Demi Masa

Sunday, January 2, 2011

yes, i'm boring. so?

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku kembali menukilkan kalam dengan menyebut asma' Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Mengharap redhaNya di setiap hembusan nafas. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Alhamdulillah, saat ini, ketika ini masih diberi peluang menghirup udaraNya. Juga menikmati keindahan ciptaanNya dari jendela bilikku. Kicauan burung memeriahkan lagi suasana. Subhanallah!

Pagi-pagi begini elok juga memuhasabah diri. Lihat yang mana perlu diperbaiki, yang mana perlu dikekalkan dan yang mana perlu dibuang. Teringat tiga empat tahun ke belakang, aku tidak seperti sekarang. Masih mencari-cari identiti diri. Masih mencari-cari jati diri.

Jika dibandingkan aku dengan akak, secara jujurnya, akak lebih lemah lembut berbanding aku. Aku? Ah, aku sendiri benci dengan perkataan lemah itu. Dan kerana hal yang demikian, perwatakan aku ternyata lebih kasar. Dahulu, tudung labuh bukan mahkotaku. Hanya tudung bawal biasa. Baju kurung juga hanya sesekali dipakai.

Teringat kata-kata ayah menasihatiku, "Ayah cakap dentam dentum kat masjid nasihat orang, tapi anak sendiri pakai seluar ketat-ketat jugak".

Penghijrahanku bermula apabila aku secara kurang rela dimasukkan ke SMKA Sultan Azlan Shah. Bukan aku benci dengan aliran agama, cuma aku lebih meminati bidang sains. Walau sebulan cuma aku di sana, sebelum mendapat tawaran ke MRSM Pasir Salak, banyak juga perubahan yang aku rasai. Tidaklah serta merta aku memakai tudung labuh berstoking bagai, cuma ada sesuatu yang aku rasai. Aku percaya itu hidayah dari Allah, supaya aku mencari keredhaanNya. Syukur, alhamdulillah.

Setelah sebulan bermentalitikan sekolah agama, aku menerima kejutan budaya di MRSM Pasir Salak yang ketika itu sangatlah kurang menitikberatkan soal agama. Azan juga aku jarang dengar dari corong surau. Sedih, hatiku sayu ingin kembali ke SMKASAS. Namun, alhamdulillah, Ustaz Syukri berusaha keras untuk mengimarahkan surau tersebut. Bi'ah solehah secara perlahan perlahan
diterapkan ke dalam maktab.

Aku akui, di awal-awal tempoh aku di maktab aku sedikit terpengaruh dengan budaya tersebut. Namun, insyaAllah aku masih ingat dengan pesan ummi ayah supaya jangan membelakangkan Allah. Cukuplah usia awal-awal remaja dahulu aku mencuba itu dan ini. Aku kembali memakai tudung labuh yang aku tinggal semasa di SMKASAS itu ketika di tingkatan 3. Aku mahu berubah!

Biarlah aku tidak berjaya ke MRSM bitara pun. Aku redha walau pada awalnya sedikit kecewa. Ketika di upper form, Cikgu Eriza dan Cikgu Mardziah betul-betul berusaha keras untuk mengimarahkan Surau Al-Muttaqin itu. Kembali terasa bi'ah solehah di merata maktab. Dan suasana itu yang mentarbiyah aku yang hari ini. Mungkin itu hikmah kenapa aku kekal di Pasir Salak. Subhanallah, indah sungguh aturanMu.

Dan aku percaya hikmah itu juga mengapa aku tidak berjaya dalam temuduga SPC untuk ke Australia dan YPM ke Jepun. Kerana Allah menyediakan yang lebih baik di UIA. Hidup di UIA bersama insan-insan baik di sekeliling lebih mentarbiyah peribadi aku. Dengan kurikulum UIA, ilmu agama tidak pernah diabai walau sibuk dengan subjek engineering. Alhamdulillah.

Sekarang, aku adalah aku yang hari ini. Ketika yang lain bangga menggayakan pakaian singkat-singkat dan seluar ketat-ketat, aku lebih selesa berbaju kurung atau berskirt labuh. Seluar itu pilihan terakhir. Di masa fesyen tudung lilit-lilit tanpa menutup dada menjadi fesyen up-to-date, aku lebih selesa berpanas dengan tudung labuh atau tudung bawal bidang 60" yang selamat menutup segala perhiasan diri. Memang, boring, isn't it? Orang sekarang pakai semua kena ikut trend, aku pula kekampungan. Yes, i'm boring. So?

Semua sekarang asyik dengan artis-artis korea bagai. Even my roomate is korean freak, or more precise suju addict. And me? I feel like.. nothing! Aku tidak normalkah? Dahulu, aku sering juga sumbat telinga ini dengan macam-macam siaran radio. Paling kerap fly.fm. Dengar juga macam-macam jenis lagu. Ikim.fm itu memang tersangatlah asing untukku. Sehinggalah satu ketika aku memilih untuk mendengar ikim.fm dan aku jatuh suka kerana banyak tazkirah yang aku dapat melaluinya. Ya, aku tidak sempurna dan tersangat memerlukan tazkirah untuk memperbaiki diri. Dan sekarang, saat ramai insan terjerit-jerit dengan artis Korea, Jepun Taiwan atau barat, aku hanya sekadar melihat tanpa merasa apa-apa. Yes, i'm boring. So?

Dan semalam ketika di Plaza Lowyat untuk membaiki laptop ini aku terserempak dengan beberapa orang ikhwah dan akhawat keluar bersama. Dan aku hanya bersama abang kandungku. Memang, aku kampung. Orang sekarang keluar date dengan pasangan masing-masing, barulah hebat. Aku pula hanya bersama abang sendiri, huh, takde nafsu langsung! Iya, aku tiada nafsu untuk keluar dengan ikhwah atau lebih tepat aku bimbang nafsu itu dikawal oleh syaitan apabila keluar berdua begitu. Aku ke shopping mall atau ke mana-mana selama ini pun hanya dengan parents ataupun dengan adik beradik sendiri. Dengan akhawat sendiri pun boleh dikira dengan jari sebelah tangan sahaja. Memang kampung. Tak enjoy lifelah kau ni Syakirah!

Yes, i'm boring. So?

Biarlah aku menjadi aku yang 'boring' seperti hari ini. Aku lebih suka kerana aku lebih merasakan diri dipelihara Allah. Dan aku mahu terus menjadi begini kerana aku mahu mendapat redhaNya. Amin.

No comments: