Demi Masa

Saturday, May 19, 2012

Kita berkawan sampai ke syurga tau!

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku mulakan kembali nukilan dengan menyebut asma' Allah. Segala puja dan puji hanya layak bagiNya. Mengharap redhanya di setiap hembusan nafasku. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW. 

Final makin menghampiri. Saat-saat beginilah kita akan selalu diuji. Sama ada semakin mendekat denganNya atau semakin menjauh. Sungguh, bagiku, aku sangat lemah tanpa Allah. Tambah-tambah bila melihat carry marks yang tak berapa membantu. Jika tidak pada Allah, kepada siapa lagi tempat aku bergantung?

Saat begini juga aku selalunya menjauhkan diri dari semua orang. Bukan apa, bimbang kalau-kalau tidak sengaja menyakitkan hati orang. Aku tahu, aku bukan jenis yang pandai mengambil hati orang. 

Selalunya aku akan rapat dengan Nura sahaja dalam keadaan begini. Memang majoring kami berbeza, dia mechatronics aku biotech. Tak boleh pun nak study bersama. Cuma aku boleh berkongsi rasa dengan dia. Iya, aku jenis berahsia. Kalau tidak dipendam pun, hanya orang tertentu sahaja aku berkongsi.

Siapa yang tak rapat dengan aku selalunya akan mentafsir aku berbeza. Katanya pasti aku sombong, tidak peduli orang. Jika itu yang orang lihat padaku, dan jika itu yang hakikat, insyaAllah aku akan cuba untuk perbaiki diri. Memang payah, tapi aku bukan berubah kerana manusia, aku cuma mencuba untuk menjaga hubunganku sesama manusia. Itukan dituntut Islam?

Sebenarnya sedang berusaha untuk menghadam Math 4 sekarang. Dari tadi tak masuk-masuk. Allah, permudahkan..

Menulis blog sekadar meluangkan waktu. Mungkin catatan ini akan menjadi kenangan suatu hari nanti. Untuk anak cucu mungkin.

Dan iya, satu yang aku ingin katakan, mungkin aku susah untuk menuturkannya di bibir, 

"Nura, aku sayang kau kerana Allah."

Teringat Dr Manzoor Malik kata kepada kami berdua pada kelas terakhir malam itu,

"So, you both are best friends? I hope you'll die on the same day so that the other one doesn't need to cry for the other. Haha."

We both knew he was joking, yet indeed, it means a lot. It touched our heart. Sounded nothing, yet the meaning is something.



Nura, kita berkawan sampai ke syurga tau?

No comments: