Bismillahirrahmanirrahim.
Aku mulakan dengan menyebut asma' Allah. Moga redha Ilahi sentiasa mengiringi. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.
Subhanallah. Alhamdulillah. La ilaha illallah. Allahuakbar.
Assalamu'alaikum :)
"Semua orang ada masalah!"
Mainstream sangat phrase ni awal tahun dulu. Well, I'm not going to blog about that issue pon.
Starting awal Mac, dah mula sibuk dengan macam-macam program. Masa-masa macam ni lah jadual kita terganggu. Plan begini dan begini. Tapi begitu dan begitu yang jadi. Kadang-kadang sampai terguna semua masa yang diperuntuk untuk 'bercinta' dengan buku-buku.
Aku bukan jenis orang yang mampu laksanakan something ad hoc. I need to plan first.
Kadang-kadang aku overreact jugak bila someone cuba langgar prinsip aku ni. Tak suka, tahu tak?
I do have reasons why and why. Sebab tu kadang-kadang aku lebih suka kerja sendiri-sendiri. Bila bekerja dengan orang, macam ni lah jadinya.
Stress.
I almost gonna blow up semalam. And at one time, I felt that no one is there for me. Rasa sedih ya amat. Tertekan sorang-sorang.
Tapi, kemudiannya Allah mengetuk hati.
Istighfar Syakirah, istighfar..
Allah tak pernah biarkan hambaNya sendiri.
Duduk di satu sudut sendiri. Zikir tak henti. Patutkah aku meletakkan persandaran pada manusia, sedangkan Allah lebih mengerti?
Rasa lebih tenang. Biarlah air mata terus mengalir. Menginsafi khilaf diri yang sering alpa.
Allah, jangan biarkan aku terus menjauh dariMu. Peluklah aku dengan cintaMu.
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.[Ar-Ra'd 13:28]
No comments:
Post a Comment