Demi Masa

Monday, February 7, 2011

time management, huh?

Bismillahirrahmanirrahim..

Dimulakan dengan menyebut asma' Allah. Mengharap redhaNya di setiap nafas yang dihirup dan dihembus. Selawat dan salam buat baginda junjungan Rasulullah SAW.

Alhamdulillah, sudah selamat kembali ke UIA. Entah mengapa terasa berat sekali meninggalkan rumah semalam. Menitik juga air mata ini. Namun segera aku seka supaya tidak dilihat oleh Ummi dan Ayah. Semangat mujahidah, perjuangan ini memang memerlukan pengorbanan!

Minggu pertama selepas cuti, sememangnya pengurusan masa kian berserabut. Ini tertangguh, itu tertangguh, ini perlu diselesaikan, itu perlukan perhatian. Ya Allah, mahu pecah kepala runsing memikirkan itu semua.

Sengaja mengadu dalam blog supaya kurang sedikit bebanan di kepala. Huh, harapnya..

Midterm exam ada lagi dua paper. Terlampau banyak yang masih belum difahami. Entahlah, mungkin dek hati yang terlalu kotor ini apa yang ditelaah seperti susah amat untuk difahami. Ya Allah, ampunkan segala dosa hambaMu ini.

Pembentangan BM pada Khamis ini harapnya dapat dilaksanakan dengan sehabis baik. Assignment? Report? Ya Allah, baru kini terasa setiap detik itu teramat berharga.

Cukup luahan perasaan di sini. Di kananmu menunggu workshop report, di hadapanmu menanti isi-isi pembentangan BM, di kirimu itu dan ini. Banyak, cukup banyak mujahidah. No procastinating!

Selamat bermujahadah, mujahidah. La haula wala quwwata illa billah.

No comments: