![]() |
| credit |
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah Rabbil 'Alamin.
Sunday, February 9, 2014
Fate.
Thursday, September 6, 2012
10:5
Thursday, June 14, 2012
A Girl Worth Fighting For
Second, I believe if man respects a woman, they won't fight for her. They will honor them. Have heard the love story between Saidina Ali and Saidatina Fatimah? They both fall for each other, secretly. One admires another. Yet, they won't confess their feeling till the right time came.
Saidina Ali regarded himself did not suit Fatimah, daughter of Rasulullah. He was a poor young man. When Abu Bakar and then Umar proposed Fatimah, Ali felt that surely, he was not as the same level as them. Yet both proposal was rejected delicately by Rasulullah. A father knows what the best for his daughter. When Ali proposed Fatimah, Rasulullah with no doubt accept the proposal.
Well known of the story, they confess their feeling after they get married and it was the sweetest love story I've ever heard.
And, yeah. Those khulafa' didn't fight to get Fatimah. They did it in a decend and honorable way. Indeed.
What are the criteria of being a girl-worth-fighting-for?
Hmm, let's ask the brothers. They might have the answer.
Rasulullah already stated in his hadith:
Abu Huraira (Allah be pleased with him) reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying: A woman may be married for four reasons: for her property, her status. her beauty and her religion, so try to get one who is religious, may your hand be besmeared with dust.
Wednesday, February 15, 2012
Kudus sinar Dhuha
Alhamdulillah, masih bernafas untuk hari ini dalam iman dan Islam.
Fenomena indah yang aku lihat saban kali aku berkunjung ke sini, ketika sinar kudus dhuha memancar. Menanti kelas seterusnya, aku singgah ke sini menenangkan diri. Yang buatnya tenang bukan bilik ini, bukan ruangan ini, tetapi suasananya yang penuh dengan rasa cinta hamba kepada Tuhannya.
Inilah calon-calon bidadari syurga yang sedia menghiasi indah dunia ini. Subhanallah.
Sekarang aku berada di musolla engin. Lompang waktu membuatkan aku menghabiskan waktu di sini.
Hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: "Setiap orang menjelang pagi, berdasarkan tulang temulang sendi memerlukan sedekah. Tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah dan tiap-tiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah mungkar adalah sedekah. Semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha."
Banyak barakahnya solat dhuha ini. Ayah sering berpesan dan bertanyakan, "Sudah dhuha belum?". Jika di rumah, itulah soalan yang akan Ayah tanya setiap hari. Alhamdulillah, aku punya seorang ayah yang sentiasa mengingatkan anak-anaknya untuk terus mendekati cinta Ilahi.
Solat dhuha ini membuka rezeki. Ayah selalu ingatkan, rezeki itu bukan duit sahaja. Mudah belajar itu juga rezeki, mudah segala urusan juga rezeki. Namun perlu diingatkan bukan solat yang kita tunaikan itu yang buat kita bertuah. Padahal entah solat kita itu sempurna atau tidak. Yakinlah, Allah sahaja yang punya haq mutlak untuk memberi rezeki kepada hambaNya yang dikehendaki.
Jika ujian masih juga menimpa-nimpa, bukan kerana Allah tidak cintakan kita. Malah Allah mahu kita terus merayu dan mendekat denganNya. Allah itu romantik!
Ujian itu tanda Allah masih peduli pada kita. Yakinlah.
Ada satu peristiwa hari itu, kami merancang satu perjalanan untuk bermusafir. Tiba-tiba mahu dijadikan cerita, kereta buat masalah. Puas dicuba itu dan ini. Masa pula makin berganjak. Aku terduduk di tepi kereta dan bertanya kepada diri, "Kenapa ya Allah beri semua ini? Padahal kami semua sudah dhuha sebelum itu. Ayah kata dhuha itu meluaskan rezeki, memudahkan urusan."
Kemudian aku istigfar sendiri atas bisikan jahat itu. Wajarkah aku mempersoalkan apa yang Allah timpakan buat hambaNya? Sedang Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Aku khilaf.
"Ya, mungkin Allah menimpakan satu ujian buat kami untuk meningkatkan keimanan kami dan menyelamatkan beribu musibah dari kami dengan asbab berlaku ujian ini. Siapa tahu?"
Mujur, dan aku yakin sebenarnya dengan kuasa Allah datang seorang hambaNya menghulurkan bantuan. Usai doa Ummi yang bersungguh-sungguh beserta tangis taubat Ummi sebelum itu. Alhamdulillah, Allah memakbulkan doa Ummi.
Ya, saat aku hampir putus asa dan hampir percaya tiada harapan lagi untuk aku sandarkan, saat itu juga Allah menurunkan bantuanNya. Mungkin juga menjawab persoalan aku awal tadi, "Padahal kami sudah solat Dhuha."
Iya, dengan izin Allah juga, Dhuha itu yang menolong meringankan ujian kami. Aku yakin dan terus percaya atas kehebatan dhuha. Semuanya berlaku dengan kuasa Allah.

Keberkatan solat dhuha dan hebatnya doa seorang ibu, kedua-duanya kerana Maha Kuasanya Allah. Dan mungkin juga kemudahan setiap urusanku selama ini disebabkan kuatnya doa ibu yang tidak berhijab itu. Allahuakbar!
Tuesday, November 8, 2011
Korban dan Pengorbanan
Aku mulakan dengan menyebut asma' Allah. Segala puji dan puja hanya layak bagiNya. Semoga redhaNya sentiasa mengiringi setiap hembusan nafas dan gerak langkahku. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.
Pertamanya, salam Aidiladha semua! Semoga kita lebih mengerti makna pengorbanan hakiki.
Ahad lepas, usai solat sunat aidladha Ayah suruh pergi semula ke surau untuk melihat ibadah korban. Mulanya aku malas. Ayah ulang semula khutbah yang dibaca, Imam Ghazali berkata kita melihat haiwan itu disembelih untuk mematikan sifat-sifat kebinatangan yang ada dalam diri kita. Sebagai kita untuk berfikir dan muhasabah. Akhirnya aku akur, hatiku juga rasa terpanggil untuk pergi.
Memerhati kerbau yang bakal dikorbankan hatiku terasa insaf. Kerbau itu bakal ke syurga, sedang aku belum pasti. Mendengar raungan kerbau itu di saat maut menjemput aku sekali lagi rasa sedih. Sungguh, kematian itu pasti. Abangme kata, "Kalau sedih kamu tak boleh makan daging tu." Tak, tak, aku bukan sedih kerana kerbau itu disembelih, memang air mata ini hampir mengalir, tapi bukan sebab itu. Aku sedih apabila mengenangkan kematian itu benar-benar memisahkan kita dengan dunia. Cukupkah amalanku andai nyawaku diambil sekarang? Allah..
Dalam kereta pulang dari PC fair petang itu Ayah mengajak kami untuk menghayati makna korban. Bagaimana Nabi Ibrahim begitu taat pada Allah sanggup menyembelih anak sendiri, teguhnya iman Siti Hajar apabila diperintah Allah Nabi Ibrahim meninggalkan dia dan anaknya di tengah padang pasir, begitu patuhnya Nabi Ismail yang sanggup disembelih kerana perintah Allah. Tiada sebarang kata atau pertanyaan dari mereka. Sami'na wa ato'na. Mampukah imanku seperti mereka? Muhasabah.
Oh ya, semalam 7 November 2011, genaplah usia Ayah 57 tahun. Pagi-pagi aku mengucap selamat kepada Ayah. Aku lihat Ayah sedang menangis ketika itu. Air mata Ayah membasahi pipi. Aku tidak bertanya kenapa. Keluar dari bilik Ayah, serasa aku yang mahu menangis. Ya, aku tidak tahan melihat orang menangis.
Sewaktu sarapan, Akak dan Abang Zeze pula mengucap selamat. Ayah kata, dia sangat bersyukur sempat merasai umur 57 tahun. Kami semua belum tentu. Kata Ayah lagi, umur kita bertambah sehari pun kita perlu bersyukur. Itu satu nikmat yang tidak terhingga dari Ilahi. Kita yang kadang-kadang terlupa untuk bersyukur.
Ayah jarang ku lihat menangis. Seingat aku baru dua kali yang benar-benar aku lihat Ayah menitiskan air mata termasuk semalam. Selalunya Ayah sorok dengan senyuman.
Itulah Ayahku, tidak pernah kenal erti lelah atau putus asa asalkan kami sekeluarga tidak hidup susah seperti Ayah dulu. Biar berhabis duit asalkan hidup kami terjamin. Ayah juga membekalkan kami dengan ilmu ukhrawi. Selalu mengingatkan kami kepada Allah. Ayah memang ayah terbaik.
Semoga Allah merahmati Ayah setiap waktu dan ketika. Ala doakan syurga untuk Ayah. Amin.
Ala sayang Ayah!
Saturday, October 22, 2011
Bercinta Hingga Ke SYURGA :)
Aku kembali menukil kalam dengan menyebut asma' Allah. Setinggi kesyukuran aku panjatkan. Segala puji dan puja hanya layak bagiNya. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.
Alhamdulillah, for each and everything.
*Senyum :)
Sebenarnya baru balik dari majlis pernikahan Abang dan Kak Roha. Syukur, akhirnya mereka disatukan dalam ikatan yang halal. Doaku ikhlas untuk kalian, semoga berbahagia hingga ke syurga. Amin.
Abang dengan Kak Roha, dua-dua sama kelab AKHI dulu. Kiranya mula terbit rasa di hati tu ketika berkelablah. Sama saja Akak dengan Abang Zeze, bertemu dalam kelab Gemilang.
Tinggal Abangme dan aku sahaja lagi. Abangme dalam keras-keras hati dia, sudah punya calon pun. Kira-kira dua tiga tahun lagi sahaja kot. Dan iya, aku perlu belajar menerima hakikat kami semua sudah meningkat dewasa dan masing-masing akan mencorak hidup sendiri. Cuma harapnya janganlah cepat sangat Abangme kahwin, siapa lagi mahu main tumbuk-tumbuk perut dengan aku?
Tapi entah, calon sudah ada, jika lewat sangat tidak manis pula.
Teringat sekali, seorang sahabat bertanya kepadaku, "Apa erti cinta pada pendapat Syak?"
"Cinta itu PENGORBANAN."
Dia mahukan penjelasan lagi.
Kita perlu tahu untuk bezakan rasa cinta dan juga rasa ingin memiliki. Cinta itu tidak semestinya bersama. Selalu sahaja aku dengar kata orang, "Pilihlah orang yang mencintai kita, bukan orang yang kita cintai."
Dan iya, pada aku cinta itu bukan perkahwinan sahaja. Cinta itu perspektifnya terlalu luas. Sebenarnya kehidupan kita dipenuhi dengan cinta. Cinta Allah lah yang membuatkan kita mampu untuk kekal bernafas hingga saat ini.
Dan jika bercakap soal cinta, selalu sahaja akan dikaitkan dengan soal hati. Cinta itu datang sendiri, tak pernah diminta, tak pernah dipanggil. Sungguh, cinta itu fitrah. Cara kita mengendalinya, terserah kepada kita.
Bukan tidak pernah hati aku disentuh. Dan jika aku tersilap cara, selalu sahaja aku kecewa sendiri.
Banyak kali, tika aku merasakan bahawa dia adalah orangnya, tiap kali itu juga aku akhirnya kecewa. Harapan hancur begitu sahaja. Mungkin iya, rasa itu tidak sepenuhnya kerana Allah ta'ala. Jadi Allah jauhkan dia.
Dan kerana cinta adalah pengorbanan, aku rela melepaskan asal dia sentiasa bahagia. Itu definisi cinta bagi aku. Cintakan seseorang bererti mahu melihat orang yang kita cintai berbahagia, biarpun bukan bersama kita.
Secara jujurnya aku sedang mencari sekarang. Ada jumpa, tetapi akhirnya, seperti yang aku katakan tadi, Allah jauhkan rasa itu.
Mungkin benar, aku tidak layak lagi untuk menagih cinta insan sedemikian.
Kira-kiranya kini, aku sudah penat meletak harapan kepada insan bergelar lelaki. Biarlah jodoh itu datang sendiri mengikut rencana Ilahi. Aku semakin lelah memendam rasa pedih ini. Yang diharap semakin jauh, yang lain pula yang mendekat. Aku..redha dengan ketentuanMu Ilahi.
Berikan aku kekuatan untuk terus menjaga cintaku kepadaMu. Suburkan hatiku agar terus mengingatiMu. Hanya Engkau cinta abadi.
Aku tahu kamu ada di luar sana. Mempersiapkan diri untuk menjadi pembimbingku kelak. Ampunkan kekhilafan bakal pendampingmu ini kerana sering tewas dengan hati sendiri. Doakan aku terus kuat untuk menantimu. Menanti untuk bercinta hingga ke SYURGA.
Air mata, jangan biarkan mengalir untuk yang bukan haq. Redhalah, semua ini rencana Ilahi.
*Senyum :)
Friday, October 21, 2011
Aku Akan Terus Di Sini
Dengan asma' Allah aku mulakan kalam. Mengharap redhaNya. Selawat dan salam buat junjungan mulia.
Alhamdulillah, masih mampu bernafas hingga ke hari ini.
Seminggu ini sangat hectic. Kelas dari pagi sampai lewat petang. Sambung pula hingga ke malam, ada sahaja programnya. Kelas, meeting..macam-macamlah! Jujurnya, kadang-kadang hadir juga rasa tertekan segala, lalu aku paksa untuk senyum. Bukan aku mahu katakan aku seorang yang positif, jika aku positif takdelah aku sampai boleh stress, bukan? Sebab hampir-hampir caj negatif itu menguasai dirilah aku paksa diri untuk senyum semoga caj positif akan kembali memenuhi saluran darahku. Alhamdulillah, cara ini sedikit sebanyak berhasil.
Pernah juga, rasa diri mahu putus asa. Mahu tinggalkan sahaja semua. Tetapi kembali iman di dalam hati bersuara, Allah tidak pernah menguji hambaNya di luar kemampuan. Aku senyum sendiri lagi.
Bayangkanlah, dalam kelas sepatutnya sekurang-kurang 80% perhatian aku patut berikan tetapi sebaliknya yang berlaku. Entah iya 20% yang berbaki itu aku gunakan sepenuhnya atau tidak. Bila teringat harapan Ummi dan Ayah, aku jadi bersalah. Adakah aku khianat pada amanah aku sebagai pelajar dan seorang anak? Astagfirullah, khilaf.
Markah kuiz, bukan semuanya memuaskan. Banyak sangat yang teruk. Kawan-kawan cakap, "Sabar, Syak". Aku tersenyum. Tidak sahabat, aku tidak sedih langsung. Aku yakin dengan prinsip, "What you give, you get back". Usaha aku memang hanya berbaloi dengan markah itu, wajarkah untuk aku meratap kerana tidak mendapat markah lebih? Malah, jika ada kuiz yang aku dapat markah yang lebih dari apa yang aku sangkakan, aku jadi takut. Memang itu nikmat, tetapi aku selalu beringat ujian berupa nikmat itu lebih payah dari ujian berupa musibah.
Jadi setiausaha untuk Tex-C, entah, aku rasa aku tidak menjalankan amanah dengan sehabis baik. Ampunkan aku Ya Allah. Ada juga terdetik, kenapa aku terima tanggungjawab ini? Tetapi kembali, iman aku mengingatkan, Allah tahu apa yang kita tidak tahu. Rasa mahu meninggalkan amanah, tetapi tidak mungkin. Bukan namanya Syakirah, jika itu yang dibuatnya.
Aku bukan mahu katakan aku seorang yang berdedikasi dan sebagainya, tetapi memang sudah sebati agaknya dengan diri aku, jika diberi tanggungjawab, jalankan sehabis daya, biarpun diri sendiri yang teraniaya. Entah, memang jasad aku minta untuk tidak mendera diri tetapi memikirkan sesebuah amanah itu akan dipertanggungjawabkan kelak, aku biarkan jasad menjerit.
Dan aku juga tidak mampu untuk mengata tidak jika ada yang ingin memberi tugas baru kepadaku. Jadi jika kasihankan saya, tidak perlu berikan saya apa-apa tugas. Bolehkah begitu? haha!
Baiklah, bercakap soal kuiz tadi. Kadang-kadang aku risau dengan diri sendiri. Boleh pula tidak punya rasa apa-apa tika mendapat markah rendah. Terlampau positifkah? Pernah juga aku terfikir mungkin hati aku sudah kering. Na'uzubillah.
Apa-apa pun yang berlaku, aku tidak akan berhenti dari perjalanan yang aku pilih ini. Aku akan terus di sini, meneruskan apa yang telah dimulakan.
Dan kepada sahabatku, iya, aku akan terus di sini. Tidak ke mana-mana.
*Senyum :)
p/s: Seronok tadi first time dukung Ilhan Syamil. Mula-mula taku nak pegang sebab di tu lembut lagi. Tapi Akak paksa juga. Seronok bila dah pandai pegang. Yeay, dah boleh kawen! hahA!
Thursday, September 8, 2011
Doa untuk Akak
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, permudahkan segala urusan. Engkaulah yang mentakdir segala. Aku pohon lindungi kakakku, limpahkan rahimMu ke atas dia. Selamatkan dia, selamatkan bayi dalam kandungannya. Semoga segala urusan yang Engkau tetapkan kami menguruskan, akan menyumbang kepada agamaMu. Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Ala sayang Akak. Sangat!
Friday, August 5, 2011
Maternal Instinct
Aku mulakan kalam pada hari ini dengan menyebut asma' Allah. Segala puji dan puja hanya untukNya. Aku sentiasa mendamba redhaNya di setiap hembusan nafasku. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.
Alhamdulillah, masih bernafas dalam iman dan Islam. Syukur.
"Ko ni, takde ciri-ciri keibuan langsung."
Pernah sekali seorang kawan menyatakan ayat tersebut kepadaku. hahA! Tersenyum aku. Fyi, he's a boy. Dan ini cerita dua tiga tahun sudah.
Dalam hati aku membalas, "Perlu ke aku nak tunjuk ciri-ciri keibuan aku? Aku belum jadi seorang ibu pun."
Memanglah, cara aku kadang-kadang agak kasar. Yang paling obvious aku tidak tahu untuk caring pada orang lain. Pernahlah sekali dulu, kawan aku beritahu, "Syak, budak ni sakit". Aku hanya membalas, "Ouhh..ek. Hmm"
Gila lah. Hati kering. Pernah juga kawan cakap kepadaku, "Ni yang malas nak cerita kat syak ni, takde respon."
Tetapi aku berusaha untuk berubah. Hari demi hari aku cuba perbaiki diri. Sekarang tidaklah terlalu kering sangat hati ini. Yang agak menakjubkan, aku sudah mampu untuk tersenyum jikalau menonton cerita kelakar. Mampu juga untuk mengalir air mata jikalau ada babak sedih. Wahh..quite unbelievable, for me at least.
Sekarang bolehlah juga mahu mengambil berat pada orang lain sikit-sikit. Sudah tahu untuk bertanya khabar. Harapnya tahu juga untuk menjaga hati orang lain.
Cuma satu aku mahu tanyakan, kawan yang tadi itu lelaki, tidak perlu bukan aku menunjukkan sikap-sikap prihatin kepadanya? Cukup sekadar aku menjaga batas pergaulan, sudahlah. Bukan begitu?
Ada seseorang pernah katakan kepadaku, seseorang wanita itu akan dilihat on how she behaves with her parents and friends sebab itu akan menunjukkan bagaimana wanita itu akan react dengan mertua dan anak-anaknya nanti.
Hmm.. berfikir sejenak. Benarkah?
Jadi aku sudah direject awal-awal lah ni? hahA! No offense. Jodoh itu ketentuan Ilahi. Sudah ditetapkan pun siapa bakal menjadi imamku nanti. Jika tidak di dunia, insyaAllah di syurga dia sedang menanti.
Hanya keluarga dan kawan-kawan aku yang tahu perangai sebenar aku. Itu pun jika mereka betul-betul rapat denganku. After all, Allah knows best.
Maternal instinct is something natural, yet it can be develop too. Seorang wanita memang sudah difitrahkan dengan sifat-sifat kewanitaannya. Cuma kadang-kadang dia sembunyikan dan hanya ditunjukkan kepada yang hak.
Allahu'alam bissawab.
Tuesday, August 2, 2011
Istikharah
Aku kembali menukilkan kalam dengan mulakan menyebut asma' Allah. Segala puja dan puji hanya layak bagiNya. Aku mengharap redhaNya tidak pernah putus mengiringi di setiap hembusan nafasku. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.
Alhamdulillah masih berpeluang menghirup udaraMu Ya Allah. Syukur.
Ada satu cerita:
"Ayah, 'kawan' Ala nak jumpa Ummi Ayah. Boleh ke?"
Tanpa menjawab soalan tersebut, Ayah kemudian bertanya, "Lelaki?"
Aku sekadar mengangguk perlahan.
"Orang mana?"
Masih. Ayah tidak menjawab soalan pertama tadi.
Setelah beberapa soal jawab kemudiannya Ayah berkata, "Ayah kalau boleh nak anak-anak duduk depan mata Ayah je. Nak bagi kawen pon biar orang dekat-dekat je. Tapi Akak dah pilih orang Johor, nak buat macam mana. Awak, Ayah dah pilihkan orang dekat."
"???"
Ummi pula menyambung, "Hmm, Ummi Ayah tak puas lagi nak jaga awak. Biarlah duduk dekat-dekat je."
"Tak pe kan Syakirah? Awak tak kecil hati kan?" Ayah dengan nada memujuk.
Aku diam, tidak mengangguk mahupun menggeleng. Sekadar tersenyum. Harapnya senyuman itu mampu menggembirakan hati Ummi dan Ayah walaupun hati aku masih berperang untuk redha.
Lagipun aku masih dalam jagaan Ayah Ummi. Ayah adalah wali mujbir, aku perlu menurut sahaja. Aku percaya, tentu Ayah tidak pilih sebarangan. Pasti sahaja seseorang yang mampu membawa aku menggapai cintaNya hingga ke syurga. InsyaAllah.
Namun, aku masih perlu pertolongan dari Allah untuk menentukan keputusan yang terbaik. Ya, istikharah sahaja jalan yang ada. Ya Allah, berikanlah bantuanMu.
Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini ... adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini ... mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya. Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Ada macam ala-ala cerita Nur Kasih tak? Waktu Nur dipaksa untuk menerima Adam? hahA! Baiklah, ini cuma cerita dongeng. Tidak pernah berlaku pun lagi. Ayah tidak akan pernah memaksa anaknya menerima lamaran sesiapa. Ayah membiarkan anak-anaknya membuat pilihan sendiri, asalnya tidak membelakangkan AGAMA.
Tetapi, aku cuma mahu ingatkan kepada lelaki-lelaki soleh sekalian, sekiranya anda menghormati seseorang muslimah dan anda mahu menjadikan dia zaujah, anda perlu menghormati walinya juga. Wali adalah orang paling berhak ke atas muslimah tersebut. Seeloknya berundinglah terus kepada walinya. Janganlah dinyatakan hasrat kalian kepada muslimah tersebut dahulu. Bukankah tidak manis begitu?
Anta, bakal zauji, ana pun bercakap dengan anta. (Andai anta adalah salah seorang pembaca blog analah. Hee~) Ana mahukan ikatan yang suci yang tidak pernah dicemari oleh maksiat. InsyaAllah. Ana masih mempersiapkan diri untuk menjadi solehah kepada seorang zauj yang soleh. Amin.
Ehhh?? Melalut panjang pula. Cerita asal sebenarnya lain. Sengaja mahu buat kontroversi dahulu pada mukadimah. Berjaya tak? Hee~
Ceritanya bermula dengan ini:
Iya, tawaran tiba-tiba datang. Seorang sahabat mengundang. Tetapi apa-apa pun aku wajib meminta izin dari Ayah dan Ummi.
Petang semalam, "Ayah, Ala nak pergi kampung orang asli boleh?"
Ayah diam lima saat. Daripada berdiri terus duduk di atas kerusi.
"Bila?"
"Lusa."
"Berapa hari?"
"Empat hari je. 4 sampai 8 hari bulan."
"Kat mana?"
"Tempat hari tu la. Kat Kelantan."
"Tak payah la..Ayah Ummi tak puas lagi tengok muka awak. Bulan puasa pulak tu."
Ummi pula mencelah, "Ummi kalau boleh nak anak-anak Ummi ada kat rumah je bulan-bulan puasa ni. Nak puasa sama-sama. Tapi apakan daya, Abang dah duduk KL, Akak dah kawen, Abangme LI kat Lumut pulak. Ala temanlah Ummi dan Ayah kat rumah."
Aku diam. Sambil berfikir sambil meletak sepenuh harapan pada Ilahi. Aku kena belajar untuk redha.
"Tak payah pergi la ye? Tak kecik hati kan?" Ayah dengan nada memujuk.
Aku senyum. Kemudian cuba sedaya upaya untuk mengangguk redha. Lemah.
Aku sudah mendapat jawapan dari Ayah Ummi. Aku masih perlukan jawapan dariNya. Kepada sahabatku, aku sudah nyatakan, paling awal aku boleh memberi jawapan pun adalah malam semalam.
Istikharah menemani solat terawikh. Dalam sujud terakhir aku memohon petunjuk dariNya. Semoga Allah membantu aku membuat keputusan. Jika Engkau meredhakan aku untuk kembali ke Tohoi, lembutkanlah hati Ummi dan Ayah. Jika tidak, berikanlah aku peluang untuk terus berbakti kepada Ummi dan Ayah. Amin.
Pagi tadi sebelum bersahur aku ambil waktu untuk meletakkan dahi ke sejadah. Masih memohon agar Dia menguatkan hati ini.
Sinar kudus dhuha aku iringkan dengan ayat suciNya. Semoga hati aku diteguhkan dengan jawapan dari Ilahi.
"Salam loh. Maaf sgt3, ak da try pjuk parents ak tp dorg cm tak bpe nk bagi. Lg pn adik bradik ak yg len tade kt umah, so aku jela nk b'bakti kt parents ak. Ikot aku, mmg nk g, tp my parents need me more. Thnx weh sudi jemput. Ak doa prog ni b'jln lancar n b'jaya. Amin"
Message delivered.
Aku yakin dengan hasil istikharah ini. Semoga Allah terus bersamaku dalam menentukan arah kehidupan ini. Aku redha untuk segalanya.
Iman dan hati aku kini seiring berkata, "Mujahidah, tidak layak kamu mahu berdakwah dan berbakti kepada ummah andai Ummi dan Ayah kamu abaikan. Redha mereka adalah redha Allah."
*Senyum :)
Sunday, July 31, 2011
Ramadhan Kareem :)
Aku mulakan dengan asma' Allah Ar-Rahman Ar-Rahim. Segala puja dan puji hanya layak bagiNya. Mengharap redhaNya mengiringi setiap hembusan nafasku. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk hidup dalam nikmat iman dan Islam. Semoga dipanjangkan umur untuk menemui Ramadhan yang insyaAllah bermula pada maghrib ini. Ya Allah, rindunya pada bulan mulia ini!
Malam ini bermulalah ibadat terawikh. Teringat lagi terawikh berjemaah di maktab dahulu. Rindunya pada alunan-alunan selawat di antara dua rakaat terawikh itu. Allah. Semoga aku masih sempat menikmati rasa syahdu itu. Amin.
Rindu juga menyambut ramadhan bersama-sama sahabat ketika di maktab. Berbuka bersama-sama. Bersahur dikejutkan oleh warden. Teringat suara nyaring Cikgu Halijah bersama Cik Pah End mengejutkan kami bersahur. Tidak lupa pada heiler (seriously, how to spell this thing?) yang kian menjadi 'lullaby' untuk kami.
Sahabat, walau di mana kalian berada, semoga ramadhan kali ini lebih baik daripada ramadhan yang sebelunnya. InsyaAllah. Aku doakan semoga segala amalan kita diterima dan mendapat tempat disisiNya. Amin.
Ramadhan di UIA lain pula suasananya, tetapi masih indah. Lainnya ialah makanan perlu dibeli sendiri, bukan lagi beratur di DS. Terawikh pula ikut kehendak sendiri, berjemaah atau bersendirian, tidak lagi warden memaksa untuk turun berjemaah di surau. Di CFS dahulu sempat jugalah merasai sekali berpuasa di sana. Kadang-kadang terawikh di musolla KC sahaja. Kadang-kadang di masjid. Apa yang aku suka di musolla KC ialah di antara empat rakaat akan ada tazkirah pendek dari brothers DQ.
Di main campus pula, baru sekali berpuasa di sana. Pernah beberapa kali pergi ke bazaar ramadhan bersama Akak. Itu kenangan yang sangat seronok. Terawikh pula selalunya di MPH Safiyyah sahaja. Ke masjid hanya apabila ada kawan untuk ke sana. Kedua-dua tempat seronok. Harapnya masih punya peluang untuk merasai ramadhan yang akan datang di UIA lagi. Amin.
Walau apapun, berpuasa di kampung halaman adalah terbaik. Dapat meluangkan masa bersama keluarga. Juga dapat mengikut ayah ke masjid-masjid di merata tempat.
Di mana pun tempat kita menyambut ramadhan, harapnya roh ramadhan itu tetap hidup. Bulan inilah kita mahu melipatgandakan amalan kita. Bulan ini jugalah kita mahu mendidik nafsu kita kerana syaitan tiada lagi untuk menggoda kita. Antara kita dan nafsu sahaja, sama ada kita berjaya mengawalnya dengan iman atau sebaliknya. Beramallah, seolah-olah ini adalah ramadhan yang terakhir buat kita semua.
Di kesempatan ini, saya mengucapkan ramadhan kareem kepada pembaca-pembaca yang sudi membaca blog yang serba kekurangan ini. Mohon maaf andai terdapat salah dan silap yang sengaja atau yang tidak disengajakan. Semoga kita berjaya di madrasah ramadhan ini dengan ijazah TAQWA. InsyaAllah, amin.
Allahu'alam bissawab.
*Senyum :)
Wednesday, July 27, 2011
Sharing is Caring :)
Aku kembali menukil kalam dengan menyebut asma' Allah. Segala puji dan puja hanya layak bagiNya. Semoga redhaNya tidak pernah berhenti mengiringi aku. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.
Alhamdulillah, atas segala nikmatMu yang tidak terhingga.
Sekadar mahu berkongsi satu artikel yang aku sendiri tidak pasti dari mana. Asyik membelek files dalam hard disk terjumpa ini. Jadinya, ini bukan hasil tulisanku. Cuma ingin berkongsi dan harapnya bermanfaat. InsyaAllah.
Adab-adab memberi nasihat
1. Meluruskan niat sebelum menasihati
Luruskan niat sebelum menasihati seseorang supaya tidak ada yang berasa disakiti. Ikhlas menasihati saudara semuslim semata-mata karena Allah. Seharusnya seorang yang ingin memberikan nasihat itu perlulah bersih dari segala bentuk niat yang terpesong kerana ia akan memberi kesan ke atas nasihat yang ingin diberikan.
Janganlah menasihati seseorang itu kerana ingin menunjukkan kitalah orang yang benar, tetapi tegurlah kerana ingin mengajak sahabat ke jalan yang benar.
2. Menjaga ukhuwah semasa menasihati.
Diusahakan supaya menasihati saudaranya dengan tidak diketahui orang lain. Sebahagian ulama berkata, “Barangsiapa yang menasihati seseorang dan hanya ada mereka berdua, maka itulah nasihat yang sebenarnya. Barangsiapa yang menasihati saudaranya di depan banyak orang, maka yang demikian itu mencela dan mencelakan orang yang dinasihati.” Islam mengajar umatnya supaya mempunyai akhlak yang tinggi. Dalam hal menasihati juga terdapat perkara ini. Ini menunjukkan bahawa Islam amat menjaga hati dan maruah orang yang dinasihati supaya tidak berlaku perpecahan kerana perkara nasihat.
3. Bersih hati semasa menasihati.
Menggunakan bahasa yang halus dan menegur hanya untuk perkara-perkara yang salah. Kadang-kadang kita sering menggunakan perkataan yang sangat teruk untuk meluahkan nasihat kita. Dalam ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah yang berbentuk menasihati, kita lebih gemar menyatakan salah orang lain seolah-olah mereka yang melakukan perkara tersebut sangat jahat dan sudah tiada ruang untuk bertaubat. Seharusnya selaku seorang pendakwah, nasihat adalah senjata utama yang perlu digunakan sebaiknya.
4. Memikirkan cara yang terbaik untuk menasihati saudara.
Seboleh-bolehnya mengenali dulu saudara yang bakal kita nasihati itu. Nasihatilah mereka dengan kasih sayang dan jadilah sebahagian dari mereka, kerana dari situ kita akan tahu apa puncanya mereka begitu.
5. Memberi waktu dan kesempatan
Beri waktu dan kesempatan kepada saudara yang dinasihati untuk mengubah sifat buruk/ kesalahan yang dilakukannya. Manusia perlukan masa untuk berubah, jangan memaksa mereka untuk berubah mendadak, ia bukan dalam lingkungan tugas seorang pendakwah. Dalam berdakwah perlu akan sifat sabar dan berserah kepada Allah. Jadilah orang yang sentiasa mengharap pertolongan Allah dan jangan mudah putus asa di atas nasihat yang diberikan kerana itu mungkin ujian yang telah ditentukan oleh Allah untuk menguji kesabaran.
Ayuh semua sahabatku, kita renungkan kembali perkara yang telah kita lakukan selama ini, nasihat yang telah kita berikan kepada orang lain atau nasihat yang diperolehi daripada orang lain, adakah kita sudah melaksanakan amanah ini?
Jangan jadi golongan yang hanya tahu menasihati sedangkan mereka tidak sedia untuk dinasihati.
*Senyum :)
Tuesday, July 26, 2011
Khas untuk Siti Zulaikha Mohd
Aku mulakan dengan asma' Allah. Harapnya Allah akan melimpahi rahmat dan kasihNya buatku dan sahabat yang aku sayangi, Ika. Aku sentiasa mendamba redhaMu Ya Allah.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
La haula wala quwwata illa billah.
I've read your blog, dear. I feel so mad. Yes, definitely. Mad at myself for being away from you. And now I understood thoroughly this isn't the best way.
Ika,
Kite tak mampu nak jadi macam Kak En yang sangat memahami Ika. Kite tau, lebih banyak perkara Ika kongsi dengan Kak En dan bukan kite. Kite tak kisah langsung, sebab kite tau dia lebih memahami Ika. Kalau Ika cerita kat kite pun, mungkin respons yang akan kite bagi tak macam yang Kak En bagi. She's supportive, while I'm not. Itu memang kelemahan kite, tak tahu macam mana nak bagi respons yang baik kat orang lain. Dan kite gembira Kak En ada untuk Ika kongsi masalah Ika sebab kite suka bila tengok Ika tenang. I love to see smiles on your face.
Ika,
Kite memang tak mampu nak jadi macam Angah yang sangat care kat Ika. Well, he knows more than me, indeed. Mula-mula memang kite terkilan, kenapa Angah lebih tahu daripada kite. Terasa sangatlah teruk kite ni sebagai seorang sahabat. Tapi lama-lama kite sedar, kalau kite tahu pun, cara kite ambil berat pasal Ika tak macam cara dia. Sifat caring sememangnya kelebihan dia. Kite pulak, memang hati keras. Maklumlah, orang tade adik, mana tahu nak ambil berat pasal orang lain. Kite tak tahu nak tunjukkan sifat prihatin. Ego tinggi. Tapi jujurnya, kite bersyukur sekurang-kurangnya ada orang ambil berat pasal Ika pada saat kite tak mampu nak buat camtu. Tadelah Ika akan rasa tiada siapa yang peduli pasal Ika. Kite gembira Angah ada, sebab kalau kite je, mesti Ika akan rasa teruknya ada sahabat macam kite. Tak tahu nak ambil berat kat Ika. Dan alhamdulillah, kite tahu, Ika tak sorang-sorang.
Ika,
Lagilah kite tak mampu nak jadi macam Along yang selalu ada kata-kata nasihat untuk Ika. Dia sentiasa sedia with his wisdom words untuk naikkan semangat Ika balik. Sedangkan kite, hanya tahu berdiam diri. Dan diam kite pulak telah melukakan hati Ika. Kite tak pernah ambil hati jika Ika lebih memilih Along untuk mendapatkan nasihat dan pandangan sebab kite tahu memang kite tak mampu. And I believe, he has done his best to be such a great brother to you. Kite bersyukur, Along wujud dalam keluarga yang ada tiba-tiba ini. Sebab, ada orang akan terus bagi kata-kata semangat untuk Ika. Ada orang akan sentiasa menasihatkan Ika. Sekurang-kurangnya kite tahu, Ika tak dibiarkan sendiri. Kalau kite je ada di samping Ika, mungkin Ika akan selalu rasa kehilangan dan down.
Terima kasih Kak En, Angah, Along sebab ada untuk Ika di saat saya tidak mampu untuk melakukannya. Terima kasih kerana mengasihi dan menyayangi dia. Terima kasih kerana terus memberi dia semangat untuk terus hidup. Terima kasih kerana memberi Ika senyum di saat dia berduka. Terima kasih!
Dan paling utama, terima kasih Allah kerana memberi sahabatku ini limpah rahmat dan kasihMu. Kerana memberi dia peluang untuk merasai nikmat kasih sayangMu. Terima kasih Allah kerana mengurniakan di sisinya insan-insan yang baik hati untuk menemaninya pada ketika aku tidak mampu untuk melakukan perkara tersebut. Aku pohon agar Engkau sentiasa menjaga dan melindunginya di setiap ketika. Amin.
Aku bersyukur Ya Allah kerana menganugerahi dia sebagai sahabat yang aku cintai.
Ika,
Kerana diri kite yang serba lemah ini, kite tak mampu nak jadi macam Kak En, Angah, mahu pun Along. Tetapi kite tetap menjadi diri kite, Ika. Kite tetap menjadi sahabat Ika, di dunia dan insyaAllah hingga di akhirat kelak. Kite akan sentiasa menjadi sahabat yang mahu menemani Ika di kala Ika sunyi. Kite sentiasa ingin menjadi sahabat yang mahu membuat Ika tersenyum di saat Ika bersedih. Kite mahu menjadi sahabat yang berkongsi rasa sakit kerana kite tak nak Ika menderita sorang-sorang. Dan kite mahu menjadi bahu, tempat Ika menangis.
Memang, kite tak mampu jadi macam mereka, tetapi kite tetap akan menjadi seorang SAHABAT Ika, percayalah. Ketahuilah, kite tak pernah menjauh dari Ika sebab Ika selalu ada dalam hati kite. Sayang kite pada Ika kerana Allah ta'ala. InsyaAllah.
Ika, mati itu bukan hanya disebabkan sakit. Andai ajal sudah memanggil, tiada siapa dapat menghalang. Tiada siapa yang tahu sama ada kite or Ika yang pergi dahulu. Semua itu di luar pengetahuan kita, Ika. Sementara masih punya waktu, dekatkanlah diri kepada Allah kerana Dia sebaik-baik tempat bergantung. Kami yang berada di samping Ika adalah secebis tanda cinta Allah buat Ika. Selebihnya hanya ada padaNya. Andai Ika yang pergi dahulu, tiada sekelumit rasa sakit hati pun ada pada kite, andai ada yang perlu dimaafkan pun, kite dah lama maafkan. Tetapi andai kite yang pergi dahulu, maafkan kite sebab tak mampu menjadi seperti mereka yang sentiasa menyenangkan Ika. Maafkan kite kerana menyakitkan hati Ika. Maafkan kite kerana membiarkan air mata ika mengalir. Redhakan kehidupan kite sepanjang kita menjadi sahabat.
Ika, mengingati mati itu perlu. Tetapi perlu disertakan dengan persediaan-persediaan untuk menghadapiNya. Kite berdoa agar sama-sama sempat untuk merasai ramadhan dan juga sama-sama di syurga kelak. Amin.
Lagu ini khas untuk Ika:
Wednesday, July 13, 2011
Aku Menjauh Kerana Ingin Mendekat
Dengan menyebut asma' Allah aku memulakan kalam. Segala puji dan puja hanya layak bagiNya. Aku tidak pernah berhenti berharap agar redhaNya mengiringi setiap hembusan nafasku. Selawat dan salam aku titipkan buat junjungan mulia Rasulullah SAW.
Aku sentiasa berharap iman mengemudi penulisanku. InsyaAllah.
Aku sedar, memang fitrah insani, iman selalu sahaja ada naik dan turunnya. Tatkala iman di atas, nafsu merintih tewas. Namun, di kala iman menurun nafsu seolah melonjak gembira kerana kembali mengawal hati anak Adam.
Dek kerana itulah kita perlu selalu memperbaharui syahadah kita, bukan? Supaya sentiasa menyedari hakikat diri sebagai hamba. Ya Allah..Betahkah aku menjadi hambaMu dengan sebenar-benar makna hamba? Berikan aku petunjukMu. Pimpinlah setiap langkahku.
Melihat anak-anak muda sekarang bebas bergaul tanpa menghirau batas syara'. Lelaki dan perempuan bebas bergurau senda. Hati terasa sakit melihat situasi begitu, iman perit menahan pedih.
Namun, apa bezanya aku dengan mereka? Bermuhasabah aku sendiri. Lama aku berfikir, mencari jawapan yang konkrit untuk segala persoalan yang bermain di fikiran. Kepada seorang sahabat aku meluahkan supaya berkurang sedikit apa yang terbeban. Air mata mengalir juga. Bukan kerana sedih, tetapi kerana kecewa kepada kelemahan diri. Sering tewas pada kehendak nafsu. Astagfirullahal'azim.
Ukhuwah itu indah, kerana itu aku tidak mahu mencemarinya dengan maksiat. Aku cuba merungkai satu per satu apa yang menjadi persoalan dalam diri ini. Sahabat menasihatkan, sebelum berbuat apa-apa, minta petunjuk daripadaNya dahulu. InsyaAllah.
Alhamdulillah dengan jawapan-jawapan daripada mereka, aku menghuraikan apa yang berserabut. Aku semakin jelas dengan tindakan yang bakal aku ambil. Semoga niatku diperbetulkan dan teguh keranaNya. Aku mahu berubah keranaNya, kerana cintaNya.
Sebelum mencari, berusahalah untuk menjadi. Kata-kata ini tersemat kemas dalam ingatanku.
Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah. Tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya, kerana Allah teramat mencintainya.
Layakkah aku digelar wanita yang suci? Rasanya hati ini sudah terlalu penuh dengan tompok-tompok hitam. Terlampau banyak perkara yang merosakkan hati sudah aku lakukan. Kini saat untuk berubah. Sucikan semula hatimu, mujahidah. Kembali kepada fitrah.
Kerana itu aku ingin menjauh dari kalian, demi mendekatkan diri kepada Dia, cintaNya. Hatiku hanya milikNya, bukan yang lain. Cintaku teristimewa hanya pada Dia.
Ya Allah, peliharalah hatiku, cintaku hanya kepadaMu sebelum insan yang benar-benar layak yang telah Engkau janjikan buatku hadir untuk sama-sama merasai keindahan cintaMu. Tautkan hatiku dengan hatinya di jalanMu agar tenang memikul amanah dakwahMu. Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Wednesday, June 15, 2011
Satu
Al Khawarizmi,seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik;Dia menjawab :Jika wanita solehah dan beragama = 1Jika dia cantik;
tambah 0 kepada 1 =10Jika dia kaya ;
tambah lagi 0 = 100Dan jika dia dari keluarga baik-baik ;
tambah lagi 0 = 1000Tetapi jika yang "1" tiada...maka...tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0".
Sunday, June 12, 2011
Syukur
Aku memulakan bait-bait kalam dengan menyebut asma' Allah. Segala puji dan puja hanya layak bagiNya. Mengharap redhaNya sentiasa bersama di setiap hembusan nafasku. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.
Alhamdulillah. Ungkapan yang selalu terungkap di bibir kita. Namun sejauh mana kita benar-benar menghayati lafaz itu? Adakah ianya hanya ungkapan di bibir sahaja? Atau ia benar-benar lahir dari hati? Jawapannya ada pada kita, tepuk dada tanya iman.
Aku telah diamanahkan dengan sebuah nama yang membawa maksud cahaya kesyukuran. Tentunya harapan ayah dengan menamakan aku sebegitu agar anaknya kelak menjadi insan yang sentiasa bersyukur. Dan mungkin juga nama ini diberi tanda kesyukuran ayah kepada Pencipta kerana dikurniakan aku.
Apapun alasannya, nama itu satu doa. Seperlunya aku berakhlak seperti maksud namaku.
Kelmarin, ayah membawa aku ke kedai makan dan meng'order'kan makanan buatku. Aku hanya menurut. Sampai sahaja makanan itu di meja, baru aku tahu makanan itu tidak begitu mengikut seleraku. Aku hanya makan perlahan-lahan berusaha untuk menghabiskan agar tidak mengecilkan hati ayah. Namun makanan itu terlalu banyak. Aku dan Ummi terpaksa membungkusnya pulang. Harap-harap ayah tidak terasa dengan sikapku itu.
Dalam kereta aku memuhasabah diri sendiri. Makanan itu bukan tidak enak cuma tidak berapa kena dengan selera, itu sahaja. Kenapa aku tidak bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan untukku pada hari itu? Kenapa harus aku merungut di dalam hati? Astagfirullahal'azim.
Aku membayangkan keadaan orang yang lebih susah dariku. Terbayang aku wajah kanak-kanak di Tohoi. Bagaimana mereka sanggup memunggah sampah-sampah kami untuk dimasukkan ke dalam mulut mereka. Dan bagaimana mereka berkejar-kejaran di saat makanan dihidangkan kepada mereka. Dan aku? Memilih itu dan ini untuk makan. Mulia sangatkah aku jika dibandingkan dengan mereka? Aku juga manusia seperti mereka. Aku juga berasal dari air mani yang hina. Tiada apa yang lebih mulia aku berbanding mereka. Huh! Insaflah Syakirah.
Aku tersedar ketika itu. Nama bukan hanya sekadar untuk diletakkan di kad pengenalan hatta lebih dari itu. Nama itu untuk dihayati maksudnya, juga sebagai cerminan akhlak diri.
Istigfar aku di dalam hati menginsafi kekhilafan diri. Tekad kemas dipateri, "Aku mesti menjadi hamba yang sentiasa bersyukur!". Bukan untuk ketika ini sahaja tetapi selagi nyawa masih di jasad. InsyaAllah.
Menguntum senyum. Terima kasih ayah untuk makanan itu dan lebih lagi untuk nama yang diamanahkan ini.
*Senyum :)
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras."
Ibrahim [14:7]
Friday, June 10, 2011
Pemilik Cintaku
Aku memulakan tarian jari di atas papan kekunci ini dengan menyebut asma' Allah. Mengharap redhaNya mengiringi setiap hembusan nafasku. Segala puji dan puja hanya layak bagiNya. Selawat dan salam turut aku sertakan kepada junjungan mulia Rasulullah SAW.
Semalam aku kembali ke bumi pahlawan itu. Bumi tempat aku mengenal erti hidup dan menimba ilmu. Tidak bercadang pun untuk ke sana. Cuma weekend yang lepas, Safwan membuka isu ini di chatbox. Sebagai sahabat yang memahami, aku memberitahu kepulanganku ke Ipoh dan kemungkinan untuk menyertainya ke Pasir Salak. Hari Rabu aku tiba di Ipoh, petang itu juga dia sms dan bertanya kepastian perancangan itu.
Jadi, puas hati tak Encik Safwan?
Untuk tidak kekok di rumah ustazah Fazila, aku mengajak Wani ikut serta. Malulah jika berdua sahaja dengan Safwan untuk berjumpa ustazah dan cikgu Amir. Benar, Ummi dan Ayah yang menghantar aku ke Pasir Salak itu, tetapi ke rumah ustazah hanya kami sahaja.
Seingat aku, kali terakhir aku berjumpa dengan Safwan ialah sewaktu mengambil keputusan SPM. Ketika itu masih ada krisis, jadi masing-masing tidak berani untuk bersembang. Sekarang semua krisis sudah hilang bersama waktu. Masing-masing sudah matang dan membawa hal sendiri. Perkara lalu biar menjadi sejarah dan kenangan untuk kita tersenyum di masa hadapan.
Cukup, jangan dipanjang-panjang cerita itu. Biar kekal dalam sejarah.
Bersembang itu dan ini dengan ustazah. Dia bertanya, " Ada tak batch kamu yang dah kahwin?". Setahu kami tidak, yang sudah bertunang adalah seorang yang kami tahu. Lalu ustazah memberitahu ada beberapa senior kami yang sudah berkahwin dan ada yang sudah mempunyai anak pun. Senior kami yang paling tua pun adalah batch SPM 2004. Jadi ditolak tambah, umur mereka sekarang adalah 24 tahun, sebaya dengan akak. 1st batch itu tidaklah dihairankan sangat. Tetapi yang agak mengejutkan kami ialah yang sudah mempunyai anak itu adalah pasangan yang hanya tua setahun dari kami. Kami saling berpandangan sesama sendiri. Dalam hati aku berkira-kira bila pula giliran aku?
Safwan lalu bertanya kepadaku, "Shark, kat UIA bukan ke kalau kawen dapat rumah?"
Engkau mahu sangat aku berkahwin awalkah, Encik Safwan? Sabar, aku masih mencari calon yang benar-benar dapat membimbingku menuju syurga Allah. Jikalau adapun aku berjumpa beberapa lelaki yang baik akhlaknya, cuma aku yang tidak cukup sempurna buat mereka. Biar aku memperbaiki diri sebaiknya dahulu baru mengharap yang soleh, bukan?
Sebenarnya aku takut untuk mengharap. Pernah beberapa kali aku berharap kepada manusia namun tiap kali itu juga kecewa yang aku peroleh. Tidak guna rasanya untuk aku terus menanti kepada seseorang itu. Jodoh sudah sedia ditetapkan di lauhul mahfuz. Jika benar dia yang Allah tetapkan buatku, pasti akan bersatu juga apabila tiba tika dan waktunya.
Aku sedar hakikat iman diri yang lemah ini. Selalu sahaja bertekad untuk tidak ter'suka' kepada mana-mana insan bernama lelaki. Tetapi di kala syaitan mendatangkan bisikannya, aku jadi lemah. Hatiku terbuai dengan perasaan sendiri.
Aku memilih seorang sahabat untuk menceritakan perasaanku. Dia yang aku percaya untuk hal-hal ini. Tetapi jangan risau sahabat, doakan sahaja yang terbaik untukku. Dan, percayalah, aku tahu sekarang bukan masanya untuk aku memilih. Study is my first priority right now! ;)
Lagipun, cintaku sudah dimiliki. Dia. Seluruh jiwaku hanya untukNya.
Ya Allah, teguhkan cintaku kepadaMu. Jangan biarkan hatiku hanyut dengan perasaan cinta yang semu. Izinkan aku merasai nikmat cintaMu sebelum aku mengenali cinta insani. Amin.
Jika telah tiba saat untuk aku mencintai hambaMu, aku mohon saat itu hati aku telah dipenuhi dengan kecintaan kepadaMu.
Jika telah tiba saat untuk aku merindui hambaMu, aku mohon saat itu hati aku telah terlebih dahulu merindui pertemuan denganMu.
Jika telah tiba saat untuk aku jatuh cinta kepada insan itu, biarlah cinta itu dititipkan kerana cintaku kepadaMu.
Jika telah tiba saat yang mengizinkan aku merindui insan itu, biarlah rindu itu membuatkan perasaan rinduku kepadaMu semakin utuh.
Ya Allah, peliharalah hatiku, cintaku, rinduku hanya untukMu selagi yang halal belum muncul untukku.
Wednesday, June 8, 2011
Kasih Sayang adalah Penawar
Aku memulakan kalam dengan menyebut asma' Allah. Segala puji dan puja hanya layak untukNya. Aku mengharap redhaNya mengiringi setiap hembusan nafasku. Selawat dan salam aku titipkan buat junjungan mulia Rasulullah SAW.
Sakit adalah kifarah dosa, insyaAllah. Itu yang aku pegang dan yakini. Sakit bukanlah musibah yang patut dikesali tetapi sesuatu yang patut direnungi. Bayangkan, jika kita tidak ditimpa kesakitan berapa kali sangatkah kalian akan mengingati Allah? Berapa kerapkah kalian bersyukur dengan nikmat sihat yang Allah kurniakan? Tentu jarang sekali bukan? Aku juga begitu, aku akui. Astagfirullahal'azim.
Alhamdulillah, sekarang sudahpun berada di rumah berjumpa Ummi Ayah. Sakit luka ini terasa berkurang di saat melihat muka mereka berdua. Itulah nikmat kasih sayang, bukan? Dalam keadaan kaki aku begini, langkahku agak songsang dan perlahan sedikit. Lalu Ummi memimpin tanganku, berjalan perlahan-lahan menemaniku. Itu tanda kasih. Itu tanda cinta. Subhanallah.
*Senyum :)
Dua tiga hari kebelakangan ini entah mengapa mood aku sedikit terganggu. Terasa ketat pipi untuk senyum. Tidak tahu kenapa keadaan hormon begini, kitaran itu belum waktunya lagi. Mencari-cari jawapan dari kelmarin lagi. Sungguh, aku tidak pasti kenapa perasaan aku terganggu.
Mungkin juga sebab..
Hari Selasa lepas, satu situasi berlaku yang memerlukan untuk aku memilih. sepanjang perjalanan aku ke tempat pertemuan itu, hati aku berperang. Langkahku seperti serba salah untuk meneruskan perjalanan. Sambil melangkah, sambil perasaanku berdebat. Hebat. Namun aku tetap meneruskan langkah hingga sampai ke situ.
Sepanjang melangkah, niatku ditajdid setiap saat. Bimbang kalau-kalau syaitan meniupkan godaan halus dalam diri ini. Azan berkumandang, namun aku tetap terus melangkah ke situ biarpun imanku mengatakan berhenti. Pedih imanku di saat sampai ke situ kerana tewas pada keinginan sendiri. Air mata hampir menitis, atau sudah pun membasahi kelopak mata. Tanya seorang sahabat, "Kenapa ni?" Lidah aku kelu. Tidak mampu memberikan jawapan yang tepat kepadanya. Hanya senyuman dan mengatakan, "Tiada apalah."
Tidak mampu aku berlama di tempat tersebut, lalu aku mempercepatkan diri ke masjid. Mengadu segalanya kepada Ilahi. Dia Maha Mengetahui segalanya. Semoga diampunkan kekhilafanku. Memang menyesal kerana pilihan yang aku buat hari itu tidak tepat. Astagfirullahal'azim.
Dan selepas saat itu, aku selalu murung. Walau zahirnya aku masih mampu untuk senyum dan tertawa bersama rakan, hakikatnya itu sekadar lakonan. Palsu. Demi menyembunyikan perasaan sendiri ataupun untuk memujuk lara hati.
Iya, sekarang hatiku masih pilu. Aku pulang ke kampung halaman juga untuk menenangkan perasaan sendiri dan mencari jawapan untuk persoalan-persoalan yang bermain di fikiran.
Bukan aku melarikan diri dari masalah, tetapi mencari jalan untuk menyelesaikannya. Semoga Allah memimpin arah hidupku. Amin ya Rabbal 'alamin.
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia."
Ar-Ra'd [13:28]



