhuwah kita bersatu
teman,
perjuangan ini tidak pernah mudah
jihad ini memerlukan mujahadah
teguhnya kita kerana sepakat
sepakat membela agama Allah
kerana dakwah itu amanah.

Dengan asma' Allah aku mulakan kembali menukil kalam yang sekian lama terhenti. Mengharap redha Allah di setiap hembusan nafasku. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Siapa kata kita tidak boleh menyambut Hari Kekasih? Apalah guna kita mencintai andai tidak boleh meraikan hari yang istemewa itu? Hari itulah kita mahu mengekspresikan kecintaan kita kepada Kekasih kita. Ya, aku benar-benar maksudkan di sini, tidak ada salahnya kita menyambut hari kekasih. Dan aku tidak akan berubah pendapat. Teguh.

Masalahnya sekarang adalah siapa kekasih kita sebenarnya? Definisi cinta itu sendiri kita tersilap, apatah lagi untuk tersilap meletak hati kita kepada siapa. Bulan ini memang bulan cinta. Bulan menzahirkan rasa cinta kita kepada Kekasih Agung kita, Rasulullah SAW. Nah, itu di sebenarnya Kekasih Agung. Setelah hati ini milik Allah, Rasulullah adalah yang sepatutnya menduduki tempat kedua di hati kita. Teringat sebuah hadith:

"Tidak beriman seseorang mukmin itu selagi aku tidak dicintai melebihi ayahnya sendiri, ibunya sendiri, anaknya dan seluruh umat manusia"
[maksud hadith]


Harap diperbetulkan andai tersalah dimana-mana.

Alhamdulillah kerana sepanjang berada di bumi UIA ini majlis ilmu ada di mana-mana. Bulan cinta ini terasa meriah disambut oleh semua. Dua hari lepas sempat aku meluangkan masa menonton teater muzikal Islam "Cintaku Milik Siapa?". Bagus jalan ceritanya. Menanam cinta kepada Allah dan Rasulullah melebihi segalanya. Iya, cintaku milik Allah dan kemudian Rasulullah.

Semalam pula berkesempatan hadir di forum "Pemilik Cintaku". Panjang lebar dibincangkan soal cinta. Moderatornya adalah Saudara Faiz, President ENMSS. Manakala speakernya terdiri daripada Ustaz Amiril, salah seorang peserta Imam Muda dan Umi Rosmawati, Pengasas Raudhatus Sakinah. Alhamdulillah, program-program seperti ini sedikit sebanyak berjaya menyuntik rasa cinta kita kepada Al-Khaliq dan kekasihNya, Rasulullah SAW.

Seronok sangat kerana semester ini aku berkesempatan untuk melalui semua ini. Juga alhamdulillah kerana berpeluang menyertai Daurah Mentoring VIM. Rindu pada usrah ketika di sekolah dahulu sedikit sebanyak terubat juga. Teringat perbincangan pada minggu pertama dahulu mengenai sahabat sejati. Antara pendapat yang aku terkesan adalah dari Kak Farhana mengenai di mana untuk mencari
sahabat sejati. Kami semua setuju sahabat sejati itu bukan mudah untuk ditemui, tetapi tidaklah payah untuk dicari. Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa mengingatkan sahabatnya kepada Allah. Aku sendiri masih gagal menjadi sahabat seperti itu. Maafkan aku sahabat. Dan apa yang Kak Farhana katakan adalah, mengikut apa yang aku simpulkan, sahabat yang baik itu berada di tempat yang baik-baik. Pergilah ke majlis-majlis ilmu, ke tempat yang adanya perhimpunan untuk mengingati Allah, insyaAllah, sahabat sejati akan ditemui di situ. Cinta Allah akan dapat dilihat dengan cinta-cinta dari saudara seakidah kita. Benar, apabila seseorang itu disayangi oleh orang lain, itu tandanya Allah sedang mencintainya. Wallahu'alam.

Ukhuwah itu indah, tambah lagi jika disulam atas cinta kepada Allah.

Terkenang juga kenangan di Pasir Salak dahulu ketika menjadi naqibah. Entah, rasa menyesal itu hadir juga dek kerana kelemahan aku untuk mewujudkan suasana kasih sayang dalam keluarga kecilku itu. Aku akui, ketika itu soft skill aku masih lemah. Andai dapat aku ulangi masa lalu, aku berharap dapat memperbetulkan kesilapan dahulu. Namun aku terima semuanya sebagai pengajaran. Tanpa melakukan kesilapan kita tidak akan belajar. Dan teringat sebuah kata-kata hikmah, "Kejayaan yang sebenar adalah apabila kita berjaya bangkit dari kegagalan".

Wallahu'alam bissawab.

p/s: Terlalu banyak untuk dirindui pada masa silam. Kenangan di sekolah pasti kenangan terindah. Mengajar aku erti kehidupan dan menjadi manusia. Rindu juga kenangan masuk forum dahulu. Ya, debat juga. Rindunya!

Monday, February 7, 2011

time management, huh?

Bismillahirrahmanirrahim..

Dimulakan dengan menyebut asma' Allah. Mengharap redhaNya di setiap nafas yang dihirup dan dihembus. Selawat dan salam buat baginda junjungan Rasulullah SAW.

Alhamdulillah, sudah selamat kembali ke UIA. Entah mengapa terasa berat sekali meninggalkan rumah semalam. Menitik juga air mata ini. Namun segera aku seka supaya tidak dilihat oleh Ummi dan Ayah. Semangat mujahidah, perjuangan ini memang memerlukan pengorbanan!

Minggu pertama selepas cuti, sememangnya pengurusan masa kian berserabut. Ini tertangguh, itu tertangguh, ini perlu diselesaikan, itu perlukan perhatian. Ya Allah, mahu pecah kepala runsing memikirkan itu semua.

Sengaja mengadu dalam blog supaya kurang sedikit bebanan di kepala. Huh, harapnya..

Midterm exam ada lagi dua paper. Terlampau banyak yang masih belum difahami. Entahlah, mungkin dek hati yang terlalu kotor ini apa yang ditelaah seperti susah amat untuk difahami. Ya Allah, ampunkan segala dosa hambaMu ini.

Pembentangan BM pada Khamis ini harapnya dapat dilaksanakan dengan sehabis baik. Assignment? Report? Ya Allah, baru kini terasa setiap detik itu teramat berharga.

Cukup luahan perasaan di sini. Di kananmu menunggu workshop report, di hadapanmu menanti isi-isi pembentangan BM, di kirimu itu dan ini. Banyak, cukup banyak mujahidah. No procastinating!

Selamat bermujahadah, mujahidah. La haula wala quwwata illa billah.

Wednesday, February 2, 2011

OA

Bismillahirrahmanirrahim..

Dimulakan dengan asma' Allah dan mengharap redhaNya. Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah SAW.

Semalam ke klinik kerana keracunan makanan. Alhamdulillah hari ini beransur sembuh. Periksa sekali masalah lutut ini.

Sama jawapan seperti di IIUM Health Centre. Ayah kata "dah mereka menuntut yang sama." heh (-,-')

Google lah untuk lebih faham.
Ini dan ini.

Impak jatuh di pasir salak sebanyak dua kali dahulu sampai begini rupanya. Ini semua ujian Allah. Sekurang-kurangn
ya aku masih mempunyai kaki untuk menjalankan ibadat. Alhamdulillah.

Biar apa yang berlaku, kudrat yang aku masih punyai ini akan ku gunakan ke jalan Allah. InsyaAllah. Allahuakbar!

La haula wala quwwata illa billah.




Sunday, January 30, 2011

cuti, cuti, cuti..kemudian?

Bismillahirrahmanirrahim..

Dimulakan dengan asma' Allah, segala puji bagi Allah. Maha suci Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sentiasa mengharap rahmatNya di setiap hembusan nafas yang ku hembus. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Alhamdulillah, sudah hari kedua bercuti. Namun, buku calculus dan electronic masih belum dibuka. Ya Allah, jauhilah aku dari sifat malas. Amin. Assignment dynamics lagi. Cepatlah sifat rajin ini datang. huu~

Ya, cuti, cuti juga. Selepas cuti ini menanti pula lagi dua paper. Calculus dan electronics. Risau campur bimbang. Kedua-duanya masih blurr lagi. Bagaimanalah mahu mengekalkan CGPA ni? Apa-apapun yang penting niat itu perlu ditajdid selalu. Lillahi ta'ala, mujahidah! Bukan dean's list yang dikejar, tetapi deen's list. Agama itu yang perlu diutamakan SENTIASA.

"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara. Kecantikannya, keturunannya, hartanya dan agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya, nescaya beruntung kedua tanganmu."
[Hadith nabi]

Entah mengapa tiba-tiba teringat hadith ini. Bukan mahu memilih isteri sahaja perlu pilih yang beragama. Memilih calon suami begitu juga. *wink,wink ;)

Sarawak, jauh ke? hurm..

Saturday, January 29, 2011

hectic

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku mulakan kalam dengan menyebut asma' Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Alhamdulillah sudah mula bercuti. Syukur rasanya berpeluang juga merasakan rehat. Semester kedua ini sangat-sangatlah terasa hecticnya. Cuti, oh indahnya.

*Senyum :)

Tadi baru selesai dengan pertunangan abang dan Kak Roha. InsyaAllah mengikut perancangannya bulan sepuluh nanti pernikahannya. Ya, maknanya di sini, hanya tinggal abangme dan aku sahajalah lagi yang masih bujang.

Lambat lagi mungkin bagi kami. Tunggulah. Teringat pula tadi Opah tiba-tiba cakap jangan pilih orang dari *tut* (salah sebuah negeri di Malaysia). Entah mengapa, tidak pasti. Abangme tidak tahulah sudah mencari calon atau belum. Aku? Biarlah rahsia. Tidak selayaknya rasa hati ini dihebahkan.

Janji dahulu, masih tidak pasti akan diteruskan atau tidak. Setakat ini janji itu masih berlansung. Walau ada kalanya janji itu seperti agak tidak masuk akal, dan sungguh aku tidak pasti mengapa aku masih setia dengan itu. Biar Allah menentu semua. Aku tidak akan sekali-sekali melawan takdir, biar janji itu nanti yang akan tergadai. Janji Allah itu lebih pasti dan lebih tepat. Aku percaya.

Apa janji itu? Biar Allah dan aku yang mengerti. Sebahagian sahabat aku juga tahu. Janji setia itu pernah aku tulis dalam surat kepada rukun 12 dahulu. heh, kelakar.

Tapi kan, aku tidak akan cuba menaruh harapan pada yang sudah punya pilihan hati. Iyalah, mana mungkin aku berpeluang lagi, bukan? Lebih baik mengundur diri. Eh, bercakap soal siapa ini? heh.

Cukup. Habis cerita. Penat sepanjang perjalanan ke Sekinchan tadi masih bersisa lagi. Aku sudahi dahulu kalam, insyaAllah akan kembali menulis nanti.

Wallahu'alam bissawab.


Thursday, January 20, 2011

Yang tersurat jelas tersurat, yang tersirat biar kekal begitu..


sehingga waktunya tiba..




Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah, kalam dimulai. Sentiasa mengharap redhaNya. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW.

Mencuri waktu seketika di sebalik soalan-soalan Dynamics yang menanti untuk diselesaikan. Ya, 24th January nanti midterm dynamics. Bittaufiq wannajah fil imtihan. InsyaAllah. Amin.

Tersurat itu jelas, yang tersirat itu memerlukan masa untuk difahami. Mahu kongsi ini.


Saturday, January 15, 2011

Ku ingin dilahirkan kembali ke dunia nyata..

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan asma' Allah aku mulai bicara. RedhaNya sentiasa didamba di setiap hembusan nafas ini. Selawat dan salam buat KekasihNya, Rasulullah SAW.

Nothing much to say. Hurm..

Merawat luka tidak pernah sudah, menghilang fobia tidak pernah mudah. Tidak mahu mengeluh. Semua atas kelemahan sendiri. Belum punya kekuatan yang jati. Kekuatan itu selamanya milik Allah. AKu hanya hambaNya, mendamba barang sedikit kekuatan untuk terus teguh dengan perjuangan ini. Mahu terus kukuh menyulam iman di hati.

Blog, bukan medan untuk meraih simpati. Bukan juga untuk membuka aib diri. Sekadar untuk meluah dan memuhasabah diri sendiri. Hanya yang mengalami akan memahami. Bukan orang lain.

Mendiam diri bukan bersembunyi, tetapi kerana mencari kembali diri. Ingin kembali kepada fitrah yang suci. Ingin menguat iman di hati. Ingin mengukuh semangat dan azam demi meneruskan perjuangan yang aku pilih. Ini, ini yang aku pilih. Dan ini juga yang akan aku sudahkan. Aku tidak akan berhenti selagi syahid tidak dikotai.

Ya Allah, aku tahu beban dakwah itu tidak pernah mudah. Kerana itu aku mohon kekuatan dariMu. Permudahkan urusanku dalam melakukan amar ma'ruf dan nahi munkar. Juga demi memperbaiki sahsiah sendiri. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Sunday, January 2, 2011

Terima kasih :)

Bismillahirrahmanirrahim..

Terima kasih itu bukanlah sepayah maaf untuk
diucapkan, bukan?

Jadi,

Terima kasih Ayah, terima kasih Ummi untuk segalanya. Untuk segala marah kalian juga. Kerana itu yang menjadikan aku yang hari ini.

Terima kasih ;)

Uhibbukuma.



yes, i'm boring. so?

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku kembali menukilkan kalam dengan menyebut asma' Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Mengharap redhaNya di setiap hembusan nafas. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Alhamdulillah, saat ini, ketika ini masih diberi peluang menghirup udaraNya. Juga menikmati keindahan ciptaanNya dari jendela bilikku. Kicauan burung memeriahkan lagi suasana. Subhanallah!

Pagi-pagi begini elok juga memuhasabah diri. Lihat yang mana perlu diperbaiki, yang mana perlu dikekalkan dan yang mana perlu dibuang. Teringat tiga empat tahun ke belakang, aku tidak seperti sekarang. Masih mencari-cari identiti diri. Masih mencari-cari jati diri.

Jika dibandingkan aku dengan akak, secara jujurnya, akak lebih lemah lembut berbanding aku. Aku? Ah, aku sendiri benci dengan perkataan lemah itu. Dan kerana hal yang demikian, perwatakan aku ternyata lebih kasar. Dahulu, tudung labuh bukan mahkotaku. Hanya tudung bawal biasa. Baju kurung juga hanya sesekali dipakai.

Teringat kata-kata ayah menasihatiku, "Ayah cakap dentam dentum kat masjid nasihat orang, tapi anak sendiri pakai seluar ketat-ketat jugak".

Penghijrahanku bermula apabila aku secara kurang rela dimasukkan ke SMKA Sultan Azlan Shah. Bukan aku benci dengan aliran agama, cuma aku lebih meminati bidang sains. Walau sebulan cuma aku di sana, sebelum mendapat tawaran ke MRSM Pasir Salak, banyak juga perubahan yang aku rasai. Tidaklah serta merta aku memakai tudung labuh berstoking bagai, cuma ada sesuatu yang aku rasai. Aku percaya itu hidayah dari Allah, supaya aku mencari keredhaanNya. Syukur, alhamdulillah.

Setelah sebulan bermentalitikan sekolah agama, aku menerima kejutan budaya di MRSM Pasir Salak yang ketika itu sangatlah kurang menitikberatkan soal agama. Azan juga aku jarang dengar dari corong surau. Sedih, hatiku sayu ingin kembali ke SMKASAS. Namun, alhamdulillah, Ustaz Syukri berusaha keras untuk mengimarahkan surau tersebut. Bi'ah solehah secara perlahan perlahan
diterapkan ke dalam maktab.

Aku akui, di awal-awal tempoh aku di maktab aku sedikit terpengaruh dengan budaya tersebut. Namun, insyaAllah aku masih ingat dengan pesan ummi ayah supaya jangan membelakangkan Allah. Cukuplah usia awal-awal remaja dahulu aku mencuba itu dan ini. Aku kembali memakai tudung labuh yang aku tinggal semasa di SMKASAS itu ketika di tingkatan 3. Aku mahu berubah!

Biarlah aku tidak berjaya ke MRSM bitara pun. Aku redha walau pada awalnya sedikit kecewa. Ketika di upper form, Cikgu Eriza dan Cikgu Mardziah betul-betul berusaha keras untuk mengimarahkan Surau Al-Muttaqin itu. Kembali terasa bi'ah solehah di merata maktab. Dan suasana itu yang mentarbiyah aku yang hari ini. Mungkin itu hikmah kenapa aku kekal di Pasir Salak. Subhanallah, indah sungguh aturanMu.

Dan aku percaya hikmah itu juga mengapa aku tidak berjaya dalam temuduga SPC untuk ke Australia dan YPM ke Jepun. Kerana Allah menyediakan yang lebih baik di UIA. Hidup di UIA bersama insan-insan baik di sekeliling lebih mentarbiyah peribadi aku. Dengan kurikulum UIA, ilmu agama tidak pernah diabai walau sibuk dengan subjek engineering. Alhamdulillah.

Sekarang, aku adalah aku yang hari ini. Ketika yang lain bangga menggayakan pakaian singkat-singkat dan seluar ketat-ketat, aku lebih selesa berbaju kurung atau berskirt labuh. Seluar itu pilihan terakhir. Di masa fesyen tudung lilit-lilit tanpa menutup dada menjadi fesyen up-to-date, aku lebih selesa berpanas dengan tudung labuh atau tudung bawal bidang 60" yang selamat menutup segala perhiasan diri. Memang, boring, isn't it? Orang sekarang pakai semua kena ikut trend, aku pula kekampungan. Yes, i'm boring. So?

Semua sekarang asyik dengan artis-artis korea bagai. Even my roomate is korean freak, or more precise suju addict. And me? I feel like.. nothing! Aku tidak normalkah? Dahulu, aku sering juga sumbat telinga ini dengan macam-macam siaran radio. Paling kerap fly.fm. Dengar juga macam-macam jenis lagu. Ikim.fm itu memang tersangatlah asing untukku. Sehinggalah satu ketika aku memilih untuk mendengar ikim.fm dan aku jatuh suka kerana banyak tazkirah yang aku dapat melaluinya. Ya, aku tidak sempurna dan tersangat memerlukan tazkirah untuk memperbaiki diri. Dan sekarang, saat ramai insan terjerit-jerit dengan artis Korea, Jepun Taiwan atau barat, aku hanya sekadar melihat tanpa merasa apa-apa. Yes, i'm boring. So?

Dan semalam ketika di Plaza Lowyat untuk membaiki laptop ini aku terserempak dengan beberapa orang ikhwah dan akhawat keluar bersama. Dan aku hanya bersama abang kandungku. Memang, aku kampung. Orang sekarang keluar date dengan pasangan masing-masing, barulah hebat. Aku pula hanya bersama abang sendiri, huh, takde nafsu langsung! Iya, aku tiada nafsu untuk keluar dengan ikhwah atau lebih tepat aku bimbang nafsu itu dikawal oleh syaitan apabila keluar berdua begitu. Aku ke shopping mall atau ke mana-mana selama ini pun hanya dengan parents ataupun dengan adik beradik sendiri. Dengan akhawat sendiri pun boleh dikira dengan jari sebelah tangan sahaja. Memang kampung. Tak enjoy lifelah kau ni Syakirah!

Yes, i'm boring. So?

Biarlah aku menjadi aku yang 'boring' seperti hari ini. Aku lebih suka kerana aku lebih merasakan diri dipelihara Allah. Dan aku mahu terus menjadi begini kerana aku mahu mendapat redhaNya. Amin.

Thursday, December 30, 2010

such and such :)

Bismillahirrahmanirrahim..

With the name of Allah, I begin writing this kalam. Hoping His grace in each breath I breathe. Peace be upon the Messenger Muhammad SAW.

Currently, having a cup of hot chocolate sitting on the chair in front of my laptop. Such a blissful moment! No stressful feeling anymore, or precisely not yet.

There's dynamics assignment waiting next to me. Just wait a minute, a few sip more then I'll treat you nicely. InsyaAllah.

*Smile ;)

Hoping this moment never ends..

Allahu'alam.