Demi Masa

Showing posts with label mujahidah. Show all posts
Showing posts with label mujahidah. Show all posts

Thursday, December 29, 2016

Syukur vs. Qanaah

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Berpeluang untuk menulis dan berkongsi lagi. Mudah-mudahan dikira di sisi Allah sebagai ibadah. Amin ya Rabb.

Alhamdulillah untuk segala yang telah ditakdirkan Ilahi. Thesis submitted. Cuma masih menunggu tarikh viva.

Dan alhamdulillah untuk kehidupan yang mendatang. Syukur Allah tetapkan pada waktu yang terbaik dengan segala yang terbaik yang mampu difikirkan. :)


A216
"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
[Al Baqarah 2:216]


Untuk rasa bersyukur setelah mendapat nikmat ternyata lebih mudah daripada merasa syukur dalam tiada. Itulah qanaah, kawan.

Melafaz alhamdulillah ketika disembuhkan dari sakit, atau dinaikkan pangkat, atau ditambah gaji, atau setelah siapkan thesis, atau bila diumum lulus ujian, atau mendapat kereta baru, atau akhirnya bertemu jodoh (oops!) atau pelbagai lagi nikmat yang kita terima sehari-hari adalah perkara biasa seorang hamba akan lakukan. Memuji Sang Pencipta kerana mengurnia nikmat yang selama ini dicita. Tidak ada yang menghairankan situasi begitu.

Walau masih ada segelintir yang berat untuk mengucap syukur. Difikir segala nikmat atas usaha sendiri bukan rahmat Yang Maha Esa. Na'uzubillah. Semoga kita terhindar dari berfikiran sedemikian.

Namun ada yang lebih ajaib dari itu. Apabila seseorang hamba mengucap syukur ketika tiada.

Ketika tiada wang untuk makan, dia bersyukur. Fikirnya Allah merencana dia supaya beroleh pahala dengan berpuasa.

Ketika dipecat, dia bersyukur. Fikirnya Allah mahu mentakdir pekerjaan yang lebih baik untuknya.

Ketika sakit, dia bersyukur. Fikirnya Allah mahu menghapus dosanya yang menggunung.

Ketika tidak sampai-sampai jodohnya, dia bersyukur. Fikirnya Allah mahu dia terus berbakti pada orang tuanya.

Subhanallah. 'Ajibtu. Aku sangat hairan bagaimana mereka dapat melakukannya.

Itulah kenapa qanaah itu lebih hebat dari sekadar syukur.

Qanaah merasa cukup walau kekurangan. Merasa cukup walau tidak mendapat. Dan merasa cukup kerana dia yakin Allah yang akan mencukupkan.

Masih jauh lagi diri ini nak sampai tahap itu. Untuk berterusan bersyukur pun masih bertatih kadang-kadang merangkak nak ikhlas dalam bersyukur. Allahu.

Kenapa aku terfikirkan soal syukur dan qanaah tengah-tengah malam begini?

Sebab aku takjub cara Allah melatih aku untuk jadi seorang yang bersyukur, dan merasa cukup.

Satu persatu hikmah yang Allah berikan. Perit awalnya. Tapi lama-lama makin serasi setiap satunya.


"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)."
[Ali Imran 3:14]


Biasalah fitrah manusia yang mahukan kemewahan, kemahsyuran, kemuliaan dan pelbagai lagi. Tapi menariknya Allah tak beri apa yang kita mahu sebaliknya Allah beri apa yang kita perlu.

Beberapa minggu ini aku sibuk ke sana ke mari menguruskan beberapa urusan penting. Melalui beberapa kawasan banglo mewah. Allahu rabbi, betapa terdetik keinginan untuk memiliki kediaman mewah seperti itu. Tapi cara Allah didik jiwa ini terlalu berhikmah. Subhanallah.

Allah takdirkan begini dan begini supaya nanti aku terlatih hidup lebih sederhana bukan seperti sekarang. Jika sebelum ini hampir apa yang aku inginkan semua senang didapat. Sekarang sejak duit simpanan tak bertambah-tambah nilainya (baca: tidak bekerja) aku jadi lebih berhati-hati untuk memasang impian. Perlu lebih difikir apa yang perlu, apa yang sekadar cuma mahu.

Terus aku bisikkan pada hati doa yang dibisik Asiah saat-saat terakhir dalam hidupnya. "Ya Tuhan, binakan untukku sebuah rumah di sisiMu dalam syurga."

A011
Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan orang-orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: "Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim"

[At-Tahrim 66:11]

Perlahan-perlahan hati terlatih untuk bersabar menanti kediaman yang jauh lebih indah di syurga nanti. Kuncinya sabar dan syukur dahulu. Rasa cukup dengan apa yang kita ada sekarang. 


A007 
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

[Ibrahim 14:7]



Kalau diturutkan hati yang terikat nafsu, segala kemewahan dunia mahu dimiliki. Mahu kereta mewah, mahu rumah besar, mahu kehidupan serba serbi melimpah. Tapi apakah kita kan puas? Tidak. Nafsu tidak pernah merasa cukup. Sentiasa mahu dan mahu lagi.

Kalau kita tidak boleh merasa cukup dengan yang sedikit, mampukah untuk kita bersyukur dengan yang banyak? 

Tak perlu dijawab. Renung dalam diri. Refleks semula. Syukur tak akan kita perolehi andai tak pernah merasa cukup. 

Syukur dulu, nanti Allah tambah. :) 

Wednesday, August 26, 2015

The Unknown

Bismillahirrahmanirrahim.



Antara jodoh dan ajal kita tak pernah tahu mana yang menjemput dulu. Tapi antara jodoh dan ajal, kita tahu mana yang pasti akan hadir. Meski tanpa dijemput.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)".

[Al-Jumu'ah 62:8]

Anak muda sekarang terlampau dimomokkan dengan kisah-kisah nikah muda, bercinta selepas nikah dan sebagainya. Tidak ada salah langsung padanya. Tapi yang silapnya bila ditanam pada pemikiran anak muda itu hanya keindahan dan seolah-olah itu sebagai matlamat.

Semua orang ada fitrah berpasangan. Termasuk diri yang menulis ini. Tipulah andai aku katakan tidak terfikir langsung soal itu.

Cumanya, itu bukan prioriti utama ketika ini.

Fokus dahulu pada tangga yang pertama sebelum naik tangga kedua. Tapak wajib kukuh sebelum dibina rumah dan tangga.

Usaha kita untuk naik ke tangga kedua itu mungkin berbeza-beza. Tapi matlamatnya perlu sama, iaitu mardhatillah.

Jujurnya aku penat bila berada bersama golongan yang asyik disibukkan soal pernikahan ini. Bukan aku berputus asa perihal jodoh yang tak sampai-sampai, tetapi yang menjadi masalahnya golongan ini terlampau asyik memikir hingga terlupa berusaha. 



Tanya dulu pada diri, bagaimana hubungan aku dengan Allah? Bagaimana cinta aku pada Rasulullah? Bagaimana akhlak aku dengan ibu bapa? Dengan ahli keluarga yang lain? Dengan kawan-kawan? Dengan masyarakat? And the list goes on..

Kalau kita sibuk memperbaiki hubungan kita dengan Allah, memperkukuh rasa cinta pada Rasulullah, mencantikkan akhlak kepada ibu bapa serta masyarakat sekeliling, insyaAllah kita tak punya masa untuk berangan-angan pasal jodoh. Jodoh itu sendiri akan hadir tanpa kita sedar.

Waktu yang tepat, orang yang tepat. InsyaAllah.

Lagi pula, sedang kita sibuk memperbaiki diri, kita juga sebenarnya sedang mempersiap diri untuk menghadapi mati. Bukankah kita mahu menjadi sebaik-baik hamba ketika ajal menjemput kita menemui Ilahi? 

Tak usah kecewa andai jodoh yang diharap tak kunjung tiba. Ingat kembali apa tujuanmu untuk membina baitul muslim? Bukankah semata-mata untuk mendekatkan diri pada Pencipta?

Kalau Allah tidak mengizinkan kita mendekatkan diri denganNya melalui pernikahan, insyaAllah Dia akan menyediakan jalan lain. Kita semua tahu bukan pernikahan semata-mata satu jalan untuk mendekat dengan Tuhan. Terlampau banyak wasilah yang disediakan Allah, kenapa kita hanya fokus pada yang satu?

Aku langsung tidak menafikan keperluan pernikahan dan fitrah berpasangan. Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda, "Siapa yang membenci sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku."

Na'uzubillahi min zalik. Aku mahu tetap dikenali baginda sebagai ummat.

Mari kita semak persediaan kita menghadapi mati. Andai kata ini hari terakhir kita, sudahkah kita menempah sebuah mahligai di syurga kelak? Sudahkah kita berusaha menjadi sebaik-baik hamba? Sudahkah kita menunaikan segala amanah dan janji? Sudahkah kita melangsaikan semua hutang? Sudahkah itu? Sudahkah ini?

Kita sendiri tahu apa yang kita belum selesaikan. Tapi jujurnya kita sering merasa kita masih punya masa. Allahu. Bagaimana kalau masa yang diperuntuk tidak ada lagi untuk kita? Apa jawapan kita di akhirat kelak kalau ditanya Allah, segala masa yang diberi apa kita perbuat?

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?

[An-Nisaa' 4:78]

Allahu. Allahu. 

Aku tak punya jawapan membela untuk itu. Sungguh, sudah banyak kali lalai dan leka. Dan sering kali ulang dosa yang sama.

Kita tak tahu bila ajal kita tiba. Kita tak akan pernah tahu bila masa kita berakhir. Tapi yang kita mampu adalah berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari-hari semalam. Berusaha untuk mendekat dengan Allah. Meski semalam kita sendiri yang mencipta jarak. Allah, Dia tak pernah tinggalkan kita. 

Kembali, selagi jasad belum ditelan bumi.


Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.

[Al-Munaafiquun 63:11]

Tuesday, August 4, 2015

Saksi.

Bismillahirrahmanirrahim.

"Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah."

Sebuah persaksian yang membuktikan permulaan kita, pertengahan kita dan pengakhiran kita. Kalimat syahadatain yang kita ulang-ulang itu mengingatkan asal usul dari mana kita datang, apa tujuan kita dicipta dan ke mana akhirnya kita dikembali. Persaksian itu juga adalah untuk menyedarkan hakikat diri hanyalah sekadar hamba. Tidak lebih dari itu. Dan dunia ini hanya sementara. Segalanya akan ditinggal pergi.
 

credit
 

Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.
[An-Nahl 16:89]

Pada Yaumul Hisab, yakni hari kita diperhitung amalan, akan dihadapkan semua saksi-saksi atas diri kita. Sama ada mereka akan membela atau mendakwa kita. Dan diantara saksi-saksi itu adalah mereka yang sentiasa berada bersama-sama dengan kita. Tak kira sama ada ketika kita beribadat atau bermaksiat.

Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.
[Yasin 36:65] 

Teringat Ramadhan lepas, sewaktu mengikuti pengajian kuliah Dhuha di salah sebuah masjid. Kebetulan hari itu giliran Ayah yang menyampaikan kuliah. Ada satu point yang benar-benar menyentap diri sanubari ini. Kata Al Fadhil Ustaz Talha, "bahkan hari-hari yang kita lalui ini juga akan menjadi saksi untuk kita pada hari akhirat kelak."

Nah. Di mana lagi kita boleh lari? Sangkaan kita selama di dunia ini kita bersenang lenang bermaksiat tanpa sedar yang tangan ini akan mendakwa, kaki ini akan mendakwa, mata ini akan mendakwa, bibir ini akan mendakwa, telinga ini akan mendakwa, kulit ini akan mendakwa, malah setiap satunya akan membawa pendakwaan masing-masing. La haula wa la quwwata illa illah.

Dan akan bersinar terang-benderanglah bumi (hari akhirat) dengan cahaya Tuhannya; dan akan diberikan Kitab suratan amal (untuk dibicarakan); dan akan dibawa Nabi-nabi serta saksi-saksi; dan akan dihakimi di antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.

[Az-Zumar 39:69]  

Tidak ada sesiapapun boleh lari dari hari tersebut. Bukankah setiap pada kita ada dua malaikat kanan dan kiri yang tak pernah leka mencatat? Kitab amalan itu tak tertinggal walau satu pun sehingga kita sendiri takjub pada perincian catatan tersebut.

Dan mereka tetap akan dibawa mengadap Tuhanmu dengan berbaris teratur, (sambil dikatakan kepada mereka): "Kamu sekarang telah datang kepada Kami - (berseorangan) sebagaimana Kami telah jadikan kamu pada mulanya; bahkan kamu dahulu menyangka, bahawa kami tidak akan menjadikan bagi kamu masa yang tertentu (untuk melaksanakan apa yang Kami telah janjikan)". Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun.

[Al-Kahfi 18:48-49]

Sudahlah menghadap berseorangan, dihukum tanpa ada teman yang sanggup membela. Malah teman-teman yang kita sangka sahabat di dunia ini juga akan lari untuk menyelamatkan diri masing-masing. Kecuali mereka yang bersahabat atas dasar iman dan taqwa.

Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)

[Az-Zukhruf 43:67]

Apa hujahmu nanti ketika ditanya, "Untuk siapa segala amal ibadatmu? Adakah untuk dilihat baik di hadapan manusia? Adakah untuk dipuji oleh manusia?" Menangislah diri. Pada ketika ini, saat diri masih mampu menangis, menangislah sepenuh hati. Tanyakan kembali ke mana pergi 'ikhlas' diri. Semak kembali apa niat di hati.

Ketika hadir rasa di hati untuk bermaksiat, ingatkan diri yang sentiasa ada yang memerhati. Apabila dipujuk nafsu untuk melakukan kemungkaran, ingat kembali yang kita tak ada tempat bersembunyi dari saksi.

Nafsu itu fitrah setiap insan, tapi bukankah kita punya iman sebagai pengawalnya? 

"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

[Yusuf 12:53]

Jikalau kita sentiasa ingat akan hari pertemuan dengan Tuhan, pasti setiap hembusan nafas, langkah kaki, gerak tangan, tutur kata, penglihatan dan pendengaran hanya demi mencari keredhaanNya. Tak terdetik untuk sekali pun ingkar. Hamba yang sentiasa berhati-hati pada perbuatannya itulah hamba yang bertaqwa. Bukankah itu yang dididik dalam madrasah Ramadhan?

(Lalu dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kelalaian kamu) maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi; dan (dengan yang demikian) rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".

[As-Sajdah 32:14]

Kita tak selamanya di dunia ini. Untuk apa dikejar harta berbilion ringgit kalau hasilnya daripada sumber haram? Untuk apa dikejar pangkat dan kedudukan kalau ianya menjauhkan kita dari Tuhan? Untuk apa dilihat mulia kalau di sisi Allah kita tak lebih dari sekadar hamba?

Kembalikan dahimu setaraf kaki. Adukan segala kekhilafan diri. Nyatakan segala taubat di hati. Sebutkan, "Tuhan, aku kembali."

Sesungguhnya Kami tetap membela serta mempertahankan Rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman - dalam kehidupan dunia ini dan pada saat bangkitnya saksi-saksi (pada hari kiamat)

[Ghaafir 40:51] 

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

[Az-Zalzalah 99:7-8]

Tuhan tak pernah kejam, kawan!

Saturday, November 1, 2014

Ujian.

Allahu.
 
Terlampau banyak kerja perlu dilaksanakan buat aku rasa berdosa untuk tulis blog. Sungguh.
 
Allahu.
 
Bila syaitan gagal menggoda hati Muslimah itu untuk tunduk pada godaan lelaki-lelaki berwajah tampan, dia mencuba pula dengan cara jatuh suka pada peribadi jejaka beriman. Allah..lagi kuat godaan itu. 
 
 
kredit
 
 
Hati mana yang tak tertarik pada ikhwah muka suci dengan air wudhu', janggut sejemput, mata redup menunduk, bibir selalu menutur kata-kata penuh hikmah. Ya Allah.
 
Kena selalu ingatkan diri, syaitan sentiasa licik untuk menipu anak Adam. Ingat!
 
Lupa. Lupaa. Lupaaaakan.
 
 
Sumber: google
 
 
"Yusuf berkata: 'Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan dari padaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh.'"
[Yusuf 12:33]
 
p/s: eh, ini cerita umum. 

Friday, September 12, 2014

Niqab

Bismillahirrahmanirrahim.




Just for the record, I am now a postgraduate student. Alhamdulillah. And today is my first class. Suppose, it was last Monday, but I mistakenly registered the courses late.

There was a very long commemorative lecture before RKGS 6000 course which is an Islamization subject called Values, Technology and Society. I entered the class after performing Asar prayer.

After introducing ourselves to Dr. Abdi, he then asked me "Why are you wearing the niqab?"

I did not answer right away. I was quiet surprised, I must say. Even though it has been years since my first time wearing it, I'm still not that confident to answer such question.

"Is it because you are too beautiful?" 

I kept smiling and I shook my head.

"Or you have something on your face?"

I shook my head spontaneously quick for that.

"Then, why?"

"I have my personal reason. Can I say that?"

"What's your reason."

I just gave him a smile. He then said, "I asked you seriously, why?"

I took a deep breath, collecting all the guts and chose the safest answer.

"I feel more comfortable when I'm wearing it."

"That's a very safe answer. Thank you, sister."

Phew.

He was not being angry or rude. He was just concerned and wondered. Then he talked about how Arab women wore the niqab with the purpose of protecting themselves from the men's wild stares yet they emphasize on the eyes just to attract more eyes on them. Then what's the purpose?

I respect Dr Abdi's opinion and I shall say I couldn't disagree on that. He asked me again and again until I answered just to make sure that I was not taking niqab as an obligation.

It is a matter of furu' (branches) which means there's a lot khilaf and opinions. We must not say the ones who did not wear the niqab is wrong. Now, that is wrong.

While we're focussing on the furu', some times we have ignored the auliyyat (main). The priority always comes to what Allah has clearly said. For example, how important for us to take care of our relationship with others instead of arguing on nothing.

I learnt a lot today even though it was just an introductory class. Thanks so much, sir.

I must understand, there are some situations that I am not allowed to wear the niqab and I clearly known about it. It just that I need more strength to face the real world later, the more challenging and more cruel world.

Allahu.

Thursday, September 4, 2014

Rindu itu racun.

Bismillahirrahmanirrahim.
 
 
Credit
 
 
Ain mengesat air jernih yang mengalir di pipi mulusnya itu. Rasa rindu itu terlalu menyeksakan. Dia tahu yang dia tak patut ada rasa itu, apatah lagi pada insan yang tidak sepatutnya. Dia telah sedaya upaya menepis, tetapi gagal juga.
 
Sambil duduk berteleku usai Asar tadi, Qurratul Ain meneruskan zikir dengan bacaan Al-Mathurat. Dihayati satu persatu kalimah zikir itu. Meresap terus ke jantung. Ibarat titisan embun yang dingin mendamaikan hati. Dia benar-benar mahu mengembalikan rasa itu pada Al-Khaliq. Tidak betah dia terus membiarkan rasa itu mencemar hatinya.
 
"Kenapa terlalu sukar untuk melupakannya?"
 
Persoalan itu menghukum dirinya sendiri. Andai boleh, mahu sahaja Ain memenjara hatinya dan sekali dikunci mangga.
 
"Untuk apa aku terus menanti, andai dia sendiri memberi jawapan yang tidak pasti?"
 
Hatinya belum sepenuhnya tenang. Masih ada yang mengganggu perasaannya. Lalu Ain mencapai Al-Quran di birai katil kayu berukir corak flora itu. Diselak terus ke muka surat 305. Surah Maryam. Bacaannya sangat tartil, penuh penghayatan, dijaga tajwidnya. Air mata Ain perlahan-lahan mengalir. Bezanya, kali ini air mata itu menenangkan. Terasa segala beban yang menyesak dada tadi mengalir sekali bersama cecair hangat itu.
 
Habis bacaannya sehingga ayat 98 surah ke-19 itu, Ain menarik nafas dalam-dalam. Dibiarkan seketika semua oksigen meresap ke saluran-saluran darahnya dan kemudian menghembus perlahan. Ayat ke-97 dihayati:
 
 
"Maka sesungguhnya Kami memudahkan turunnya Al-Quran ini dengan bahasamu (wahai Muhammad), ialah supaya engkau memberi khabar gembira dengannya kepada orang-orang yang bertaqwa, dan supaya engkau memberi amaran dengannya kepada kaum yang degil dalam kekufurannya."
[Maryam 19:97]
 
"Aku takutkanMu Ya Allah. Aku takutkan azabMu. Ampuni aku. Ampuni aku. Ampuni aku. Jadikan aku hambaMu yang bertaqwa. Aku juga mahu mendapat khabar gembira dari syurgaMu."
 


"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia."
[Ar-Ra'd 13:28]
 
Ain makin kuat menempuh hari-hari selepas itu untuk menepis rindu yang hadir. Rindu itu racun. Racun pada hati yang masih mencari cinta Ilahi.
 
Jika rasa itu cuba lagi menyinggah, Qurratul Ain meletakkan tangan kanannya di dada sambil menyedekahkan Al-Fatihah untuk diri sendiri. Bimbang hati itu telah mati.
 
Zikir hasbi rabbi tak lekang di bibir. Dihayati supaya meresap maknanya dalam diri. Qurratul Ain tak mungkin tewas lagi. Bukan dia tidak pernah bertanya pada Allah, cuma jawapan istikharahnya menyatakan saat itu belum lagi. Biarlah masa ini, dia sibukkan diri untuk mencari cinta Ilahi. Itu lebih pasti.

Tabarruj vs. Selekeh

Bismillahirrahmanirrahim.

Sumber: google

"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas."
[Al-A'raaf 7:31]

Alhamdulillah Allah beri kesempatan untuk menulis setelah sekian lama disibukkan dengan urusan dunia yang tak pernah selesai. Doakan diri ini istiqamah dalam menyampaikan kebaikan dan sentiasa diluruskan niat.
  
”Sesungguhnya Allah itu cantik dan suka akan kecantikan. Sifat sombong meleyapkan kebenaran dan merupakan kehinaan kepada manusia”
(Riwayat Imam Muslim)

Hadith di atas menguatkan lagi hujah bahawa Islam itu tidak melarang kita untuk berhias mahu pun berfesyen. Cuma, ada batas dan garis panduannya.

Bagi golongan ekstrimis, wanita yang berfesyen sering dilabelkan sebagai tabarruj iaitu melampau-lampau dalam berhias. Lalu mereka memilih untuk memakai sekadarnya. Biar kelihatan zuhud dan langsung tidak menghiraukan dunia.

Kemudian dek kerana sifat golongan eksrimis (baca: syadid) ini, muncul pula golongan yang memberontak berpegang pada fahaman sekularisme. Golongan kedua ini pula memperjuangkan hak wanita untuk bebas mempamerkan kecantikan mereka dan menuduh Islam memenjara fitrah wanita dengan hijab.

Bagi saya, kedua-dua golongan ini menjadi fitnah kepada agama Islam itu sendiri. Islam itu mudah dan meraikan fitrah ummatnya. Islam wujud untuk menjaga dan membela, bukan untuk memenjara.

Tetapi arus kemodenan zaman telah mengubah definisi sebenar hijab. Semakin berleluasa 'fesyen muslimah' yang sebenarnya tidak menepati langsung konsep muslimah itu.

Allah menerangkan secara detail perihal aurat muslimah dalam Al-Quran surah An-Nur ayat 31 yang berbunyi:


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
[An-Nur 24:31]

Ada dua perkara yang Allah betul-betul menerangkan secara detail di dalam Al-Quran iaitu yang pertama bab aurat dan pergaulan manakala yang kedua bab harta pusaka. Allah sudah tahu sifat manusia yang suka berbantah-bantah lalu Allah meletakkan garis panduan yang khusus supaya manusia tidak berbalah.


Jangan diperlihatkan perhiasan tubuh mereka (kecuali yang zahir).

Menutup belahan leher bajunya.

Jangan menghentakkan kaki untuk mengetahui apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.

Garis panduan yang Allah bagi jelas. Islam tidak langsung melarang seorang wanita itu untuk kelihatan cantik, namun batasnya perlu dijaga. Ada yang kadang-kadang syarat lain ditepati tapi ketat sehingga hilang fungsi berpakaian.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?" Katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat". Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui.
[Al-A'raaf 7:32]

Antara adab dalam berpakaian ialah:
  1. Memastikan pakaian tersebut menutup aurat.
  2. Tidak memakai pakaian ketat atau nipis sehingga menampakkan bentuk tubuh badan si pemakai secara jelas.
  3. Tidak memakai pakaian atau aksesori yang menyerupai ciri-cirri budaya orang bukan Islam.
  4. Tidak memakai fesyen yang bertentangan dengan jantina si pemakai.
  5. Mengelakkan daripada memakai fesyen-fesyen yang keterlaluan daripada adat kebiasaan masyarakat setempat.

Credit


Ramai sebenarnya yang salah faham konsep hijab itu. Pada sangkaan mereka hijab hanyalah menutup kepala yakni tidak menampakkan rambut. Lalu muncullah satu persatu fesyen so-called hijab tapi sebenarnya turban, tudung lapis-lapis atas dada.

Para pereka fesyen pakaian muslimah sewajibnya mendefinisi semula maksud hijab itu supaya mereka tidak menambah dosa dan si pemakai pula tidak menempah dosa.

Hijab itu definisinya luas. Merangkumi banyak aspek, bukan sekadar pakaian sahaja. Hijab dari segi hatinya, hijab dari segi pergaulannya, hijab dari segi pertuturannya, hijab dari segi pandangannya dan banyak lagi.

Perlu diingatkan seorang muslimah itu sifatnya al-haya' (pemalu). Maknanya di sini, tak perlulah kita sebagai muslimah upload gambar dengan pelbagai gaya di laman sosial. Tiada salahnya berkongsi pengalaman atau sebagai kenangan, tapi biarlah kena dengan gayanya. Masakan setiap jam akan diupload satu keping gambar selfie? Ditambah pula dengan caption yang langsung tidak menyerlahkan sifat pemalu seorang wanita.

Lelaki itu pandangannya berbeza. Siapa sangka gambar pelbagai gaya itu mampu membuat jiwanya bergetar, meski pun si perempuan memakai tudung sempurna.

Sumber: facebook


Sering juga para niqabi tertipu dengan pujian manusia lantas niat asal pemakaian niqab itu tersasar 100 peratus. Sekali diupload gambar si muslimah indah tertutup wajah cantiknya, ditambah pula celak pada matanya, hati lelaki mana yang tidak terusik? Si niqabi makin terbuai dengan ratusan malah mungkin ribuan 'likes', komen para jejaka yang memuji keindahan ciptaan Tuhan. Semua itu menjadi pemangkin untuk dia terus mengupload gambar dirinya. Semakin dahaga pujian manusia. Lari langsung dari konsep asal berniqab.

Astaghfirullahal'azim. Nastaghfirullah.

Sebagai tambahan, pemilihan warna juga adalah penting dalam pemakaian seorang muslimah. Di sini bukan bermaksud hanya warna gelap sahaja yang dibenarkan. Kalau begitu pasti bosan, bukan? Cuma warna yang dipakai janganlah terlalu terang sehingga menarik perhatian ramai. Islam itu meraikan fitrah wanita. Allah tahu sifat wanita sukakan warna-warni, sukakan yang cantik-cantik. Tapi dalam segala hal pun, Islam menggalakkan kita mengambil yang sederhana.

"Khairul umuri ausatuha"

"Sebaik-baik perkara adalah yang pertengahan."

Jangankan kerana takut dilabel tabarruj, kita tak ambil peduli pemakaian kita. Mungkin disebab itu ramai yang menggelar para akhawat itu jumud, tak up-to-date. Realitinya, memang ada tanggapan begitu. Ada yang merasakan para muslimah yang syadid ini adalah gambaran wanita Islam yang sebenar. Seolah-olah Islam itu memang memenjara fitrah wanita. Sehinggakan kerana terlampau syadid mereka membiarkan pakaian mereka berbau hapak dek takutkan bau-bauan itu mampu membuat fitnah. Saudariku, mungkin sikap kamu yang begitu lebih membawa fitnah kepada Islam.

Saya di sini mahu menyeru saudari muslimat saya untuk sama-sama kita menjaga penampilan kita. Di samping dapat menjemput jodoh, yang lebih utama dicintai Allah dan RasulNya. 

Seronok kan?

Sumber: google


Alhamdulillah. ^_^

Rujukan:
  1. Al-Quran
  2. Al-Hadith
  3. Blog Ustazah Fatimah Syarha
  4. Blog Imam Muda Asyraf

Sunday, May 18, 2014

Al-Qulub

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji dan puja terdahulunya dipanjatkan kepada Ilahi. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.




Al-qulub atau bahasa melayunya hati. Direct translation to english pastinya liver. Tapi hati yang kita maksudkan di sini adalah 'heart'. Sesuatu yang dituju bukan pada fizikalnya, tapi pada makna, ruh itu sendiri.

Jika disemak dalam Matan Arba'in, di akhir hadith keenam ada menyebut:
"Ingatlah, bahawa dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah, bahawa segumpal daging itu adalah hati."
[Riwayat Bukhari]

Hati yang bersih itu akan terserlah pada peribadi seseorang. Begitu juga hati yang kotor. Allahu.

Namun, bukan mudah nak menjaga hati. Dan siapa kata wanita berpurdah hatinya terpelihara? Setiap anak Adam itu ada ujiannya tersendiri. Sungguh, ujian itu sebenarnya untuk meningkatkan iman kita. Kita yang tak sedar ataupun terlupa.

Pernah sampai satu tahap itu, aku rasa sangat payah untuk menjaga hati. Terasa mujahadah itu sangat, sangat, sangat berat. Dek kerana makin perit, roh yang kering ini dahagakan nasihat dan sokongan. Diaturkan pertemuan dengan akak naqibah dengan izin Allah.

"Macam mana nak jaga hati ye kak?" Aku mulakan bicara usai solat jemaah zohor di masjid.

"Hmm. Susah jugak tu. Tapi ikut keadaan dan situasi. Akak bagi contoh ye, macam akak duduk dekat rumah sewa, ada housemate yang malas nak basuh pinggan. Mula-mula kita tahan la. Tapi lama-lama kita yang rasa geram. Daripada kita marah-marah dalam hati dan cakap belakang, apa kata kita slowtalk dengan dia. InsyaAllah bicara hati ke hati macam tu lebih sampai."

Dari satu contoh ke satu contoh Kak Adawiyah bagi. Kemudian aku tanya lagi untuk situasi yang berbeza.

"Macam mana pulak kak, saya ni belajar engineering, bukan jurusan agama. Jadi orang-orang sekeliling saya pun..bukan saya nak kata tak islamik, tapi..pergaulannya kurang terjaga berbanding golongan yang ambik jurusan agama. Saya sendiri bukan berasal dari sekolah agama. Jadi diri sendiri pun lemah. Macam mana saya nak tegur kawan saya yang couple? Kadang-kadang saya guna bahasa kiasan. Tapi tak jalan jugak. Risau nak tegur direct sebab dalam masa yang sama kita nak jaga persahabatan kita. Macam mana ye?"

"Kalau yang itu kita sendiri kena kuat. Kita guna pendekatan hati jugak. Doa. Dan sabar. InsyaAllah Allah tahu usaha kita."

Kak Adawiyah terus menerus memberi nasihat dan penenang hati. Sampailah satu soalan yang paling membuak-buak ketika itu. Masalah hati yang paling berat, paling hebat diuji.

"Lagi satu..macam mana nak tahu lelaki tu, lelaki yang baik ye? Dah fourth year ni kak, makin banyak kerja dan projek yang memaksa kami bekerja campur lelaki perempuan. Mahu tak mahu, terpaksa ada conversation dengan lelaki. Sebenarnya, rasa tak selesa. Tapi atas urusan kerja, kena jaga batas sebaiknya lah. Masalahnya bila jadi muamalah tu, akan timbul pulak suara-suara luar bila saya selalu bekerja dengan seorang brother tu. Mula-mula gosip, tapi syaitan kan licik, lama-lama datang sikit-sikit rasa kat hati. Jujurnya, saya rasa sangat tak selesa dengan rasa tu. Saya cuba istikharah juga, kalau betul lah dia orangnya. Tapi bukan jawapan istikharah tu dapat secepat selepas solat. Dan jujur lagi, saya tak rasa saya dah cukup bersedia untuk ke peringkat itu. Banyak lagi yang saya nak buat dalam hidup ni.."

"Lelaki yang baik ye..Akak rasa kita boleh tengok cara dia layan perempuan, bukan layan kita je, tapi dengan perempuan lain sekali. Adakah dia hormat seseorang wanita itu atau tak. Adakah dia menjaga pandangan dan tutur kata saat berbicara. Tengok sikap dia dengan kawan-kawan dia. Siapa kawan-kawan dia. Cek facebook dia, apa yang dia selalu post atau share. Macam mana dia komen."

Tambah Kak Adawiyah lagi,
 
"Pasal nak elak gosip dan jaga hati tu, mungkin awak boleh cuba sedaya upaya untuk tidak berhubung dengan dia. Carilah cara apapun, selagi boleh elak, elakkan. Kalau terpaksa berhubung, cuba guna orang lain. Contoh kan, katakanlah awak nak guna lab, tapi kunci dekat dia, awak jangan suruh dia hantar kat awak, suruh dia pass kat sesiapa. Cuba, cuba, cuba cari cara untuk tidak berhubung langsung dengan dia."

Kak Adawiyah menambah dengan contoh.

"Macam ada seorang akhawat ni dulu. Dia budak jurusan agama, kawan akak lah. Ada seorang brother tu baik, selalu bagi majlis ilmu dan akhawat ni selalu hadir. Mula-mula dia suka-suka macam tu je, tapi bila kawan-kawan makin selalu usik kata mereka ni padanlah, apa lah, hati dia makin terganggu. Sampai satu tahap tu dia bagitahu kat akak, dia solat pun nampak muka brother tu kat tikar sejadah. Sungguh."

Aku terkejut, Kak Adawiyah terus menyambung.

"Lalu dia ambil keputusan untuk tak pergi lagi ke majlis ilmu brother tu. Memang majlis ilmu tu bagus, tapi demi nak jaga hati, dia tinggalkan itu dan cari majlis ilmu yang lain. Itu mujahadah dia."

Menjawab pertanyaan yang seterusnya,
 
"Pasal bersedia atau belum tu, Allah akan temukan kita dengan jodoh tu saat kita betul-betul dah bersedia. Contoh ye, kita ni masih ada ibu bapa. Tapi ada kawan-kawan kita umur tujuh tahun ayah atau ibu dia dah meninggal. Bukan Tuhan tu tak adil. Tapi sebab Allah tahu ketika itu dia dah bersedia untuk terima ujian tu. Kita ni sebab Allah tahu belum mampu. Macam tu jugak dengan jodoh. Allah tahu bila kita bersedia atau tidak. Mungkin Allah nak kita berbakti kat ibu bapa kita dulu. Banyak lagi kita kena perbaiki diri. Allah tahu apa yang kita tak tahu."

Ketika itu waktu terasa sangat mencemburui. Dengan aku yang mengejar dateline submission report dan Kak Adawiyah yang ada kelas selepas itu. Namun pertemuan yang singkat itu sudah mampu untuk menyegarkan hati yang kering itu. Sambil bersalaman aku bisikkan kepada Kak Adawiyah supaya mendoakan aku untuk terus kuat menjaga hati. Doa dititip bersama senyuman. Rasa kasih dan cinta menjalar dalam genggaman tangan kami.

Aku terus melangkah ke bangunan E5 ketika itu dengan semangat yang baru refresh. Dan serta merta itu juga aku diuji apabila brother yang aku maksudkan duduk betul-betul di komputer sebelah. Namun alhamdulillah, terngiang-ngiang nasihat Kak Adawiyah sebelum itu, mujahadah dan terus menjauh. Allah akan jaga.

Dan aku berharap purdah yang menutup wajah ini juga dapat membantu aku menjaga hati. Amin Ya Rabb.