Dengan asma' Allah aku memulakan kembali penulisanku yang terhenti beberapa ketika. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW. Semoga redha Allah bersama di setiap hembusan nafasku.
Semalam pulang ke kampung sebentar, melawat Opah yang sakit. Sementelahan Ayah ada pengajian di sana. Opah hanya terbaring sahaja di tilam usangnya. Hendak ke mana-mana pun perlu bantuan orang lain. Kasihan Opah. Aku masih ingat apa yang Opah tuturkan semalam.
"Bawakla saya ni ke hospital.."
Bukan kerana apa, Opah tidak mahu menyusahkan anak-anaknya. Sebak hatiku semalam. Aku sendiri tidak mampu melayan Opah dengan baik. Sihat sebelum sakit.. Itu iktibar yang aku pelajari. Wajib sentiasa mensyukuri nikmat sihat yang Allah berikan ini.
Tinggal di kampung memang tenang. Jauh dari kesibukan kota. Udara juga nyaman. Pagi tadi sempat aku keluar menghirup udara kampung yang belum tercemar. Alhamdulillah, tenang, nyaman dan sejuk juga. Sudah lama tidak merasa pagi di kampung. Iyalah, selalunya hanya pulang hari sahaja, tidak bermalam. Alhamdulillah, semalam diberi kesempatan bermalam di kampung. Syukur.
Beberapa gambar sempat aku abadikan. Keindahan begitu hanya layak ciptaanNya. Yang Maha Kuasa. Dengan berbekalkan kamera handphone Sony Ericsson W910i yang hanya 2 megapixels itu aku mencuba sehabis baik mengabadikan keindahan pagi tadi. Rugi pula rasanya kerana terlupa membawa kamera digital. Untung lagi kalau dapat pinjam 'kamera besar' milik abangme itu.
bebas menjalar di bumi Allah
sekumpulan ayam mencari rezeki di awal pagi
disebalik bunga jejarum, mengintai Ayah dan Amin
bunga sebagai hiasan di tepi rumah
semalu bersama durinya
matahari semakin menampakkan diri
Indah bukan?sekumpulan ayam mencari rezeki di awal pagi
disebalik bunga jejarum, mengintai Ayah dan Amin
bunga sebagai hiasan di tepi rumah
semalu bersama durinya
matahari semakin menampakkan diri
Rasa-rasanya mahu sahaja tinggal di kampung. Sudah berumah tangga nanti harapnya ada sebuah rumah di kampung, yang udara paginya masih berkabus. Boleh begitu, bakal suamiku? hihi~
No comments:
Post a Comment