Demi Masa

Tuesday, June 14, 2011

Too much.

Bismillahirrahmanirrahim..

Tarian jari di atas papan kekunci dimulakan dengan lafaz mulia. Asma' Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga redhaNya mengiringi setiap hembusan nafasku. Selawat dan salam aku titipkan buat Rasulullah SAW.

Hari demi hari berlalu. Detik demi detik meninggalkan aku. Usia juga kian bertambah. Tidak! Sebenarnya usia kita makin berkurangan. Semakin kita menghampiri mati. Namun, bersediakah aku menghadapinya? Astagfirullahal'azim. Terlalu banyak khilaf dan dosa yang telah dan sedang aku lakukan.

Sedar atau tidak sedar sering sahaja kita terlupa asal usul kita. Selalu sahaja terleka dengan keseronokan duniawi. Ya, akulah insan yang sedang diperkatakan ini. Mudah terleka, mudah lalai apabila dunia itu terlalu mengasyikkan.

Cukup! Aku mahu kembali kepada asal usulku. Aku mahu kembali menjadi hamba. Aku mahu terus menjadi hamba. Hamba kepada Sang Pencipta. Bukan seperti ini. Bukan hanya menjadi patung yang dikawal nafsu.

Sedih. Ya, aku sedih mengenangkan tewasnya aku kepada kehendak nafsu. Dan membiarkan iman merintih, "Mana dia mujahidah yang semangatnya berkobar-kobar dahulu?"

Aku harus akui inilah iman manusia, ada naik turunnya. Tetapi ketika iman menurun itulah kita perlu cepat-cepat meningkatkannya kembali. Jangan biarkan ia terbiasa berada di bawah.

When you are getting too much, then it's time to stop and get yourself back to whom you are before.


"Ko dulu takde facebook senyap je ye? Sekarang, huishhh!"

"Amboi, dulu bukan main taknak ade facebook, nak keep yourself unrecognized la. Sekarang makin bertambah-tambah kawannya"

"Itulah, saya pun terkejut. Dulu dia ni senyap je. Tengok kat facebook.."

"Betul ke ni Syakirah yang kat facebook tu? Macam guna account orang lain je"

" Dia ni memang, tak banyak cakap. Tapi kalau kat facebook...."

"Kalau tak, saya cadang nak lantik dia Head of Facebook.."

"Kamu ni dulu beriye delete facebook, sekarang buat balik"

"Syakirah ni, itu pun nak post kat facebook"


Banyak lagi. Tak larat untuk dituliskan kesemuanya. Bukan rakan-rakan sahaja, dua dialog terakhir itu dari kakak dan abangku. Dahulu aku punya alasan yang kukuh untuk memadam akaun facebook milikku. Dan sekarang juga aku sudah fikir sehabis masak untuk mewujudkan semula. Walau aku tahu kesan-kesannya ke atas diriku. Dan, iya, aku sudah alaminya pun sekarang segala kesan-kesan yang aku jauhi dahulu.

Kini, biar aku hilang semula. Aku mahu mencari kembali diri aku. Biar aku benar-benar kuat untuk berada di dunia itu. Tidak. Ini bukan membawa diri atau merajuk. Aku tahu facebook itu banyak gunanya buatku sekarang kini. Dengan pelbagai kelab yang telah aku sertai, tentunya banyak maklumat yang disalurkan di situ. Tetapi, saat ini aku benar-benar mahu hilang dari dunia itu. Aku penat, aku lemas dengan segalanya.

"Rileks lah, memanglah kat facebook lain kat luar lain. Facebook tu ko tulis je. Tak nampak muka orang."

"Dear, your writing does show yourself too"

"Ape pulak? Writing and talking kan dua benda yang berbeza?"

"Kedua-duanya datang dari diri kamu, bukan?"

"...."


Bermonologlah aku sendiri. Hati yang degil terus menegakkan pegangannya. Iman, kuatlah! Jangan pernah menyerah.

Terlampau ketara perubahan aku bagi sesetengah orang. Iya, mereka sebenarnya belum mengenali diriku. Tetapi aku seharusnya bijak mengawal peribadiku. Bukan dengan semua orang aku boleh buat perangai 'gila-gila' aku. Kerana sudah terbiasa dengan keluarga sendiri, dengan orang lain pun aku buat begitu. Aku muslimah yang perlu tahu batas kesopanan. Perlu ada rasa malu. Haih~

Ampunkan khilaf dan dosa hambaMu ini Ya Allah, Ya Ghafir. Amin.


No comments: