Demi Masa

Saturday, January 15, 2011

Ku ingin dilahirkan kembali ke dunia nyata..

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan asma' Allah aku mulai bicara. RedhaNya sentiasa didamba di setiap hembusan nafas ini. Selawat dan salam buat KekasihNya, Rasulullah SAW.

Nothing much to say. Hurm..

Merawat luka tidak pernah sudah, menghilang fobia tidak pernah mudah. Tidak mahu mengeluh. Semua atas kelemahan sendiri. Belum punya kekuatan yang jati. Kekuatan itu selamanya milik Allah. AKu hanya hambaNya, mendamba barang sedikit kekuatan untuk terus teguh dengan perjuangan ini. Mahu terus kukuh menyulam iman di hati.

Blog, bukan medan untuk meraih simpati. Bukan juga untuk membuka aib diri. Sekadar untuk meluah dan memuhasabah diri sendiri. Hanya yang mengalami akan memahami. Bukan orang lain.

Mendiam diri bukan bersembunyi, tetapi kerana mencari kembali diri. Ingin kembali kepada fitrah yang suci. Ingin menguat iman di hati. Ingin mengukuh semangat dan azam demi meneruskan perjuangan yang aku pilih. Ini, ini yang aku pilih. Dan ini juga yang akan aku sudahkan. Aku tidak akan berhenti selagi syahid tidak dikotai.

Ya Allah, aku tahu beban dakwah itu tidak pernah mudah. Kerana itu aku mohon kekuatan dariMu. Permudahkan urusanku dalam melakukan amar ma'ruf dan nahi munkar. Juga demi memperbaiki sahsiah sendiri. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

No comments: