Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah Rabbil 'Alamin.
Thursday, May 28, 2015
Mentari.
Thursday, January 29, 2015
I, II dan III
| sumber: google |
Saturday, June 14, 2014
Pohon Kenangan
![]() |
| credit |
Friday, May 4, 2012
Senyum Purnama
Monday, September 5, 2011
Lelaki...
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Yahudi.
Dulu bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.
Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.
Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tidak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.
Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.
Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.
Dulu,
Lelaki memperjuang deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunnurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuang diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.
Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.
Kembalilah lelakiku,
Pada kelelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.
Di ambil dari Novel Syabab Musafir Kasih karya Fatimah Syarha Mohd Noordin.
Bukan niatku untuk merendahkan kalian sebagai lelaki. Cuma ingin menaikkan semangat kalian supaya bangkit menjadi pejuang agama. Bangkitlah! Kami semua menanti.
Wednesday, August 10, 2011
Abdi
terasa jauh dan terus menjauh
saat bibir melantun zikrullah
hati tidak lagi bergetar
tempat sujud terpandang sepi
sukar mencari makna ibadah
Engkau tidak pernah menjauh
aku yang sering leka
sedang air mata terasa kering
bahkan dosa terasa selesa
di mana hatiku untuk cintaMu?
di mana jasadku untuk diabdi?
jangan biar aku terasa indah dalam maksiat
hingga hilang nikmat untuk ibadat
Allah, aku tetap perlu cintaMu
ambillah hatiku, duniaku
jika itu yang diperlu..
Nukilan,
Mujahidah
[1322]
10 Ramadhan 1432H
Saturday, June 18, 2011
Menanti
Aku mulakan dengan menyebut nama Allah, mengharap redhaNya di setiap hembusan nafas. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.
Dalam doa tak pernah putus
aku menanti kehadiranmu
bagi menuntun aku
menuju ke syurga abadi
selagi ijab belum dikabul
bukan perhatianmu yang aku perlu
tidak juga senyumanmu
hanya ku mahu
kamu bantu diriku
menjaga hatiku, juga hatimu
agar tidak terpedaya
angan-angan yang syaitan jadikan indah
kerna aku wanita
yang sedia fitrah lemah
dan kamu, lelaki
yang seharusnya menguatkan aku
untuk terus teguh mencari cintaNya.
Syakirah Talha
[2202]
18 Jun 2011
16 Sya'ban 1432
nota kaki: Tidak pasti ada kaitan dengan keadaan sekarang atau tidak. Tetapi, masih, kepada para lelaki, silalah faham keadaan wanita yang lemah ya? jangan memberi harapan kepada kami selagi tidak pasti untuk dijadikan isteri :)
Friday, May 6, 2011
Apa itu cinta?
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aku mengharap redhaMu di setiap hembusan nafasku. Segala puji dan puja hanya layak bagiMu. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.
Malam ini tiba-tiba datang mood tentang cinta. Entah mengapa, hati terasa penuh dengan cinta pada malam ini. Terusik dek perkataan itu. Suka. Tadi sempat menonton semanis kurma berkenaan 'Kasih Ibu'. Sungguh menyentuh qalbu.
Tidak mudah melafaz cinta. Dan sajak dari filem Ketika Cinta Bertasbih ini menerang tentang cinta. Aku hayati dan dalami.
Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta..
Dideklamasikan oleh Ayyatul Husna
Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri…
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..
Dideklamasikan oleh Anna AlthaFunnisa
Indah sungguh cinta jika bermatlamatkan Allah. Aku berharap cinta yang aku pelihara kemas di dalam hati selama ini hanya layak diberikan kepada insan yang Allah takdirkan buatku. Ya Allah, peliharalah cintaku agar tidak melebihi cintaku kepadaMu. Tautkanlah hatiku dengan hati insan yang sama-sama melabuhkan cintanya kepadaMu. Satukanlah kami dengan rahmat dan cintaMu. Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Wednesday, April 27, 2011
yakin
Tuesday, February 15, 2011
Sesegar Haruman Ukhuwah
lambaian dedaun setia mengikut rentak
bisikkan rinduku, kasihku kepadanya
kerana cintaNya kita bertemu
kerana ukhuwah kita bersatu
teman,
perjuangan ini tidak pernah mudah
jihad ini memerlukan mujahadah
teguhnya kita kerana sepakat
sepakat membela agama Allah
kerana dakwah itu amanah.
Dengan asma' Allah aku mulakan kembali menukil kalam yang sekian lama terhenti. Mengharap redha Allah di setiap hembusan nafasku. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.
Siapa kata kita tidak boleh menyambut Hari Kekasih? Apalah guna kita mencintai andai tidak boleh meraikan hari yang istemewa itu? Hari itulah kita mahu mengekspresikan kecintaan kita kepada Kekasih kita. Ya, aku benar-benar maksudkan di sini, tidak ada salahnya kita menyambut hari kekasih. Dan aku tidak akan berubah pendapat. Teguh.
Masalahnya sekarang adalah siapa kekasih kita sebenarnya? Definisi cinta itu sendiri kita tersilap, apatah lagi untuk tersilap meletak hati kita kepada siapa. Bulan ini memang bulan cinta. Bulan menzahirkan rasa cinta kita kepada Kekasih Agung kita, Rasulullah SAW. Nah, itu di sebenarnya Kekasih Agung. Setelah hati ini milik Allah, Rasulullah adalah yang sepatutnya menduduki tempat kedua di hati kita. Teringat sebuah hadith:
[maksud hadith]
Harap diperbetulkan andai tersalah dimana-mana.
Alhamdulillah kerana sepanjang berada di bumi UIA ini majlis ilmu ada di mana-mana. Bulan cinta ini terasa meriah disambut oleh semua. Dua hari lepas sempat aku meluangkan masa menonton teater muzikal Islam "Cintaku Milik Siapa?". Bagus jalan ceritanya. Menanam cinta kepada Allah dan Rasulullah melebihi segalanya. Iya, cintaku milik Allah dan kemudian Rasulullah.
Semalam pula berkesempatan hadir di forum "Pemilik Cintaku". Panjang lebar dibincangkan soal cinta. Moderatornya adalah Saudara Faiz, President ENMSS. Manakala speakernya terdiri daripada Ustaz Amiril, salah seorang peserta Imam Muda dan Umi Rosmawati, Pengasas Raudhatus Sakinah. Alhamdulillah, program-program seperti ini sedikit sebanyak berjaya menyuntik rasa cinta kita kepada Al-Khaliq dan kekasihNya, Rasulullah SAW.
Seronok sangat kerana semester ini aku berkesempatan untuk melalui semua ini. Juga alhamdulillah kerana berpeluang menyertai Daurah Mentoring VIM. Rindu pada usrah ketika di sekolah dahulu sedikit sebanyak terubat juga. Teringat perbincangan pada minggu pertama dahulu mengenai sahabat sejati. Antara pendapat yang aku terkesan adalah dari Kak Farhana mengenai di mana untuk mencari sahabat sejati. Kami semua setuju sahabat sejati itu bukan mudah untuk ditemui, tetapi tidaklah payah untuk dicari. Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa mengingatkan sahabatnya kepada Allah. Aku sendiri masih gagal menjadi sahabat seperti itu. Maafkan aku sahabat. Dan apa yang Kak Farhana katakan adalah, mengikut apa yang aku simpulkan, sahabat yang baik itu berada di tempat yang baik-baik. Pergilah ke majlis-majlis ilmu, ke tempat yang adanya perhimpunan untuk mengingati Allah, insyaAllah, sahabat sejati akan ditemui di situ. Cinta Allah akan dapat dilihat dengan cinta-cinta dari saudara seakidah kita. Benar, apabila seseorang itu disayangi oleh orang lain, itu tandanya Allah sedang mencintainya. Wallahu'alam.
Ukhuwah itu indah, tambah lagi jika disulam atas cinta kepada Allah.
Terkenang juga kenangan di Pasir Salak dahulu ketika menjadi naqibah. Entah, rasa menyesal itu hadir juga dek kerana kelemahan aku untuk mewujudkan suasana kasih sayang dalam keluarga kecilku itu. Aku akui, ketika itu soft skill aku masih lemah. Andai dapat aku ulangi masa lalu, aku berharap dapat memperbetulkan kesilapan dahulu. Namun aku terima semuanya sebagai pengajaran. Tanpa melakukan kesilapan kita tidak akan belajar. Dan teringat sebuah kata-kata hikmah, "Kejayaan yang sebenar adalah apabila kita berjaya bangkit dari kegagalan".
Wallahu'alam bissawab.
p/s: Terlalu banyak untuk dirindui pada masa silam. Kenangan di sekolah pasti kenangan terindah. Mengajar aku erti kehidupan dan menjadi manusia. Rindu juga kenangan masuk forum dahulu. Ya, debat juga. Rindunya!
Wednesday, December 1, 2010
Sakti
Dengan asma' Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW yang sentiasa dirindui.
kerana lambat aku mentafsir
kerana rumit untuk kusedar
aku baru merungkai
dan
aku memilih untuk menjauh
walau kutahu hakikatnya
tidak pernah mudah..
Mujahidah,
[2031]
1 Disember 2010
25 Zulhijjah 1431H
Ipoh, Perak.
Redha Ilahi yang aku cari, itu juga yang aku mahu miliki. Walau mati sebagai galang ganti!
Ini janji sakti.
... dan aku tidak akan berhenti selagi halal bukan hukumnya.
Thursday, November 11, 2010
Hujan
Hujan,
aku cemburu kamu
kamu suci
kamu taat perintah Ilahi
tak pernah ingkar walau sekali
Hujan,
aku cemburu kamu
kamu menenangkan
kamu mendamaikan
hati yang runsing bisa senang
Hujan,
turunlah kamu jangan berhenti
teruslah membasahi bumi
teruslah kamu menyucikan tanah ini
biarkan bumi kembali suci
bebas dari dosa penghuninya
biarkan mengalir debu dan dosa
jauh dari bumi ciptaanNya.
Mujahidah,
[22:19]
11 November 2010
5 Zulhijjah 1431H
Ipoh, Perak.
Bulan
aku sendiri dalam kelam malam
suram, gelap
sunyi.
tapi,
memori itu masih disitu
setia bersemadi untuk dikenangi
jika dulu
kita bersama mengira bintang
kita bersama memuji keindahan ciptaan Tuhan
bersimpuh di atas rerumput yang basah
sama-sama mengukir senyum
kini,
engkau di sana menggapai bintangmu
aku di sini melukis pelangiku
namun aku tetap percaya
kita masih melihat pada bulan yang sama.
12:27 am
11 November 2010
5 Zulhijjah 1431 H
Ipoh, Perak.
Didedikasi khas buat sahabat-sahabat yang aku cintai dan aku rindui. Ukhuwah yang kalian berikan amat mahal harganya. Syukur Ya Allah dengan nikmatMu ini.
Sunday, July 25, 2010
Di sini..
Dengan mengharapkan redha Allah, aku mulakan dengan menyebut namaMu Ar-Rahman, Ar-Rahim. Aku titipkan rindu dan kasih buat kamu yang bergelar sahabat.
aku langsung tidak mengerti
kenapa perlu aku menanti
di sini
menunggu, menambah rindu
Namun
diri ini tetap mahu di sini
supaya nanti
apabila kau cari
kau akan temui
aku
sedia untuk berlari
bersama mengejar pelangi..
3:55pm
Mahallah Safiyyah, J 1.3
*Maaf. Ini bukan puisi cinta.
nota kaki: Aku mahukan yang halal buat kau dan juga aku. Aku mahu menggapai impian dalam keredhaan Allah. InsyaAllah.
Friday, April 30, 2010
Mardatillah
Kekuatan itu dicari,
Keberanian pula dibina,
Kesabaran perlu dilatih,
Kecintaan harus disemai,
Kelemahan bukan penghalang,
Ketakutan jangan menyesakkan,
Kemarahan hanya menambah parah,
Kebencian jauh ku usir,
Kerana aku mencari,
Terus mencari,
Redha Ilahi..
Ahad, 25 Apr 2010,
11 J/Awal 1431
[6.26 pm]
Sunday, February 28, 2010
Tuhanku
jika sunyi yang aku perlukan untuk dekat dengan cintaMu,
biarkan aku sunyi,
jika sedih yang mampu dekatkan aku dengan rahmatMu,
biarkan aku sedih,
andai dunia ini nikmat yang mendustakan,
jauhkan aku darinya,
Tuhanku,
andai hatiku telah mati,
Kau kurniakanlah aku hati yang suci,
hati yang tidak pernah alpa dari mengingatiMu,
hati yang sentiasa mencintaiMu,
hati yang baru, yang mendamba reda Ilahi..
mujahidah_qurratuaini
9 feb 2010
[1105]
Saturday, February 27, 2010
Fitrah
namun jika salah caranya menjadi fitnah,
hatiku lemah,
mengharap untuk dicintai dan mencintai,
aku takut,
hatiku kecewa,
kerna cinta manusia bisa menyakitkan,
bisa melukakan,
bisa melalaikan,
bisa mendustakan,
Jangan intai hatiku, cinta!
hatiku hanya milik Yang Maha Mencinta,
milik Sang Pencipta Cinta,
kerna cintaNya, tidak mengecewakan,
tidak menghampakan,
tidak mendustakan,
dengan cintaNya aku hidup,
dengan cintaNya aku mati,
tanpa cintaNya, aku tidak mengerti,
mujahidah _qurratuaini
ahad, 7 Feb 2010 [1652]

