Demi Masa

Wednesday, February 26, 2014

Rejeki.

Bismillahirrahmanirrahim.
 
 
 
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan dan mematikan. Selawat dan salam bagi junjungan mulia Rasulullah SAW.
 
Sila baca tajuk di atas dengan bunyi jawa asli. Beserta qolqolah. Eheh.
 
Okay, enough.
 
Alhamdulillah, nikmat Allah datang tanpa kita sangka-sangka. Terkadang rasa tak layak pun berbanding perhambaan kita pada Dia. Astaghfirullah. Tapi risau jugak kalau-kalau nikmat ini Allah datangkan sebenarnya sebagai ujian. Bimbang diri terus alpa dan leka.
 
Semoga Allah jauhkan aku dari riak, ujub, takbur mahu pun sum'ah.
 
Aku dalam kategori pelajar biasa-biasa sahaja. CGPA bukanlah tahap 'wow', cuma bisa menyebut alhamdulillah. Apa yang aku yakin, ilmu itu ada pada berkatnya usaha. Tanggungjawab kita pada usaha, natijah atau hasil itu kerja Allah.
 
Kalau nak dibanding dengan rakan-rakan yang lain yang sering dean's list setiap sem, mesti aku bukan golongan yang tersenarai untuk menerima semua ini.
 
Syukur. Haza min fadli rabbi. Belum pun habis degree, minggu kedua semester akhir hari itu aku ditawar untuk menyambung master. Satu projek telah ditawarkan oleh seorang lecturer. Dapat recommendation dari co-supervisor FYP. Jadi nama aku terpilih. Alhamdulillah thumma alhamdulillah.
 
Dalam kesungguhan aku memohon untuk menyambung master di luar negara, Allah sediakan peluang yang lebih cerah di depan mata. Syukur.
 
Minta pendapat ummi dan ayah, lantas aku terima tawaran tersebut. Sekarang dalam proses urusan pemohonan pengajian master dalam UIA. Doakan.
 
Minggu lepas, seperti biasa aku consult dengan supervisor berkenaan FYP. Dah tunjukkan result experiment, tanya pendapat dan komen, kemudian SV tanya mahu sertai exhibition atau tidak? Dia suruh sediakan poster.
 
No idea about that, aku tanya pendapat rakan sekelas tadi. Kata Kak Zu, terimalah. kalau join exhibition insyaAllah dapat A solid. Allahu rabbi. Rakan yang lain terdengar, lalu Kak Zu katakan, "dia ni murah rezeki."
 
Amin untuk doa itu.
 
Peluang untuk buat exhibition ini bukan semua orang dapat rupanya. Subhanallah. Rasa nak menangis.
 
Rezeki Allah itu maha luas. Di mana kita yakin dengan Dia, Dia akan bagi kita. Dari jalan yang tidak disangka-sangka.
 
Allah, andai ini ujian buatku, tuntunilah langkahku. Jangan biar timbul sekelumit pun rasa bangga dalam diri. Aku hanya hamba fakir di atas bumi ini. Menumpang rahmat kasihMu, mengharap belas redhaMu.
 
Haza min fadli rabbi.

2 comments:

Zukrin said...

Alhamdulillah.

Mudah-mudahan perjalanan awak berjalan dengan lancar. Itu lah kehebatan solat sunat yang selalu awak buat. Terima kasih juga kerana mengongsikan cerita tentang amalan solat sunat yang ada kamu ceritakan dalam bab balik kampung secara surprise.

Sekali lagi saya doakan atas kejayaan kamu di dunia dan akhirat serta mendapat redha dari Allah swt.

Mujahidah Mardatillah said...

Allahu rabbi..semoga Allah jauhkan sy dari segala sikap mazmumah. Syukur andainya perkongsian sy bermanfaat kpd yg lain. Doa sy ke atas kamu juga. Semoga Allah redha. Allahuma amin..