Demi Masa

Friday, March 6, 2015

Hujan.

Bismillahirrahmanirrahim.

sumber: google
Petang itu aku balik lewat dari lab. Hampir maghrib. Perut pula mula berkeroncong sejak asar. Usai mengemas working bench dalam lab aku menutup lampu dan kipas semua. 

Keluar lab dengan satu nafas berat terlepas. Lega. Satu lagi hari yang sangat padat berakhir. Alhamdulillah.

Aku pandang langit. Gelap. Aku pasti aku tidak bawa payung di dalam beg. Aku melangkah perlahan-lahan meraikan kepenatan diri seharian berhempas pulas dalam lab.

Allah, kalau Engkau nak turunkan hujan biarlah aku sampai mahallah dulu.


Aku tanam keyakinan dalam-dalam di dasar hati. Sungguh-sungguh aku percaya Allah mendengar dan Dia tak mungkin menzalimi aku.

Aku yakin kalau pun hujan turun sepanjang perjalanan aku dari Kulliyyah Engineering ke mahallah, pasti itu yang terbaik untuk aku.

Melangkah perlahan sehingga setiap batu-batu di jalanan aku mampu untuk kira satu per satu. Penat. Hanya Allah sumber kekuatan.

La hawla wala quwwata illa billah.

Angin sejuk. Sangat mendamaikan. Alhamdulillah. Aku tengok gelagat pejalan kaki yang lain. Aku kira mereka juga punya doa yang sama dengan aku. Ada yang mempercepatkan langkah. Ada yang sudah bersedia membuka payung.

Sedar dalam tak sedar, syukur akhirnya aku sampai gate Mahallah Aminah. Mula terasa titis-titis air dari langit. Sejuk, cukup menyegarkan. 

Lalu aku cepatkan langkah agar cepat sampai ke Mahallah Asiah sebelum hujan melebat. Melawan penatnya diri. Memaksa lenguhnya kaki. Cukuplah zikir sebagai peneman. Cukuplah doa sebagai penguat.

Menapak sahaja kaki ke mahallah sendiri, hujan tanpa segan silu mencurah ke bumi. Aku terus ke cafe mengisi lapar perut sendiri. Beli makanan yang ringkas dibungkus senang dimakan di bilik saja sambil melepaskan lelah.

Keluar pintu cafe aku lihat basketball court sudah basah sepenuhnya ditimpa hujan.

sumber: google


Aku senyum.

Kan betul, Allah itu Ar-Rahman? Dia memakbulkan doa hambaNya.

Subhanallah. :)

No comments: