Demi Masa

Friday, November 25, 2011

Niat

Bismillahirrahmanirrahim.

Kembali menukil kalam dengan menyebut asma' Allah. Semoga sentiasa dalam redhaNya.

Agak-agak orang annoyed tak bila setiap kali aku bagi nasihat kat orang mesti aku akan cakap pasal niat?

Bukan aku nak tunjuk baik atau alim. Tapi aku cuba untuk mengajak semua sama-sama dengan aku untuk sentiasa memperbaiki niat dalam setiap yang kita lakukan. Sebab segalanya bermula dengan niat, bukan?

Sekali lagi, aku bukanlah berlagak baik. Semua yang aku lakukan dinilai ibadah. Selalu sahaja niat ini terpesong di tengah-tengah amalan. Tetapi, sekurang-kurangnya aku cuba untuk memperbaharuinya setiap kali sebelum aku mulakan kerja.

Apa sahaja, aku niatkan lillahi ta'ala. Tentu sahaja yang baik-baik.

Jadi apa implikasinya?

Setiap kali kita mahu melakukan maksiat, tentu sahaja kita tidak tergamak untuk meniatkan kerana Allah ta'ala. Nah, dari situ kita akan menjauh dari melakukan maksiat kerana kita berada dalam self-concious.

Sungguh, aku masih cuba untuk terus mempraktikkan ini. Walau pernah juga beberapa kali tewas dengan nafsu sendiri.

Setiap kali ada yang minta pandangan aku, mesti aku katakan, betulkan niat dahulu. Memang ketika itu aku selalu fikir, orang annoyed tak? Tetapi aku memang berpegang kepada prinsip jangan gadaikan keredhaan Allah demi mendapat kesukaan manusia. Dan, NIAT, kena betul.

Mungkin ada yang masih katakan, aku cuma pandai berkata-kata atau menulis di blog. Sungguh, I wish no one would know who I am, so that I can write freely without thinking of others compliments. Memang, kadang-kadang akan hadir bisikan syaitan yang akan mengubah niat aku. Tak tipu, aku juga manusia biasa.

Ya, aku cuba, cuba untuk menepis bisikan itu dengan bersungguh-sungguh. Hakikatnya, payah.

Harap dibetulkan niat aku, jangan pernah dipesongkan. Amin.

Alhamdulillah, setiap kali kaki melangkah ke kelas aku akan mentajdid niat di langkah pertama. "Aku pergi ke kelas, belajar kerana Allah ta'ala."

Sampai di kelas, faham atau tidak faham itu salah diri sendiri. Memang, ramai kawan-kawan aku yang bersungguh-sungguh belajar untuk mendapat markah yang tinggi. Matlamat mereka adalah final exam, pointer meletup. Tetapi, kemudian apa? Habis begitu sahaja.

Memang, aku dikelilingi hampir semua yang begitu. Aku cuba untuk mengajak mereka tajdid niat. Slow talk, tetapi siapa yang mahu ikut, ikutlah. Yang lain terpulang.

Kadang-kadang aku jadi geram dengan situasi begini sebab sedikit sebanyak mempengaruhi aku. Exam-oriented. Yang jelas, habis exam lupa semua yang belajar. Sebab matlamatnya hanya sampai di situ.

Sekali lagi, aku bukanlah bagus. Memang niat selalu dimulakan dengan Allah, tetapi di pertengahan kadang-kadang tersasar juga.

Alhamdulillah, aku pernah cuba. Dan apa yang aku belajar diniatkan kerana Allah ta'ala, sampai sekarang tak lupa lagi. Cubalah.

Mulai hari ini, apa kata setiap yang kita lakukan diniatkan kerana Allah ta'ala. Hatta mandi, makan, tidur pun niatlah kerana Allah ta'ala. Aku yakin semua tahu, setiap perkara itu dianggap ibadah jika diniatkan kerana Allah. Dan ibadah itu ada nilai disisiNya. InsyaAllah.

Allahu'alam bissawab.

No comments: