Demi Masa

Friday, May 4, 2012

Muhasabah

Bismillahirrahmanirrahim.

Mengharap redha Allah di setiap hembusan nafas ini. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Rajin pulak malam ni nak tulis blog. Assignment padahal beratur menunggu aku siapkan. Revision itu dan ini lagi. Final bukan lama lagi. Pejam celik, tarik nafas hembus nafas dah sampai final. Time tu nanti baru nak tercungap. Manusia, often waits until 11th hour..

Seronok dapat beli buku tadi. A thousand thanks to Kak Ecah sebab temankan pergi Aeon tadi. Urm, sepanjang masuk Gombak ini first time keluar untuk urusan peribadi dengan kawan. Nak cakap anak manja? Saya tak kisah.


Pergi MPH bagai menggila tengok buku. It's a heaven! Capai satu buku, 'brain rules' by John Medina. Harga dia memang sesak nafas juga, tapi sebab beli buku, tak rasa rugi apa pun.


Semalam, selesaikan report EXCITE. Alhamdulillah, settled! Banyak sangat kisah dengan EXCITE yang terpendam dalam hati. Sekarang, aku mahu lupakan semua. Mesti ada hikmah, bukan?


Seharian meluang masa bersama report, semasa berwudhu' untuk solat maghrib tersedar ada luka kecil di tangan. Teringat dulu-dulu, ustazah pernah pesan sakit itu kifarah dosa. Kalau dapat luka tu tandanya Allah nak ampunkan dosa kita.


Ingatan itu terus menghantar mesej ke otak melalui saraf-saraf. Apalah dosa yang aku baru buat tadi ya? Harapnya luka itu jadi kifarah, dan dosaku diampun. Amin.


Muhasabah, mujahidah. Entah dosa apa yang dilakukan dalam sedar atau tidak. Kena selalu koreksi diri. Semoga hari mendatang, kita menjadi lebih baik. InsyaAllah.

No comments: