Demi Masa

Monday, March 16, 2015

Resah.

Bismillahirrahmanirrahim.
 
Untuk apa dilihat wujud
Kalau bila ada, dihukum sepi?
16 Mac 2015
[3.59pm]
 
Tak siapa pernah menjanjikan sambung MSc ni mudah. Pasti ada ketikanya akan rasa sangat terbeban dan hampir tak mampu. Allahu akbar.
 
Saat itulah kau akan rasa mahu lari dari dunia nyata dan menyendiri di dunia yang kau reka. Tapi berapa kali kau hadapi rasa resah itu dengan ucapan istighfar pada mulanya?
 
Astaghfirullah al azim.
 
Dia lebih mengetahui biarpun sebelum kau nyatakan. Dia tahu kau penat. Dia tahu kau resah. Sepatutnyalah hanya pada Dia kau menyerahkan segala urusan.
 
Manusia, selalu terlupa.
 
.
.
.
 
 
Banyak kali timbul rasa rugi kerana sempat ke Raudhah hanya sekali sewaktu ziarah Masjid Nabawi dulu. Banyak kali terbit rasa kesal kerana kesihatan tak mengizinkan untuk bertawaf di kaabah dan berdoa di depan multazam berkali-kali sewaktu umrah hari itu.
 
Tapi apa yang aku mungkin terlepas sedar ialah Allah itu bukan Tuhan Madinah atau Tuhan Makkah sahaja. Dia mendengar doa kita walau di mana pun kita berdoa. Yang penting doa itu benar-benar dipanjat dengan sepenuh keyakinan. Allah, Tuhan Yang Maha Mendengar. Lalu apa lagi yang kita ragu?
 
 
 
p/s: Moga diri lebih tenang menghadapi pancaroba dunia demi menggapai akhirat yang kekal selamanya.  
 


No comments: