Demi Masa

Sunday, April 29, 2012

Judgemental.

Bismillahirrahmanirrahim.

Stuck doing the report. Surfing the Facebook for a while, nothing interesting in it. So, I decided to write a blog.

Naah, I'm not going to talk about Bersih. I agreed with some part of the idea of Bersih, while some others, I disagreed. 

Demonstrasi secara aman, apa salahnya? Kenapa perlu dihalang, bukan? Lagi pun, katanya ini negara demokrasi. Bila lagi suara rakyat akan didengari. Tapi bila jadi kejadian huru-hara, tak perlu pun tunding jari pada sesiapa. Salah masing-masing. Cukup, cerita pendapat aku.

Beberapa malam lepas, seperti biasa ada mass gath Gemilang. Usai mass gath, ada meeting pertama kalinya biro yang aku pegang. Baru pilih subcommittees. Tapi aku tak turut serta ketika sesi pemilihan, jadi malam itu baru aku tahu siapa yang terpilih.

Seorang demi seorang nama dipanggil. Ada beberapa nama yang aku kenal, yang lain kurang pasti. Ketika berkumpul di satu tempat sementara semua subcom datang, aku tanya kepada Abang Akir dan Kak Ecah,

"Siapa yang pilih dia ye? Bukan apa, cuma nak tahu, saja tanya, siapa yang pilih dia?"

Cuba sehabis baik menyusun soalan supaya tidak menyinggung mana-mana pihak. Namun nampaknya kedua mereka faham dengan maksud pertanyaan itu. Kak Ecah memandang mataku, Abang Akir lantas menjawab.

"Nampaknya, kita yang kena bimbing dia kot. InsyaAllah."

Iya, terdiam dan aku tersedar sendiri. Tak sepatutnya aku jadi judgemental sebegitu. Everyone deserves chance to change or at least I have no right to describe someone based on my opinion.

Biro Dakwah dan Kebajikan, bukankah tugasnya amar makruf dan nahi munkar? Mungkin aku terlalu memilih. Atau aku menyangka tugas dakwah ini hanya layak dilakukan oleh yang pakai tudung labuh, berkopiah segala sahaja.

Istigfar, banyak sangat khilaf diri aku ni. Mari muhasabah diri.

To that person, I'm very happy you joined us. Hope you will help us improving ourselves altogether. I love you because of Allah. 

Maafkan saya. Maafkan saya yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan.

No comments: