Demi Masa

Showing posts with label persoalan. Show all posts
Showing posts with label persoalan. Show all posts

Tuesday, July 10, 2012

Mimpi? Mungkin petanda..

Bismillahirrahmanirrahim.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Masih diberi peluang untuk terus menghirup udaraNya, percuma. Mungkin juga kerana dosa terlalu banyak, lalu Allah berikan lagi peluang untuk aku bertaubat. Astagfirullah.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?"
[Ar-Rahman 55:42]

Assalamu'alaikum.

Agak lama juga tidak mengupdate blog. Sibuk?  Entahlah. Selalunya, short sem begini paling banyak masa terbuang. Mungkin masa-masa itu terbazir begitu sahaja? Atau mungkin masa-masa itu diisi dengan perkara yang lebih berfaedah daripada menulis blog? Allahu'alam.

Pernah satu pagi itu aku bermimpi, di satu situasi sebelah kiri ada maksiat, sebelah kanan pula orang beribadat. Aku tidak mencegah di sebelah kiri hatta tidak mengajak untuk mereka ke arah kebaikan. Aku sedar betapa lemahnya iman aku ketika itu. Tapi masih tak mampu menguatkan diri untuk menghalang maksiat itu.

Kemudian aku tersedar dek azan subuh. Rasa-rasanya, aku mencemuh diri aku dahulu sebelum membaca doa bangun tidur. Satu, geram dengan mimpi teruk itu. Dua, aku terlepas langsung tahajjud. Bukan tidak terjaga ketika alarm handphone berbunyi, tapi ditekan juga button snooze itu. Tak boleh maafkan langsung diri pagi itu.

Seharian aku berfikir sahaja perihal mimpi itu. Malah sampai sekarang pun masih memikirkan petandanya. Rasa-rasanya mimpi itu seakan kena pada diriku. Aku selalu sahaja cuma membenci dengan hati. Lihat, betapa lemahnya iman aku?

Selalu. Selalu sangat Allah beri petanda supaya aku jadi lebih kuat. Aku jadi malu sendiri, pada Allah tentunya. Bergema kononnya mahu memperjuangkan kalimah-kalimah Allah, tapi yang aku mampu cuma membenci dengan hati.

Atau sebenarnya aku lebih takut kebencian manusia berbanding kemurkaan Allah? Astagfirullah. Aku mohon kekuatan, Ya Allah.

Terkadang aku fikir mungkin aku jadi paranoid sebegini dek peristiwa silam dahulu. Entah kenapa aku perlu takut lagi. Sampai bila aku kena jadi begini? Takkanlah sampai bila ditanya Munkar dan Nakir nanti, baru aku tersedar.

Wake up, mujahidah!

Takut dengan manusia, atau takut dengan Allah? Pilihlah. 

Monday, June 18, 2012

stop ruining our mind!

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku mulakan kalam dengan menyebut namaMu Ya Allah. Segala puji dan puja hanya layak bagiMu. Semoga redhaMu mengiringi setiap hembusan nafasku. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Assalamu'alaikum :)

Sementara cuti dan banyak masa lapang ni, mungkin boleh post banyak-banyak. Itu pun kalau idea mencurah-curah dan jari jemari ini rajin untuk menari di papan kekunci.

Cuti kini berbaki kurang lebih seminggu. Agak kesal juga seminggu setengah yg berlalu lebih banyak aku bazirkan dengan tidak membuat apa-apa yang berfaedah. Memang memerap sahaja di rumah. Online dan menonton televisyen. House chores yang lain tak perlu ceritalah, that's common.

Bolehlah dikatakan kebanyakan masa aku ada di hadapan televisyen. Kadang-kadang bukan menonton sangat, biarkan TV itu terpasang aku pula membaca majalah atau surat khabar. Bukan apa, rasa menyampah tengok rancangan-rancangan dalam TV itu. Sedih tengok keadaan Malaysia yang mana rakyatnya diperbodohkan dengan media.

Satu:
Sakit sangat hati, iman (insyaAllah) bila tengok fesyen-fesyen yang dikatakan muslimah sekarang. Memang, rasa bersyukur sangat bila ramai wanita-wanita sekarang yang mahu bertudung. It's an epidemic! Tapi yang masalahnya, awal-awal dulu ok, definisi tudung sangat jelas. Menutup rambut, belahan leher dan dada. Dan sekarang dengan fesyen yang dipelbagaikan sehingga timbul masalah tudung hanya untuk memenuhi tuntutan fesyen bukan tuntutan syariat. 

Bukan aku bersikap skeptikal dengan perkembangan fesyen tudung sekarang. Dan bukan juga aku bersikap ekstrimis dengan menolak sebulat-bulat fesyen yang dipelbagai itu. Hatta Islam sendiri tidak melarang dan tidak menghalang kita untuk kelihatan cantik. Yang salahnya apabila berlebihan. Apa yang aku lihat, tudung semakin lama semakin pendek. Fesyen yang pelbagai rupa, dengan kekreatifan mereka mencipta sanggul tiruan. Allahuakbar, itu bukan hijab lagi namanya. Itu sudah jadi memperagakan diri. 

Sangat tak faham untuk apa dipakai sanggul tinggi begitu? Cantik, tak pun. Pada aku, hodoh pula. Tak perlulah rasanya untuk memberitahu seantero alam yang anda mempunyai rambut yang panjang.

Jadi aku pun terfikir, apa matlamat pereka-pereka dan penjual-penjual tudung ini dengan memasarkan tudung-tudung tersebut. Adakah untuk menunaikan fardhu kifayah atau memenuhi poket masing-masing sahaja dengan mengaut keuntungan. Kadang-kadang aku sedih melihat penjual-penjual tudung ini menjual barangan mereka. Mempromosikan pula apa yang tak sepatutnya. Berganda-ganda dosa mereka apabila semakin ramai yang semakin jauh dengan apa yang haq. Sedih sangat. Jika tidak kita yang tahu memperbetulkan mereka, siapa lagi?

Dan ya, memakai hijab bukan bermakna hanya menutup rambut. Aurat wanita adalah seluruh anggota badannya kecuali muka dan tapak tangan. Menutup aurat beza maksudnya mengan membungkus aurat. Ah, pasti panjang jika diterangkan semuanya di sini.


Kedua:
Iklan-iklan di TV pun satu hal. Ya, aku nampak mesej positif yang cuba iklan-iklan ini ketengahkan tetapi di sebalik itu pembuat iklan ini kurang sedar apa yang tidak dihighlightkan oleh mereka tetapi memberi impak yang tidak kurang hebat kepada penonton. Contoh pertama, anda semua perasan atau tidak? Kalau tidak, selepas ini cuba perhatikan. Hampir semua (atau sememangnya semua) iklan minuman ditunjukkan aksi minum berdiri. Perkara ini mungkin nampak mudah bagi sesetengah orang tetapi bagi aku, ia sangat memberi makna. Tambah-tambah jika kanak-kanak yang menontonnya. Mereka akan merasakan minum berdiri itu sesuatu yang biasa. Islam mengajar kita untuk beradab. Bukankah sedari tadika lagi kita diajar untuk minum duduk dan makan jangan bercakap? Dan itu sunnah Rasulullah juga.

Iklan-iklan kalau tidak mempergunakan wanita memang tak laku ke? Ada sesetengah iklan, pada aku tak ada kaitan langsung dengan wanita tetapi kenapa watak wanita itu seperti watak utama dalam iklan tersebut? Mungkin aku perlu lebih liberal dalam hal seperti ini? Ahh, never!

Ketiga:
Buka channel ini rancangan ini, tukar channel itu rancangan itu. Macam-macam rancangan realiti yang muncul. Semua channel masing-masing berlumba rancangan siapa lebih hebat. Ada rancangan yang bagus seperti imam muda, solehah, ustazah pilihan, master chef, adik-adikku dan ada lagi. Yang rancangan menyanyinya tak usah cakaplah. Macam-macam jenis ada, dari kategori budaknya, belianya, yang tua sepatutnya ingat mati pun ada! Semua merosakkan masyarakat. Dari kecil dah diasuh dengan hiburan, jadi tak perlu cari salah sesiapa lagilah bila budaya hedonisme melampau-lampau jadi nanti. Kanak-kanak pemimpin masa hadapan ini sudah disajikan dengan pelbagai hiburan, entah bagaimana nasib masa hadapan kita?

Rasa sedih tengok kanak-kanak ini berlumba-lumba untuk menjadi artis. Malah dipuja-puja pula kerjaya sebagai artis. Kanak-kanak ini sepatutnya diajar untuk mengenali Tuhan ketika usia begitu, bukan dibawa mengenali not-not muzik.

Bila tengok rancangan adik-adikku terbitan JAKIM, sedap mata memandang pendakwah cilik itu. Sejuk perut ibu mereka kerana melahirkan anak-anak yang akan menjadi sahamnya di akhirat kelak. Subhanallah.

Rancangan nyanyian untuk yang tua pun ada. Sedih sangat! Bukanlah aku mengatakan mati itu tua sahaja. Yang muda pun, kalau sampai ajal mati juga. Cuma tentu sahaja apabila usia meningkat, lebih-lebih lagi perlu mengingat kepada kematian. Bayangkan anda melalak terpekik terlompat atas pentas itu kemudian sakit jantung, meninggal. Berbaloikah meninggal dalam keadaan itu? Memang tak sanggup nak tengok rancangan itu. Rasa kasihan yang teramat kepada pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik yang masuk rancangan itu. Satu pesanan dari saya yang kurang makan garam daripada kalian ini, ingatlah kepada kematian. Baiklah suara itu digunakan untuk mengaji Al-Quran daripada melalak begitu. Langkah-langkah kaki eloklah ke masjid daripada menari atas pentas itu.

Pernah sehari itu aku tertengok satu channel ini. satu rancangan yang sampai sekarang aku tidak tahu apa matlamatnya. Menggandingkan orang ini dengan orang ini. Seorang perempuan dan seorang lelaki disatukan. Adakah memang tujuan rancangan ini untuk menggalakkan budaya 'couple'? Dan yang lagi peliknya, rancangan itu malah memberi tips-tips pula dalam perhubungan. Berpegangan tangan sesuka hati. Yang jelas, mereka cuba menghalalkan apa yang haram melalui rancangan ini.

Banyak lagi kepincangan yang aku lihat di televisyen, tapi aku sudah malas untuk berbicara mengenainya. Rimas. Menyampah.

Yang aku tahu, bila aku ada anak nanti, aku akan cuba sedaya boleh untuk menjauhkan mereka dari televisyen. Aku tidak mahu mereka membesar dengan penipuan dan definisi kehidupan yang salah.

Cukuplah media merosakkan minda masyarakat! Tidak cukup lagikah memperbodohkan kami dengan segala macam penipuan?

Panggillah aku kolot atau pesismis atau apa sahaja. No matter what, I hold with my stand.

..and yeah, stop ruining our mind!

  

Thursday, June 14, 2012

A Girl Worth Fighting For


Bismillahirrahmanirrahim.

All praise to Allah, Most Gracious, Most Merciful. Peace be upon Rasulullah SAW.

Assalamu'alaikum, readers.

Been awhile since my last post, I guess. Building up my strength after a feeling like losing a battle. Then someone said, "lost the battle doesn't mean losing the war." 

Yeah, indeed. Thanks.

Holidays started. And I heard many of my friends are getting married. Sure, I'm happy for them. Barakallaahu lakum. As for me, I'm not even close to that phase. Still learning and finding the meaning of life. Will do someday, insyaAllah. May that day come at the right time and situation.

Instead of getting married, never cross to my mind of having so-called 'relationship' thing. Maybe, years ago, I thought having someone to take care of me, love me and listen to my problems is wonderful. Yet, growing up taught me it is not so. Life isn't just go around that. 

And, instead of looking for a perfect spouse, which I doubt there will be one, why not improving ourselves to be the dream one? A girl worth fighting for, perhaps.

But think again, is it worth to be a girl-worth-fighting-for?

Let's just change the phrase to a nicer one, a girl-worth-married-to rather than a girl-worth-fighting-for. Why is that so? 

First, guys who fight for a girl are just humiliating themselves. It shows that they care more about a girl than about their brothers. Isn't that sucks? I'm for sure would reject those guys. Well, to be that girl-fighting-for is also not worth it if it's just the matter of being somebody's girlfriend-break up-find another-be somebody's again-break up.. Stop. The cycle is there.

Second, I believe if man respects a woman, they won't fight for her. They will honor them. Have heard the love story between Saidina Ali and Saidatina Fatimah? They both fall for each other, secretly. One admires another. Yet, they won't confess their feeling till the right time came. 


Saidina Ali regarded himself did not suit Fatimah, daughter of Rasulullah. He was a poor young man. When Abu Bakar and then Umar proposed Fatimah, Ali felt that surely, he was not as the same level as them. Yet both proposal was rejected delicately by Rasulullah. A father knows what the best for his daughter. When Ali proposed Fatimah, Rasulullah with no doubt accept the proposal.

Well known of the story, they confess their feeling after they get married and it was the sweetest love story I've ever heard.

And, yeah. Those khulafa' didn't fight to get Fatimah. They did it in a decend and honorable way. Indeed.

What are the criteria of being a girl-worth-fighting-for?


Hmm, let's ask the brothers. They might have the answer. 

Rasulullah already stated in his hadith:


Abu Huraira (Allah be pleased with him) reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying: A woman may be married for four reasons: for her property, her status. her beauty and her religion, so try to get one who is religious, may your hand be besmeared with dust.

 

Saturday, March 10, 2012

sense.

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji dan puja hanya milik Allah. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Alhamdulillah, masih bernafas dalam Islam dan iman.

Seminggu lepas SRC Carnival. Kesibukan membuatkan aku langsung tidak sempat menyertai mana-mana program yang dianjurkan. Cuma satu.

Ya, cuma satu. Hari khamis itu, selalunya aku berpuasa sunat. Sengaja melazimi sunnah ini kerana di samping mendapat
pahala dapat juga menyihatkan badan. Ada kempen menderma darah. Sudah hampir dua tahun atau lebih dari itu sejak kali terakhir aku menderma di CFS dulu. Memang lama. Hari Rabu tak berkesempatan, kebetulan hari Khamis ada senggang waktu kerana kelas dibatalkan. Telefon Ummi, telefon Ayah tanya pendapat sama ada membatalkan puasa atau teruskan sahaja atau menderma sahaja di hari lain.

"Ummi, nak derma darah, tapi puasa, patut bukak ke? Ke derma hari lain."

"Suka hatilah, kalau tak larat nanti bukak jelah. Puasa sunat je kan? Dua-dua dapat pahala."

Belum teguh lagi hati ini. Telefon Ayah pula.

"Ayah, nak derma darah, tapi puasa. Patut bukak ke? Ke derma hari lain? Ke terus je puasa?"

"Terpulang. Puasa pun boleh. Fikirlah elok-elo
k. Puasa dapat pahala untuk diri sendiri. Kalau derma darah dapat pahala jugak, tambah dapat manfaat untuk orang lain jugak."

"Hmm, Ala bukak puasalah. Nak derma darah. Tak larat kalau puasa ni, petang ada kelas lagi."

Kali ini baru nekad. Tersedar di saat ayah berpesan. Iya, pahala untuk diri sendiri dan juga satu lagi tambah dengan memberi manfaat untuk orang lain. InsyaAllah lagi besar ganjarannya begitu.

Di samping mendapat pahala dapat juga be
rbakti kepada yang lain atau mendapat pahala dan manfaatnya diri sendiri sahaja. Salah satunya lebih baik padaku.

Habis cerita itu, berkurang sudah 450ml darah aku pada tengah hari itu.

Cerita dua:

Ini kisah tadi, selesai Open Day Gemilang Club kami makan bersama di HS cafe. Kak Jiha, Kak Najwa, Nabilah dan Kak Nai berceri
ta. Ada seorang bapa yang pendapatan bulanannya cuma RM400 bersungguh menghantar anaknya menjadi mentee Gemilang.

Tolak yuran kami sebanyak RM60, tinggal baki gajinya cuma RM340. Allah..Betapa aku patut bersyukur dengan kehidupanku ini.


Sewaktu sarapan pagi, ada komiti yang mengedarkan kuih muih kepada setiap keluarga. Anak bongsu kepada bapa itu tidak mahu makan kuihnya, cuma dipegang.

"Adik, tak nak makan ke kuih tu?" Tanya seorang komiti. Adik itu cuma mendiam. Kakaknya berkata pada adiknya itu, "Nak simp
an untuk Emak ya?"

Allah, luluh hati mendengar mereka ceritakan kisah itu. Kisah kesungguhan seorang bapa yang berusaha berikan yang terbaik untuk anaknya dan kisah tentang kasih seorang anak yang sedar mengenai kesusahan keluarga dan kasihnya kepada bondanya.



Sedang kami, kadang-kadang makanan berlebihan dan membazir pula. Astagfirullah.

Entah jika dikira syukur kami berbanding keluarga itu, rasanya kurang lagi syukur kami semua.

Tak sangka juga sebenarnya, dalam kemegahan bangunan pencakar langit dan kehebatan ibu kota ini masih ada yang derita dalam kehidupan ini. Cuma kesusahan mereka tersorok di sebalik senyuman di wajah mereka. Subhanallah.

Muhasabah diri, menghitung syukur.

Friday, December 2, 2011

Ironi

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, baru selesai menunaikan tanggungjawab kepadaNya. Sebelumnya aku baru habis menjawab online quiz bagi ECON 1550. Open-book-test, harap maklum.

Teringat hari itu, Muakha 8 iaitu Sports Day. Semua pun kelihatan seronok. Semoga dalam seronok-seronok kita tidak sampai lupakan Allah lah ye?

Ketika aku duduk di satu sudut, Nurul menghampiri aku. Dia beramah mesra. Katanya pertama kali melihat aku, dia sangkakan aku Kelantanese. Kami sembang macam-macam. Dia memang senang dibawa berbual. Aku perlu belajar skill ini daripadanya.

"Syak, tahu? Kat tempat Nurul, budak-budak darjah enam dah macam-macam!"

"Astagfirullah."

Isu ini yang dibuka. Memandangkan kami mempunyai tanggungjawab membentuk sahsiah adik-adik, kami sangat memandang serius isu ini. Sedih, mendengarkan pelbagai situasi yang sebenarnya sudah berlaku. Iyalah, di zaman kami dahulu, biar pun lebih kurang sepuluh tahun sahaja sebelum, budak-budak sekolah rendah sangatlah naif. Kami dahulu mana pernah pegang handphone umur begitu. Main pun masih lagi teng-teng dan aci kejar.

Shida turut menghampiri kami yang sedang berbincang. Ceritanya pula apa yang dilihat baru-baru ini dalam UIA juga. Sangat memeranjatkan. Cukuplah, tidak perlu dihebahkan di sini.

Puncanya ialah media yang terlampau bersifat terbuka sekarang, sehingga melampau-lampau. Adegan peluk cium bukan lagi taraf kita, kini Malaysia juga mahu sehebat Hollywood kononnya. Entah kenapa, aku teramatlah hairan adakah adegan seperti itu layak dipertontonkan di khalayak ramai. Iya, kononnya akan diklasifikasikan sebagai 18SG, tetapi sejauh mana tapisan ini berkesan?

Ada satu hari dalam kelas Thermodynamics, Dr Ma'an baru bermukadimah berkaitan closed system. Dan isu yang baru ditonton di TV hari sebelumnya dia ulas. Mengenai filem itu. Komentarnya, "You can't teach others to do good things by showing bad things. As if, you're showing them the effect of those things. It doesn't make sense. And this doesn't mean that we're closed system that won't accept all that."

Dan aku berfikir dengan kenyataan Dr Ma'an tersebut. Memang betul. Logikkah kita mahu mengajar orang untuk tidak berzina dengan melakukan perbuatan tersebut dan kemudian menunjukkan kesan perbuatan itu? Itu gila namanya!

Sungguh, media sangat melampau sekarang. Sehingga aku jelik untuk menonton TV.

"Barat boleh, kenapa kita tidak?"


Allahuakbar, hendak disamakan pula budaya Barat dengan adat ketimuran kita? Berfikirlah, Allah kan sudah kurniakan akal.

Kini, heboh pula dengan filem Ombak Rindu. Persoalannya, memang perlukah adegan sebegitu ditayangkan? Kemudian banyak pula yang meminati ceritanya. Wake up guys! Cerita cinta banyak buat kita berkhayal sahaja.

Kemudian nanti, banyak tersiar di dada-dada akhbar anak luar nikah yang dicampak dibuang merata-rata. Salah siapa semua ini? Salah ibu bapa yang tidak mengawal anak-anak atau siapa? Salah kita semualah. Kenapa tidak dihalang segala anasir yang mampu merosakkan fikiran dan pegangan generasi muda ini. Adakah sudah terhantuk baru mahu terngadah?

Sibuk mahu mencari jalan menginsafkan para remaja yang sudah terlanjur. Malah seperti menyokong pula apabila ada disediakan tempat untuk membuang anak-anak luar nikah ini. Ironinya di peringkat akar umbi tidak dijaga. Ini satu usaha buang masa.

Sedih mendengar cerita-cerita Nurul. Sedih mengetahui keadaan ummah masa kini. Pokok pangkalnya, sedari kecil perlu diterapkan dengan nilai Islami dan diteguhkan akidah. Apabila mantap akarnya, insyaAllah pohon takkan tergugat biar dek angin ribut.

Nurul bangun. Aku melihat satu persatu wajah suci adik-adik mentee. Doaku semoga mereka yang bakal memimpin ummah suatu hari nanti.

Terdetik di hati, "Besar tanggungjawab aku. Mampukah?"

Saturday, October 22, 2011

Bercinta Hingga Ke SYURGA :)

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku kembali menukil kalam dengan menyebut asma' Allah. Setinggi kesyukuran aku panjatkan. Segala puji dan puja hanya layak bagiNya. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Alhamdulillah, for each and everything.

*Senyum :)

Sebenarnya baru balik dari majlis pernikahan Abang dan Kak Roha. Syukur, akhirnya mereka disatukan dalam ikatan yang halal. Doaku ikhlas untuk kalian, semoga berbahagia hingga ke syurga. Amin.

Abang dengan Kak Roha, dua-dua sama kelab AKHI dulu. Kiranya mula terbit rasa di hati tu ketika berkelablah. Sama saja Akak dengan Abang Zeze, bertemu dalam kelab Gemilang.

Tinggal Abangme dan aku sahaja lagi. Abangme dalam keras-keras hati dia, sudah punya calon pun. Kira-kira dua tiga tahun lagi sahaja kot. Dan iya, aku perlu belajar menerima hakikat kami semua sudah meningkat dewasa dan masing-masing akan mencorak hidup sendiri. Cuma harapnya janganlah cepat sangat Abangme kahwin, siapa lagi mahu main tumbuk-tumbuk perut dengan aku?

Tapi entah, calon sudah ada, jika lewat sangat tidak manis pula.

Teringat sekali, seorang sahabat bertanya kepadaku, "Apa erti cinta pada pendapat Syak?"

"Cinta itu PENGORBANAN."

Dia mahukan penjelasan lagi.

Kita perlu tahu untuk bezakan rasa cinta dan juga rasa ingin memiliki. Cinta itu tidak semestinya bersama. Selalu sahaja aku dengar kata orang, "Pilihlah orang yang mencintai kita, bukan orang yang kita cintai."

Dan iya, pada aku cinta itu bukan perkahwinan sahaja. Cinta itu perspektifnya terlalu luas. Sebenarnya kehidupan kita dipenuhi dengan cinta. Cinta Allah lah yang membuatkan kita mampu untuk kekal bernafas hingga saat ini.

Dan jika bercakap soal cinta, selalu sahaja akan dikaitkan dengan soal hati. Cinta itu datang sendiri, tak pernah diminta, tak pernah dipanggil. Sungguh, cinta itu fitrah. Cara kita mengendalinya, terserah kepada kita.

Bukan tidak pernah hati aku disentuh. Dan jika aku tersilap cara, selalu sahaja aku kecewa sendiri.

Banyak kali, tika aku merasakan bahawa dia adalah orangnya, tiap kali itu juga aku akhirnya kecewa. Harapan hancur begitu sahaja. Mungkin iya, rasa itu tidak sepenuhnya kerana Allah ta'ala. Jadi Allah jauhkan dia.

Dan kerana cinta adalah pengorbanan, aku rela melepaskan asal dia sentiasa bahagia. Itu definisi cinta bagi aku. Cintakan seseorang bererti mahu melihat orang yang kita cintai berbahagia, biarpun bukan bersama kita.

Secara jujurnya aku sedang mencari sekarang. Ada jumpa, tetapi akhirnya, seperti yang aku katakan tadi, Allah jauhkan rasa itu.

Mungkin benar, aku tidak layak lagi untuk menagih cinta insan sedemikian.

Kira-kiranya kini, aku sudah penat meletak harapan kepada insan bergelar lelaki. Biarlah jodoh itu datang sendiri mengikut rencana Ilahi. Aku semakin lelah memendam rasa pedih ini. Yang diharap semakin jauh, yang lain pula yang mendekat. Aku..redha dengan ketentuanMu Ilahi.

Berikan aku kekuatan untuk terus menjaga cintaku kepadaMu. Suburkan hatiku agar terus mengingatiMu. Hanya Engkau cinta abadi.

Aku tahu kamu ada di luar sana. Mempersiapkan diri untuk menjadi pembimbingku kelak. Ampunkan kekhilafan bakal pendampingmu ini kerana sering tewas dengan hati sendiri. Doakan aku terus kuat untuk menantimu. Menanti untuk bercinta hingga ke SYURGA.

Air mata, jangan biarkan mengalir untuk yang bukan haq. Redhalah, semua ini rencana Ilahi.

*Senyum :)

Wednesday, August 10, 2011

Mencari

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku kembali menukil kalam dengan menyebut asma' Allah Ar-Rahman Ar-Rahim. Segala puji dan puja hanya layak bagiNya. Aku masih dan sentiasa mengharap redhaNya mengiringi setiap hembusan nafasku. Selaw
at dan salam aku titipkan buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Alhamdulillah, masih berpeluang bernafas dalam n
ikmat iman dan Islam. Syukur.

Subhanallah, sudah masuk bahagian kedua ramadhan rupanya. 10 malam kedua, iaitu magfirah Allah. Semoga Allah memberi pengampunan ke atas dosa-dosa kita.

Beberapa hari aku menyepi. Mencari jawapan untuk pelbagai persoalan dalam benakku. Tetapi, hingga saat ini segalanya masih berserabut. Aku jadi semakin buntu dan hampir berputus asa.



Allah, aku tidak mahu menyerah sebelum segalanya selesai.

Sahabat-sahabat sekalian, tolong berikan kata-kata semangat buatku. Tolong pujuk aku dengan ayat-ayatNya. Aku bimbang, saat ini iman terasa sangat terhimpit. Aku tidak mahu nafsu yang mengawal diri.

Tolong aku, sebelum aku benar-benar menyerah dan terus kalah..



La haula wala quwwata illa billah.

Monday, July 18, 2011

Do more than just think, PONDER..

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku mulakan dengan menyebut asma' Allah, Ar-Rahman Ar-Rahim. Segala puji dan puja hanya layak bagiMu. Aku mengharap redhaMu mengiringi di setiap hembusan nafasku. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Alhamdulillah, masih diberi peluang bernafas di bumiNya. Syukur, masih punya waktu untuk menjalankan tanggungjawab sebagai hamba dan memperbetul mana yang tersilap.

Wanita, memang susah difahami. Itu kata-kata seorang lelaki kepadaku. Akhi, kalau mudah anda memahami wanita, pasti air mata wanita itu tiada guna lagi bukan? Well, secrets make a woman woman. Kerana itu anda tidak akan pernah memahami wanita kerana wanita penuh dengan rahsia.

Sifat aku yang sentiasa berahsia ini kadangkala disalah tafsir oleh insan yang ingin cuba menafsir apa yang cuba aku sembunyikan. Pedih, jika apa yang ditafsir itu jauh terpesong dari apa yang sebenarnya sehingga kadangkala menimbulkan fitnah. Allahuakbar, mungkin juga ini petunjuk dari Allah. Iyalah, mana mungkin mereka akan menafsirkan sedemikian jika bukan caraku yang menjurus mereka mempunyai fikiran begitu.

Muhasabah mujahidah, muhasabah.

Kalian tidak mungkin akan dapat memahami aku, percayalah. Namun, jika kalian berjaya menafsir aku, khabarkan kepadaku. Aku mahu mengucapkan tahniah.

Kajian yang dilakukan oleh Dato' Dr Haji Fadzilah Khamsah yang pernah aku terbaca mengenai bulan kelahiranku adalah seperti di bawah:
  • Banyak idea dalam perkara.
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
  • Berfikiran kehadapan.
  • Berfikiran unik dan bijak.
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
  • Sesuai jadi seorang doktor.
  • Cermat dan teliti.
  • Personaliti yang dinamik.
  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
  • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
  • Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
  • Terlalu degil dan keras hati.
  • Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
  • Tak suka marah kecuali digugat.
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain.
  • Pandai muhasabah diri.
  • Cara berfikir yang lain dari orang lain.
  • Otak yang sangat tajam.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Tidak hargai pujian.
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
  • Cuba sampai berjaya.
  • Badan yang sasa.
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
  • Suka duduk di rumah.
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
Memanglah tidak boleh dipercayai bulat-bulat, namun tidak aku nafikan kebanyakan yang disenaraikan hampir menepati diriku. Sifat yang berahsia, iya, sebab itu sehingga ada yang tersalah tafsir. Suka mencungkil rahsia, memang itu yang selalu aku buat. Selagi aku tidak berjaya aku tidak akan berhenti.

Aku juga suka memerhati. Sebab itu kadang-kadang aku mengetahui sesuatu sebelum diberitahu. Jadi tidak perlulah kalian menyalahkan sesiapa kerana membocorkan rahsia kalian kerana bukan salah mereka pun.

Bukan untuk bermegah atau menunjuk-nunjuk kelebihan diri ini. Cuma aku tidak mahu kalian menyalahkan sesiapa yang tidak bersalah. Aku mengetahui sendiri, dengan izin Allah pastinya. Ini pun kerana kalian memberikan petunjuk-petunjuk untuk aku berfikir.

Jujurnya aku rimas menjadi seseorang yang bukan aku demi menjaga hati orang lain. Tetapi jika itu sahaja jalan yang ada untuk tidak melukakan hati sesiapa, mungkin aku yang perlu berkorban. Tetapi sekarang aku masih memerlukan waktu untuk memikirkan segala cause and effect untuk permasalahan ini. Ah, bukan masalah pun sebenarnya. Aku yang menjadikan ianya sebagai masalah. Jika aku lebih positif dan rasional mungkin segalanya akan mudah.

Maafkan aku sahabat. Bukan salah kamu pun. Cuma aku perlu waktu untuk mencari kembali diri aku yang seakan-akan hilang ini. InsyaAllah, jika itu yang terbaik, aku akan cuba mengubah diri aku sendiri selagi masih di jalan yang diredhai Allah. Sungguh, aku tidak kisah untuk berubah walaupun hakikatnya payah.

Terima kasih kepada yang memberikan nasihat kepadaku walaupun sudah lewat malam ketika itu, anda tahu siapa diri anda. Dan berkaitan assumption anda semalam, aku tidak menyalahkan anda 100%. Aku percaya ada hikmah yang ingin ditunjukkan oleh Allah. Aku yakin.

Aku menjauh kerana ingin mendekat. Even a part of me want to be close to you, friend. Aku sayang kamu, lillahi ta'ala.

Berikan aku waktu untuk berfikir. I'll do more than just think, ponder each and everything. InsyaAllah. Do pray for me yeah?

Wednesday, July 13, 2011

Aku Menjauh Kerana Ingin Mendekat

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan menyebut asma' Allah aku memulakan kalam. Segala puji dan puja hanya layak bagiNya. Aku tidak pernah berhenti berharap agar redhaNya mengiringi setiap hembusan nafasku. Selawat dan salam aku titipkan buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Aku sentiasa berharap iman mengemudi penulisanku. InsyaAllah.

Aku sedar, memang fitrah insani, iman selalu sahaja ada naik dan turunnya. Tatkala iman di atas, nafsu merintih tewas. Namun, di kala iman menurun nafsu seolah melonjak gembira kerana kembali mengawal hati anak Adam.

Dek kerana itulah kita perlu selalu memperbaharui syahadah kita, bukan? Supaya sentiasa menyedari hakikat diri sebagai hamba. Ya Allah..Betahkah aku menjadi hambaMu dengan sebenar-benar makna hamba? Berikan aku petunjukMu. Pimpinlah setiap langkahku.

Melihat anak-anak muda sekarang bebas bergaul tanpa menghirau batas syara'. Lelaki dan perempuan bebas bergurau senda. Hati terasa sakit melihat situasi begitu, iman perit menahan pedih.

Namun, apa bezanya aku dengan mereka? Bermuhasabah aku sendiri. Lama aku berfikir, mencari jawapan yang konkrit untuk segala persoalan yang bermain di fikiran. Kepada seorang sahabat aku meluahkan supaya berkurang sedikit apa yang terbeban. Air mata mengalir juga. Bukan kerana sedih, tetapi kerana kecewa kepada kelemahan diri. Sering tewas pada kehendak nafsu. Astagfirullahal'azim.

Ukhuwah itu indah, kerana itu aku tidak mahu mencemarinya dengan maksiat. Aku cuba merungkai satu per satu apa yang menjadi persoalan dalam diri ini. Sahabat menasihatkan, sebelum berbuat apa-apa, minta petunjuk daripadaNya dahulu. InsyaAllah.

Alhamdulillah dengan jawapan-jawapan daripada mereka, aku menghuraikan apa yang berserabut. Aku semakin jelas dengan tindakan yang bakal aku ambil. Semoga niatku diperbetulkan dan teguh keranaNya. Aku mahu berubah keranaNya, kerana cintaNya.

Sebelum mencari, berusahalah untuk menjadi. Kata-kata ini tersemat kemas dalam ingatanku.

Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah. Tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya, kerana Allah teramat mencintainya.


Layakkah aku digelar wanita yang suci? Rasanya hati ini sudah terlalu penuh dengan tompok-tompok hitam. Terlampau banyak perkara yang merosakkan hati sudah aku lakukan. Kini saat untuk berubah. Sucikan semula hatimu, mujahidah. Kembali kepada fitrah.

Kerana itu aku ingin menjauh dari kalian, demi mendekatkan diri kepada Dia, cintaNya. Hatiku hanya milikNya, bukan yang lain. Cintaku teristimewa hanya pada Dia.

Ya Allah, peliharalah hatiku, cintaku hanya kepadaMu sebelum insan yang benar-benar layak yang telah Engkau janjikan buatku hadir untuk sama-sama merasai keindahan cintaMu. Tautkan hatiku dengan hatinya di jalanMu agar tenang memikul amanah dakwahMu. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Friday, June 10, 2011

Pemilik Cintaku

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku memulakan tarian jari di atas papan kekunci
ini dengan menyebut asma' Allah. Mengharap redhaNya mengiringi setiap hembusan nafasku. Segala puji dan puja hanya layak bagiNya. Selawat dan salam turut aku sertakan kepada junjungan mulia Rasulullah SAW.

currently listening to: Istikharah Cinta -Sigma-

Semalam aku kembali ke bumi pahlawan itu. B
umi tempat aku mengenal erti hidup dan menimba ilmu. Tidak bercadang pun untuk ke sana. Cuma weekend yang lepas, Safwan membuka isu ini di chatbox. Sebagai sahabat yang memahami, aku memberitahu kepulanganku ke Ipoh dan kemungkinan untuk menyertainya ke Pasir Salak. Hari Rabu aku tiba di Ipoh, petang itu juga dia sms dan bertanya kepastian perancangan itu.

Jadi, puas hati tak Encik Safwan?

Untuk tidak kekok di rumah ustazah Fazila, aku men
gajak Wani ikut serta. Malulah jika berdua sahaja dengan Safwan untuk berjumpa ustazah dan cikgu Amir. Benar, Ummi dan Ayah yang menghantar aku ke Pasir Salak itu, tetapi ke rumah ustazah hanya kami sahaja.

Seingat aku, kali terakhir aku berjumpa dengan Safwan ialah sewaktu mengambil keputusan SPM. Ketika itu masih ada krisis, jadi ma
sing-masing tidak berani untuk bersembang. Sekarang semua krisis sudah hilang bersama waktu. Masing-masing sudah matang dan membawa hal sendiri. Perkara lalu biar menjadi sejarah dan kenangan untuk kita tersenyum di masa hadapan.

Cukup, jangan dipanjang-panjang cerita itu. Biar kekal dalam sejarah.

Bersembang itu dan ini dengan ustazah. Dia bertanya, " Ada tak batch kamu yang dah kahwin?". Setahu kami tidak, yang sudah bertunang adalah seorang yang kami tahu. Lalu ustazah memberitahu ada bebe
rapa senior kami yang sudah berkahwin dan ada yang sudah mempunyai anak pun. Senior kami yang paling tua pun adalah batch SPM 2004. Jadi ditolak tambah, umur mereka sekarang adalah 24 tahun, sebaya dengan akak. 1st batch itu tidaklah dihairankan sangat. Tetapi yang agak mengejutkan kami ialah yang sudah mempunyai anak itu adalah pasangan yang hanya tua setahun dari kami. Kami saling berpandangan sesama sendiri. Dalam hati aku berkira-kira bila pula giliran aku? heh~ belajar tak habis lagi, dah gatal nak kawen! :p

Safwan lalu bertanya kepadaku, "Shark, kat UIA bukan ke kalau kawen dapat rumah?"

Engkau mahu sangat aku berkahwin awalkah, Encik Safwan? Sabar, aku masih mencari calon yang benar-benar dapat mem
bimbingku menuju syurga Allah. Jikalau adapun aku berjumpa beberapa lelaki yang baik akhlaknya, cuma aku yang tidak cukup sempurna buat mereka. Biar aku memperbaiki diri sebaiknya dahulu baru mengharap yang soleh, bukan?

Sebenarnya aku takut untuk mengharap. Pernah beberapa kali aku berharap kepada manusia namun tiap kali itu juga kecewa yang aku peroleh. Tidak guna rasanya untuk aku terus menanti kepada sese
orang itu. Jodoh sudah sedia ditetapkan di lauhul mahfuz. Jika benar dia yang Allah tetapkan buatku, pasti akan bersatu juga apabila tiba tika dan waktunya.

Aku sedar hakikat iman diri yang lemah ini. Selalu sahaja bertekad untuk tidak ter'suka' kepada mana-mana insan bernama lelaki. Tetapi di kala syaitan mendatangkan bisikannya, aku jadi lemah. Hatiku terbuai dengan perasaan sendiri.

Aku memilih seorang sahabat untuk menceritakan perasaanku. Dia yang aku percaya untuk hal-hal ini. Tetapi jangan risau sahabat, doakan sahaja yang terbaik untukku. Dan, percayalah, aku tahu sekarang bukan masanya untuk aku memilih. Study is my first priority right now! ;)

Lagipun, cintaku sudah dimiliki. Dia. Seluruh ji
waku hanya untukNya.


credit: deviantart.com

Ya Allah, teguhkan cintaku kepadaMu. Jangan biarkan hatiku hanyut dengan perasaan cinta yang semu. Izinkan aku merasai nikmat cintaMu sebelum aku mengenali cinta insani. Amin.

Jika telah tiba saat untuk aku mencintai hambaMu, aku mohon saat itu hati aku telah dipenuhi dengan kecintaan kepadaMu.
Jika telah tiba saat untuk aku merindui hambaMu, aku mohon saat itu hati aku telah terlebih dahulu merindui pertemuan denganMu.
Jika telah tiba saat untuk aku jatuh cinta kepada insan itu, biarlah cinta itu dititipkan kerana cintaku kepadaMu.
Jika telah tiba saat yang mengizinkan aku merindui insan itu, biarlah rindu itu membuatkan perasaan rinduku kepadaMu semakin utuh.
Ya Allah, peliharalah hatiku, cintaku, rinduku hanya untukMu selagi yang halal belum muncul untukku.

Wednesday, May 18, 2011

Dakwah itu AMANAH

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku mulakan kalam dengan menyebut asma' Allah. Segala puji dan puja hanya layak untukNya. Aku sentiasa mendamba redhaNya di setiap nafas yang dihembus. Semoga rahmat Allah melimpahi seluruh alam. Selawat dan salam aku sertakan buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Alhamdulillah, hari ini berpeluang untuk menikmati waktu sebelum subuh. Subhanallah, terasa tenang. Aku mahu sentiasa begini. Bangun-bangun pagi aku selak tirai, iya, seperti semalam bulan mengambang penuh. Doa bangun tidur dibaca serta tasbih meniti di bibir. Indah, cantik serta mendamaikan hati hamba-hamba yang merindui Tuhannya. Teringat pula ketika perjalanan ke Tohoi dahulu, bulan juga mengambang seperti pagi tadi.

*Senyum :)

Sempat mendengar motivasi pagi di IKIM.fm tadi. Topik hari ini berkisar mengenai ayat 'wa makaru wa makarallah, wallahu khairul makirin'. Kita merancang, Allah juga merancang, dan perancangan Allah adalah yang terbaik. Tuntasnya, kita hanya mampu merancang dan bertawakal kepada Allah kerana Allah adalah sebaik-baik penolong dan sebaik-baik sandaran. Tawakaltu 'alallah!

Sekarang secara rasmi atau tidak aku sudah bergelar ahli JASA. Sebuah kelab khidmat masyarakat untuk berdakwah kepada orang asli. Secara jujurnya aku terasa kerdil bersama ahli-ahli kelab yang lain, tambah-tambah ahli senior. Mereka telah banyak ilmu dan pengalaman. Sungguh, mereka insan hebat!

Aku yang baru sahaja hendak berjinak-jinak dalam medan dakwah ini terasa seperti serba kekurangan. Rasa tidak layak berdiri di samping mereka. Benar, aku tidak seharusnya hanya menyatakan kekurangan, aku perlu menimba ilmu dari mereka. Modul-modul latihan yang disediakan oleh main board memang benar-benar untuk melatih ahli-ahlinya untuk lebih mantop. Tetapi, aku masih belum berpeluang menghadirkan diri dalam latihan mereka, disebabkan itu aku terasa sangat kerdil berbanding mereka.

Sungguh, jika duduk dalam halaqah bersama insan-insan ini, aku terasa sangat malu. Tidak selayaknya aku duduk sekumpulan bersama mereka. Aura mereka terasa sangat hebat. Mereka adalah insan-insan yang aku kagumi dan aku segani. Aku sangat bertuah berpeluang untuk mengenali mereka. Dan persoalan yang sering timbul ialah, mampukah aku menjadi seperti mereka?

Ya Allah, aku memikul amanah dakwahMu. Bantulah aku melaksanakannya sehabis baik. Permudahkanlah aku untuk menjalankan segalanya. Redhailah setiap langkahku untuk menjalankan tanggungjawab ini. Aku yakin Engkaulah sebaik-baik penolong, sebaik-baik sandaran. Suburkanlah nafas dakwah di dalam jiwaku agar ia menjadi sebahagian dari hidupku dan ikhlaskanlah niatku hanya keranaMu. Amin Ya Rabbal 'Alamin.


Wallahu'alam bissawab. Aku, terus mengharap padaNya.

Saturday, May 14, 2011

Man Ana?

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku memulakan kalam dengan menyebut asma' Allah. Maha suci Tuhan yang mencipta sekalian alam. Segala puji dan puja hanya layak bagiNya. Aku mengharap redhaNya mengiringiku setiap ketika. Selawat dan salam aku titipkan buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Alhamdulillah, saat ini masih dipinjamkan nyawa untuk terus menjadi khalifah di atas muka bumi. Soalnya, adakah aku menjalankan amanahku sebagai khalifah dengan sebaiknya? Hanya Allah yang mampu menilai. Dan aku berharap masih ada peluang untuk aku membaiki kesilapan lampau.

Selalu aku terfikir, siapa aku dari sudut pandang insan lain? Ada juga bertanya namun tiada jawapan yang aku dapat. Siapa? Siapa? Siapa?

"die seorg yg kuat.. seorg yg berjiwa besar.. seorang yang positif..."

Jawapan salah seorang sahabat. Ya, saye tahu anda akan baca blog ini. Terima kasih ya? Tetapi, jawapan itu seperti tidak selayaknya buatku. InsyaAllah, aku akan berusaha untuk menjadi seperti yang anda anggap. Bukan untuk anda, tetapi lillahi ta'ala. Doakan aku.

Aku sendiri tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan diriku. When people ask, "Describe yourself." Surely, I'll never know how to describe myself. Teringat kelmarin semasa meeting JASA, sesi perkenal diri dek kerana ada seorang ahli baru, kata Abang Ali, "Syakirah ni penuh dengan kejutanlah."

*Senyum :)

Memang aku akui, baru beberapa minggu mengenali mereka, macam-macam kejutan mereka terima dariku. Bukan niatku, cuma memang itulah aku. Anda perlu kenal lebih lama untuk mengenali siapa sebenarnya aku. Zahirku tidak menepati sangkaan mereka mengenai peribadiku. Ummi dan ayah juga belum tentu mengenali keseluruhan diriku.

Aku, banyak wataknya. Mengenali aku selama lima tahun pun tidak cukup untuk mengetahui tentang diriku. Melainkan kamu bersama aku 24/7, itu mungkin. Kerana aku mempunyai pelbagai karakter yang berubah-ubah mengikut situasi dan orang sekeliling. Dengan orang ini aku begini, dengan orang itu aku begitu. Tetapi aku pasti ada sifat yang aku sama walau dalam keadaan apa sekali pun, cuma aku yang tidak tahu apa.

Keras kepala mungkin juga. Dan apa yang aku tahu, wajah aku memang tidak pandai menipu. Jika ada masalah, senang sahaja terpamer di muka. Jika sedih, satu dunia boleh tahu aku sedih. Jika suka, senyuman meleret-leret di bibir. Jika marah, orang tengok muka pun menyampah. Sedih kan, muka tidak mahu bekerjasama dengan kita untuk menyimpan rahsia? Hee~

Tetapi, muka sahajalah. Kalau rahsia lain, anda koreklah macam mana pun tidak dapat digali jumpa juga. Dan insyaAllah, rahsia dan aib orang lain juga kemas tersimpan dalam kotak rahsiaku. Tiada guna mendedahkannya bukan?

Sungguh, belum lagi aku temui seseorang yang benar-benar mengenaliku. Malah aku sendiri masih belum pasti dengan karakter diriku. Aku mohon jawapan kalian agar aku boleh mengubah diriku menjadi lebih baik. Sesiapa yang sudi, sila jawab ya? Saya mohon. Terima kasih. :)

Dan aku penuh dengan emosi juga, lihat, sekarang pun hati entah rasa apa-apa. Sedih ada, marah ada, kecewa ada, cemburu pun ada!

Tuesday, April 12, 2011

hmm..

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku mulakan kalam dengan menyebut asma' Allah. Maha Pengasih dan Maha Penyayang Allah tiada bandingnya. Segala puji dan puja hanya layak bagiNya. Selawat dan salam turut disertakan untuk junjungan mulia Rasulullah SAW.

Alhamdulillah, masih punya peluang untuk menulis. Allah mengilhamkan idea untuk jari-jari ini rancak bergerak. Namun, kadangkala aku terfikir juga adakah apa yang aku selalu tulis ini atas dasar berpesan-pesan kepada kebenaran atau seringkali sahaja aku tersasar dengan hanya merungut apa yang tidak selesa di sekelilingku? Na'uzubillah..Mohon ditetapkan niat ini, lillahita'ala. InsyaAllah.

Aku gemar memerhati kehidupan ini, kemudian aku menganalisa sendiri di dalam hati. Konklusinya aku yang lukis sendiri. Iya, tentu sahaja apa yang aku simpulkan mengenai kehidupan ini berbeza dengan insan lain, atau ada sahaja yang sama. Cara kita melihat kehidupan berbeza. Itu yang aku selalu ingatkan diri sendiri supaya aku dapat melatih diri menerima cara orang lain. Walau selalu juga alah dengan ego diri.

Tetapi satu yang aku pasti, jika masing-masing menjadikan Al-Quran dan Sunnah itu sebagai panduan tentunya hati dan jiwa kita akan sama. InsyaAllah.

Sebelum aku semakin rancak menulis, biarlah aku jelaskan dahulu bahawa apa yang bakal ditulis ini adalah dari dimensi pandangan aku sahaja. Pasti sahaja ada yang tidak bersetuju. Dan aku katakan sekali lagi ini pandangan aku terhadap kehidupan dan cara kita melihat kehidupan ini berbeza.

Alhamdulillah, tahun 2011 ini aku bakal melangkah ke dekad kedua usiaku. Semakin matang aku harap. Dan semoga aku tidak leka bahawa semakin dekat aku dengan kematian.

"Ya Allah Ya Tuhanku, hidupkanlah aku selagi hidup itu baik untukku dan matikanlah aku jika mati itu lebih baik untukku. Amin."


Entahlah, ada juga perasaan hati ini untuk terus menjadi katak bawah tempurung yang tidak tahu apa-apa daripada menjadi seseorang yang tahu berlakunya kemungkaran di hadapan mata sendiri tetapi tidak mampu berbuat apa-apa. Itulah aku. Terlalu lemah imannya sehingga kemungkaran itu hanya mampu dibenci dengan hati sahaja. Teringat suatu malam ketika mendengar kuliah di IKIM.fm bahawa apabila seseorang anak Adam itu mahu membuat sesuatu kebaikan, syaitan akan datang dengan dua anak panah. Anak panah pertama ialah perasaan malu iaitu malu jika nanti digelar orang sebagai menunjuk-nunjuk dan sebagainya. Anak panah kedua ialah perasaan takut. Takut andainya ditinggal oleh teman-teman dek kerana kita mengajak kepada ma'ruf. Allahu'alam. Rasa-rasanya kedua-dua anak panah itu telah terkena padaku. Hmm..

Melihat rakan-rakan yang dahulunya sama-sama menjinjing buku-buku tebal menimba ilmu di zaman sekolah, sama-sama bersolat satu saf di surau dahulu, sama-sama mencorak pelangi hidup demi kehidupan yang hari ini dan akan datang, juga sepertinya sama-sama berjanji untuk bersama menggapai cinta Ilahi tetapi hari ini aku hanya melihat itu dalam kenangan atau aku yang tidak cuba memahami perubahan itu?

Dahulu, aku melihat dia seorang gadis ayu, solehah, pekerti seindah permata. Aku mengagumi dia-dia ini kerana teguh prinsip hidup tanpa terpengaruh dengan persekitaran. Namun siapa tahu, persekitaran selepas zaman sekolah itu lebih mencabar rupanya.

Hmm..Bukan niat untuk mengeluh, bukan juga untuk menyalahkan sesiapa kerana sebenarnya tanggungjawab itu dipikul bersama. Tanggungjawab amar ma'ruf nahi munkar.

Satu demi satu perkembangan sahabatku mengejutkan aku. Dari seorang selepas seorang aku melihat keadaan mereka berubah. Iya, atau mungkin sahaja aku yang kurang mengenali mereka sebelum ini. Entah, entah, entah.

"Ah, kau ni yang kolot sangat. Perkara camni dah normallah weh.."

"Weh, diorang tu bukan buat ape pun."

"Hmm.. aku no comment"

Baiklah, memang aku kolot. And I love the way I am. It's good to be that 'kolot' than dapat kemurkaan Allah, kan? Aku bukan mahu berlagak wara' etc, tetapi memang tanggungjawab utama kita adalah menjadi hamba Allah pun. Hendak atau tidak memang kita wajib patuh segala perintahNya. Sahabatku sayang, kembalilah kepada fitrahmu. Terus unggul menjadi wanita solehah, indah bebas dari fitnah.

Penat, jengkel, meluat aku melihat facebook. That's why I deleted my account at the first place. Jika dulu, ketika masih di zaman Myspace dan Friendster, aku sangatlah teruja mencari kawan baru di dunia maya ini. Entah siapa-siapa sahaja aku add, gambar pula seronok juga diupload supaya nanti ada orang nak komen, puji segala. Haih.. Keseronokan sementara semata.

Kemudian aku beralih kepada facebook dan memadam semua akaun myspace dan friendster. Selesai. Aku tekad, di facebook bukan medan untuk aku lagha, bukan juga tempat untuk menayang-nayang gambar. Iya, awal-awalnya berjaya. Kemudian orang ini tag gambar ini, orang itu tag gambar itu dan lama kelamaan koleksi gambar semakin banyak sampailah aku sendiri mengupload gambar-gambar bersama rakan-rakan. Hmm.. tak jadi jugak nih! Dan tidak lupa, facebook itu buat aku jadi lagha. Berkomunikasi dengan bukan mahram, buang masanya lagi. Haih.. lagi sekali takleh jadik! Delete! Delete!

Aku pernah lalui hidup yang entah apa-apa. Pernah merasa begitu, pernah merasai begini. Sungguh, kehidupan yang kalian rasa nikmat di dunia itu pernah aku lalui namun hakikatnya semua itu sementara. Keseronokan itu hanya membawa kita lebih jauh dari Allah. Dan tidak mungkin kita dapat hidup tenteram dan aman andai cinta Allah tidak ada dalam hati kita.

Hasbi rabbi jalallah, ma fi qalbi khairullah. Cukuplah hanya Allah bagiku, di dalam hatiku hanyalah Allah.

Wallahu'alam bissawab.

Tuesday, December 14, 2010

Pilihan

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku mulakan dengan asma' Allah. Mengharap redhaNya di setiap hembusan nafas. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Tangan menggigil, mata sudah berair, hati pula bagai dihimpit-himpit.

Ya Allah, kuatkan aku dengan ujianMu yang teramat kecil ini. Sungguh, aku hambaMu yang amat lemah.

Mahu salahkan UIA yang sesuka hati menukar jadual kuliah? Entah. Tidak patut juga, mereka punya hak, punya kuasa. Aku, kami, kita hanya bergelar pelajar yang perlu redha segala. haih~

Kuat! Jangan biar air di mata mengalir.

Sungguh, ini cuma ujian kecil. Cuma aku tidak gagah menempuhinya ketika ini. Mengikut perancangannya, Khamis ini aku bakal pulang semula ke Ipoh untuk membuat persiapan terakhir perkahwinan akak. Sudah dirancang dari awal. Jumaat sepatutnya tiada kelas, tetapi baru sebentar tadi melihat semula jadual. Sudar ditukar!

Itu satu-satunya kakak aku. Aku mahu menolong membantu meringankan kerja Ummi dan Ayah mempersiap segala.

Aduh, mengalir juga..

Menggadaikan kelas, semata-mata untuk itu? Ummi Ayah pasti tidak bersetuju. Aku juga berat hati untuk melakukan begitu.

Pilihan, pilihan, pilihan..Yang mana yang terbaik? Ya Allah Ya Rabbi, bantulah hambaMu ini. Permudahkan urusanku Ya Allah. Aku percaya ada hikmah di sebalik sesuatu yang Engkau tetapkan. Aku mohon berikan yang terbaik buatku, juga buat keluargaku. Amin.

KepadaMu aku serah segala..


Tuesday, November 9, 2010

aku seorang pelupa

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku mulakan dengan asma' Allah yang Maha Mulia. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah SAW. Masih mengharap redha ilahi dalam penulisanku. Semoga iman yang mengemudi bait-bait kata yang bakal dinukilkan. InsyaAllah.

Awal sekali aku ingin lontarkan persoalan buat kalian:

siapa mujahidah?
siapa Syakirah?
siapa shark/syak?
siapa Ala?


Jasad mereka mungkin sama, tetapi kadangkala aku rasakan semuanya punya watak yang berbeza. Entahlah..

Ya, aku mungkin berharap pandangan dari kalian. Mungkin juga kritikan. Terserah.

Hari ini baru hari pertama bercuti. Dugaan sudah mula melanda. Ah, nafsu memang jarang mahu mengalah, bukan?

Tidak perlu juga begitu hairan. Aku hanyalah seorang insan, bukannya malaikat. Pasti nafsu itu ada. Dan ya, aku seorang hamba Allah yang pelupa. Sering terlupa akan azabNya ketika leka dengan maksiat. Sering terlupa akan janjiNya ketika aku cuba mengeluh dengan takdir. Sering terlupa akan cintaNya di saat aku berusaha untuk memenangi cinta manusia. Astagfirullahal'azim.

Oleh kerana itu, aku perlu sentiasa untuk diingatkan. Perlu sentiasa diperbaharui tahap keimanan. Perlu, sangat perlu.

Ya, aku tahu, di saat kitaran itu berlaku, hormon juga tidak stabil ketika itulah emosi jadi kurang terurus. Aku sudah biasa begitu, namun masih belum berjaya melatih untuk mengawal emosi sebaiknya. Awal-awal lagi, biasanya aku akan berpesan kepada sahabat untuk memahami keadaan aku begitu. Alhamdulillah, mereka akan memahami. Eh! Bukan aku maksudkan keadaan aku sekarang begitu. Masakan aku akan menghebohkan di blog ini.

Aduhai iman, sangat lemahkah dikau hingga seringkali tertewas dengan nafsu?

Benar, aku sering terlupa bahawa Allah telah menjanjikan seseorang sebagai bakal suamiku. Seringkali aku berharap kepada yang belum pasti. Ah, perempuan. Selalu sahaja begitu. Asyik-asyik berbicara soal hati. Lemahkah begitu?

Seringkali juga aku perlu mengingatkan andai lelaki itu yang tercatat namanya di lauhul mahfuz untukku, pasti jua akan bertemu kembali nanti. Namun, dek kerana lemahnya iman, mungkin juga kerana kurang percaya kepada janji Allah, aku kerap bimbang untuk tahu siapa dia. Adakah dia yang selama ini aku harapkan? Astagfirullahal'azim. Banyak benar khilaf diri ini.

Sebenarnya tidak perlu risau pun, bukan? Yang namanya jodoh itu sudah Allah sediakan yang secocok dengan kita. Dan andai tidak bersatu di dunia, insyaAllah di syurga kelak. Amin.

Pernah aku terbaca atau terdengar bahawa lelaki ini hipokrit. Entahlah, tidak punya masa pula untuk bertanya sendiri kepada kaum Adam. Tetapi, andai ditanya pun masakan mereka mahu mengaku. Maaf ya ikhwah andai semua ini salah.

Tetapi pastinya masih ada lelaki yang baik di luar sana. Aku percaya, mereka inilah yang bakal mempertahankan agama Allah ini. Merekalah yang akan memelihara maruah muslimah agar terus terjaga. Merekalah yang akan mengembalikan kegemilangan Islam suatu masa dahulu. Wahai pemuda Islam, kami muslimah sentiasa mengharapkan kalian!

Lelaki yang baik itu tidak akan mencalarkan maruah seorang muslimah, malah akan berusaha untuk memeliharanya. Dia tidak akan sewenang-wenangnya berbual mesra dengan seorang muslimah kerana dia mahu terus mengekalkan keindahan perhiasan dunia itu.

Sabda Rasulullah SAW:
"Seindah hiasan adalah wanita solehah"

Setakat ini, aku masih belum pernah temui lelaki yang baik itu. Tetapi aku yakin ada. Atau masih membina diri ke arah itu. Aku akan berdoa agar lelaki itu berjaya menjadi lelaki terbaik. Lelaki yang meneguhkan imannya, juga memelihara martabat muslimah.

Atau mungkin juga aku tidak cukup baik untuk bertemu dengan lelaki sebaik itu..

Aku menulis semua ini sebagai peringatan buatku, juga sekalian yang membaca, insyaAllah. Berharap ada yang bermanfaat yang akan dikongsi bersama.

Wallahu'alam bissawab.

Thursday, October 21, 2010

Bolehku tahu bagaimana?

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan asma' Allah yang mulia, aku mulakan menitip bait-bait kata, menukil kalam yang serba kekurangan. Segala yang sempurna milik Allah, aku hambaNya hanya mencuba memanfaatkan nikmatNya sehabis baik. Walau seringkali juga aku menafikan nikmatNya. Astagfirullahal'azim.

Aku, hambaNya, masih bertatih membina diri. Mencuba merangkak mencari tujuan hidup. Dan akan aku cuba untuk terus berlari menggapai cintaNya. InsyaAllah.

Nafsu tidak pernah mengalah, benar bukan? Mujahadah sememangnya payah. Ya Allah, aku mohon kekuatan.

Kita hambaNya, tidak layak mengaku diri beriman selagi belum diuji. Selalu juga aku merasa ujian yang diberi teramat berat. Aduh, khilaf diri. Mana mungkin Allah sekejam itu. Allah, Ar-Rahman, Ar-Rahim. Dia tahu kemampuan kita. Sungguh, ujian itu sebenarnya untuk meningkatkan iman.

Ujian paling payah pada pendapatku adalah nafsu. Belum berjaya lagi mendidik nafsu sendiri, haih~

Soalan pertama, bagaimana ya mahu mengawal diri ketika benar-benar di puncak kemarahan? Astagfirullahal'azim. Lemahnya diri ini.

Cara yang dianjurkan Rasulullah adalah berwudhuk. InsyaAllah, itu adalah yang terbaik. Kalau marah itu ketika berdiri, duduklah. Kalau ketika duduk berbaringlah. Istigfar banyak-banyak. Fuhh..hembus nafas. Biar kemarahan itu berkurang.

"Kau boleh bersabar eh dengan diorang tu?"

Kata sahabatku. Aku hanya senyum. Kalau aku tidak bersabar mungkin juga kerusi meja pun boleh melayang ke muka mereka. Sahabat, aku masih mencari kekuatan. Kesabaran aku pasti ada batasannya, dan aku harap batas kesabaran itu jauh lagi.

"Orang yang paling kuat adalah orang yang dapat mengawal marah"

Senyum. Aku mahu jadi kuat. =)

Tetapi..

Bolehku tahu bagaimana mahu membuat mulut mereka itu senyap? Sepertinya masih belum letih mengeluarkan kata-kata yang menjengkelkan itu. Tolonglah saudara, aku takut kesabaranku hilang.

Marah bukan pilihanku. Aku tidak mahu sebarang suasana tegang berlaku. Aku suka tenang. Aku pasti semua orang pun begitu.

Mengadu pada ummi dan ayah tentang apa yang mereka lakukan? Boleh sahaja. Tetapi aku tidak mahu memburukkan nama anda, saudara. Kita masih saudara seakidah, lillahi ta'ala.

Apabila difikir kembali, ini mungkin juga peringatan Allah buatku. Iyalah, muamalat masih belum terjaga. Pastinya membuka ruang-ruang fitnah bagi insan lain. Na'uzubillahimin zalik.

Itulah mujahidah, mujahadah itu penting.

Kisah kedua:

Bolehku tahu bagaimana mahu menegur kesalahan kawan sendiri? Ouh, memang susah kerana imanku terlalu lemah. Aku cinta kepada sahabatku, kawanku, saudaraku, lillahi ta'ala. Kerana itu aku tidak mahu membiarkan mereka terbakar dengan api neraka. Aku juga tidak mahu begitu. Tetapi, aku tidak punya kebijaksanaan untuk menegur juga menjaga hati mereka. Nasihat itu perlu berhikmah, bukan?

Ah, banyak lagi yang aku perlu perbaiki pada diri. Mujahidah, selamat bermujahadah!

La haula wala quwwata illa billah.

Friday, August 27, 2010

takdir Ilahi berhikmah

Bismillahirrahmanirrahim..

Mulakan dengan nama Allah serta mengharap redhaNya.

Ramadhan sudah menghampiri 10 malam terakhir, berpeluangkah aku menikmati lailatul qadarMu Ya Allah?

Saat ini, ketika ini, diriku sedang belajar untuk bersabar dan redha dengan takdir Ilahi. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang ditetapkan buat hambaNya. Maha Bijaksana Allah dalam menetapkan semua itu tidak perlu diragui.

Buat sahabat-sahabat yang berjaya mendapat biasiswa JPA, tahniah ikhlas dariku. Itulah rezeki yang Allah sudah takdirkan buat kalian. Kalian memang layak.

Aku?

Permohonanku tidak diproses pun. Jadi tidak perlu semak keputusan pun sudah tahu permohonan tersebut tidak berjaya. Biarlah, rasa sedih itu sudah lama aku tinggal jauh-jauh. Memang bukan rezekiku. Tidak perlu disoal hikmah Allah disebaliknya.

Allah mahu aku terus meminta dan memohon kepadaNya. Supaya aku tidak sombong dan tidak lupa akan hakikat diri sebagai hamba. Ya, aku masih tidak layak untuk menerima nikmat itu. Allah lebih tahu, malah Maha Mengetahui.

Senyum :)

Lagi satu, aku sudah belajar untuk melupakan sakit hati yang lalu. Biar ia terbang bersama angin, hanyut bersama air. Diriku mahu tenang. Benar ini, semua sudah ku lupakan. Tiada dendam, tiada geram.

Dia, kamu dan kalian, tiada lagi sakit hati ya antara kita? Ayuh, kita lupakan kisah lalu. Kita cipta cerita baru. Cerita bukan miliknya atau aku, tetapi kita. Kita semua.

Cerita mencari redha ilahi, mendamba cintaNya. InsyaAllah.

Semoga Allah redha..

*senyum

Friday, August 6, 2010

Senmon Bakka

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku mulakan dengan menyebut nama Allah, segala puji hanya bagiNya. Alhamdulillah, masih berpeluang untuk hidup di atas muka bumi ini. Terima kasih Ya Rabbi.

peneman di kala sunyi

Hari ini aku punyai cukup banyak waktu terluang. Tetapi, entahlah, sama ada aku telah gunakan dengan sebaiknya atau tidak. Harapnya, segala yang aku lakukan hari ini mendapat keredhaan Allah. Amin. InsyaAllah.

Baru sebentar tadi usai berbual bersama sahabat karibku, Nadiah menerusi telefon. Bertanya khabar dan yang utama meminta pandangan dan nasihat daripadanya. Terima kasih sahabat untuk nasihat, ceramah dan 'bebelan' itu. Baru aku tahu bahawa aku masih tidak matang dalam b
eberapa perkara. Terima kasih lagi sekali kerana menyedarkan aku.

Itulah guna sahabat, bukan?

Sekarang aku sedang cuba bersengkang mata untuk menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan. Rasanya tidak mampu aku menahan mata ini lama-lama, sebentar lagi aku akan berhenti juga.

Jika difikir-fikir, apalah gunanya aku belajar subjek ini, juga beberapa yang lain. Engineering Drawing, ada kena mengenakah denga
n majoring aku nanti? Tentunya tidak. Biochemical-Biotechnology mana perlu semua itu, bukan?

Ya, itulah yang selama ini bermain di fikiranku. Namun aku telah disedarkan oleh seorang lecturer, tentunya peringatan dari Allah. Lecturer programming tersebut, Dr Sigit telah memperkenalkan perkataan 'senmon bakka' kepada kami. Perkataan Jepun yang dipelajarinya semasa beliau menuntut d
i sana dahulu. Maksudnya lebih kurang, hanya menumpukan kepada satu bidang. Iyalah, ilmu Allah itukan luas, mengapa perlu menyempitkan pemikiran hanya dalam satu bidang. Tiada salahnya untuk mempelajari sesuatu yang bukan dalam pengkhususan kita. Semua itu ilmu.

Aku tersedar dengan khilafku selama ini. Tidak sepatutnya aku mempersoalkan kenapa dan mengapa aku perlu mempelajari semua itu. Kembali aku mentajdid niat, lillahi ta'ala.

Jadi sekarang ini, insyaAllah aku akan cuba sehabis baik untuk tidak merungut dengan semuanya. Ilmu itu cahaya
. Dan aku amat memerlukannya untuk menerangi perjalanan hidupku ini. Ya Allah, bantulah aku untuk terus istiqamah dalam mujahadah ini. Amin, Ya Rabbal 'Alamin.

Sekarang, tiba masanya untuk aku m
enyambung kembali tugasanku. InsyaAllah, tiada keluhan. Hanya senyuman :)


masih belum selesai..

Thursday, July 1, 2010

Aku dan diriku..

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku kembali mencatat kalam hidupku sebagai tatapan di hari-hari mendatang. Semoga redha Allah menemani setiap perjalanan hidupku. Dengan namaMu aku memulakan hariku, dengan namaMu juga aku mengakhirinya. InsyaAllah. Hari esok belum tentu aku masih dipinjamkan nyawa ini. Semuanya milik Allah. Hanya Dia yang berhak menentu segala. Aku hanya berdoa dan berharap.

Ya Allah, hidupkanlah aku selagi hidup itu baik untukku dan matikanlah aku jika itu lebih baik untukku. Amin.

Sedar atau tidak, hakikatnya setiap perlakuan kita sentiasa diperhatikan. Dia Yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui setiap apa yang kita cuba sembunyikan. Andai kita sedar hakikat itu setiap detik dalam hidup kita pasti keberanian untuk membuat dosa itu tidak wujud. Pastinya setiap gerak geri kita dilakukan penuh tertib. Tentunya masa yang diamanahkan olehNya kita penuhi dengan beribadat. Tentunya kelima-lima deria kita digunakan untuk membuat kebaikan.

Ironinya, kita tidak peka mengenai hakikat itu. Kita dilahirkan dengan sifat pelupa. Inilah makhluk yang digelar insan. Inilah hakikat diri yang sering terlupa..

Itulah hakikat aku dan diriku. Tidak pernah terlepas dari melakukan dosa. Entah-entah setiap waktu yang diamanahkan oleh Allah, telah aku habiskan dengan perkara lagha. Na'uzubillahiminzalik..

Aduhai diri, zikrullah wa zikrulmaut! Ingatlah Allah dan ingat kepada mati! Pasti sifat alpa itu akan berkurangan. Aku berharap dan terus berharap, hanya padaMu.

Terfikir pula beberapa kecederaan yang aku alami. Pernah aku mendengar ustazah aku berkata bahawa jika kita terluka atau tercedera itu mungkin salah satu cara Allah ingin menghapuskan dosa kita. Andai itu yang sedang aku alami, alhamdulillah. Aku redha dengan apa yang Engkau uji aku saat ini.

Ya Allah, andai musibah yang menimpaku itu merupakan kafarah kepada dosaku, aku mohon ampunkanlah dosaku. Ya Allah, andai musibah itu merupakan ujian daripadaMu, aku mohon tabahkanlah aku menghadapinya. Hanya kepadaMu aku menyembah dan hanya kepadaMu aku memohon pertolongan. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Tuesday, June 15, 2010

Deactivate or delete?

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan namaMu yang Maha Indah aku mulakan bicara. Alhamdulillah kerana masih diberi nyawa hingga ke saat ini. Masih berpeluang hidup di hari yang baru. Semoga segalanya dalam redhaMu. InsyaAllah.

Beberapa hari yang lepas aku telah menyahaktifkan akaun facebook ku. Alhamdulillah segalanya sempurna. Tetapi, proses tersebut membuatkan aku terfikir di akhirnya. Ya, jikalau kita mahu mengaktifkan semula akaun kita, cuma login sahaja dengan username dan password yang lama.

Antum terfikir atau tidak apa yang aku fikirkan?

Pasti sahaja maklumat kita masih disimpan oleh pihak facebook kalau begitu. Persoalan itu terus aku fikirkan hingga ke tidurku. *Ah, perlukah sampai begitu sekali?*

Alhamdulillah, aku berjumpa dengan jawapannya sebelum aku habis memikirkan persoalan tersebut. Aku terjumpa di laman World of Islam di salah satu blog di situ.

Ini jawapan kepada persoalan aku:

Jika anda ingin memadamkan akaun Facebook anda secara total tanpa peluang untuk mengaktifkannya kembali di kemudian hari, ikutilah langkah-langkah berikut:


  1. Taipkan alamat ini di dalam browser anda: https://ssl.facebook.com/help/contact.php?show_form=delete_account
  2. Klik di atas butang Submit untuk langkah seterusnya.
  3. Anda akan diminta untuk memasukkan kata laluan anda dan beberapa semakan sekuriti yang lain sebelum proses pemadaman akaun anda akan bermula.
  4. Selepas proses pemadaman bermula, anda akan menerima e-mel dari Facebook dan di dalam masa 14 hari proses pemadaman akan dilakukan. Dalam masa 14 hari jangan gunakan akaun Facebook lagi kerana jika anda menggunakan apa-apa kemudahan Facebook proses pemadaman tersebut akan berhenti.Untuk pengguna-pengguna Facebook yang lain yang tidak berniat untuk menghentikan atau memadamkan akaun Facebook yang mereka gunakan, anda perlulah berhati-hati agar maklumat-maklumat yang anda kan kedalam Facebook tidak kembali menghantui anda dikemudian hari.
Seterusnya, aku mengikut arahan tersebut dan alhamdulillah aku berjaya memadam terus akaun facebook milikku. Ya, masih perlu tunggu tempoh 14 hari untuk pengesahan tersebut. Tetapi, segalanya sudah selesai bukan?

Jadi kepada sahabat-sahabat yang ingin memadamkan akaun facebook masing-masing, ikutlah cara yang telah disebutkan.

Wallahu'alam..