Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji dan puja bagi Allah, selawat dan salam buat Rasulullah.
Segala puji dan puja bagi Allah, selawat dan salam buat Rasulullah.
Entah kenapa, hari ini rasa sayu sangat. Dengar azan zohor tadi sampai mahu menitis air mata. Satu, sangat menggetar hati mu'azin itu melaungkan azan. Dua, aku bayangkan andai itulah azan terakhir yang akan aku dengar.
Sudah lama tak menangis rasanya. Sebab itu mungkin Allah sentuh hati ini. Datangkan itu dan ini supaya aku kembali mengadu kepadaNya. Allah mahu aku terus berharap padaNya, tidak yang lain.
Jujurnya terasa sangat-sangat lemah dan mungkin hampir berputus asa. Entah bila aku tahu makna putus asa itu. Ketika membaca kalamullah, Allah seolah-olah berbicara kepadaku.
"Dan apabila Kami berikan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan (rahmat) itu. Tetapi apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) kerana kesalahan mereka sendiri, seketika itu mereka berputus asa."[Ar-Rum 30:36]
Aku lantas tersedar. Layakkah aku berputus asa padahal semua ini adalah kerana silapku sendiri? Air mata mengalir tersedar dengan hakikat. Pasti Allah menghikmahkan sesuatu. Aku wajib percaya.
"Dan tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan Dia (pula) yang membatasi (bagi siapa yang Dia kehendaki). Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang beriman."[Ar-Rum 30:37]
Layakkah aku menggelar diri sebagai beriman sedang bila ditimpa ujian yang sedikit aku menjadi lemah? Muhasabah mujahidah, muhasabah.
Allah tidak pernah berlaku kejam, hatta manusia sendiri yang menzalimi diri mereka sendiri.
Pasti Allah mahu mengingatkan hambaNya supaya tidak lalai dan tidak leka. Jika tidak didatangkan ujian, manusia tentu sahaja alpa.
Tentunya.
Mujahidah, jangan putus asa! Allah sedang berbicara denganmu. Teruskan perjuangan, mantapkan persediaan. Yakin, Allah sebagai penolongmu. Hasbunallah wa nikmal wakil.
No comments:
Post a Comment