Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah masih berpeluang menghirup udaraNya. Segala puji dan puja buatMu Ya Rabbi. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.
Aku tetap mengharap redha Ilahi sentiasa mengiringi hembusan nafas ini.
Tentu sahaja kalian pernah telinga dimasuki air bukan? Jadi bagaimana kalian lakukan untuk mengatasi masalah ini. Adakah menggoncang-goncang kepala kemudian mengharap daya graviti akan mengeluarkan air dari telinga anda? Atau mengambil putik kapas dengan harapan kapas tersebut akan menyerap air?
Aku pernah mencuba kedua-dua cara tersebut juga cara lain yang mana tidak menunjukkan kesan pun. Cuma satu cara yang insyaAllah berkesan, masukkan air lagi ke dalam telinga yang telah sedia dimasuki air itu. Kemudian dengan daya graviti insyaAllah air itu akan keluar semuanya.
Begitulah, mahu dikeluarkan air, perlu masukkan air.
Mengapa aku ceritakan petua-petua ini semua? Sebenarnya ini cuma analogi. Aku terfikir perkara ini beberapa hari sudah selepas telinga aku dimasuki air. Kemudian aku kaitkan situasi itu dengan tugas dakwah.
Pernah terfikir bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu masalah ummah? Adakah dengan memaksa masalah itu selesai atau dengan hidup dalam masalah itu dan selesaikan bersama?
Mungkin boleh kita yang tidak bersama dengan masalah itu boleh berjaya menyelesaikan masalah. Tetapi peratusnya ternyata sedikit berbanding kita yang merasai setiap masalah itu.
Satu contoh yang aku terfikir saat ini. Misalan, ada satu golongan yang tegar dengan hiburan. Hinggakan kadang-kadang atau selalunya perintah Tuhan diabaikan.
Situasi pertama datang seorang dae'i yang menghentam golongan ini. Dikatakan fasik kepada mereka. Dikatakan neraka untuk mereka. Common sense, mahukah golongan tersebut insaf dengan kata-kata dae'i itu? Tentulah tidak. Batu dibaling batu, bunyi lantunannya kuat. Malah batu menjadi terlempar jauh.
Situasi kedua datang seorang dae'i yang cuba mendekati golongan ini dengan bertukar minat yang sama cuma saluran mereka berbeza. Kedua-duanya jadikan hiburan sebagai minat. Golongan yang sukakan hiburan ini tetap boleh meminati hiburan mereka cuma Sang Dae'i mengubah pendekatan hiburan mereka sedikit demi sedikit untuk mendekati Allah. Tidak memaksa tetapi mengajak bersama. Memang, akan ada yang katakan cara yang lembut untuk hati yang keras takkan berjaya. Tetapi tahukah anda, air juga mampu melekukkan batu di gua?
Maka jadilah seperti air. Nampak lembut pada zahirnya tetapi cukup kuat sifatnya. Seperti air yang dimasukkan ke dalam telinga tadi, adakah ia menjadi kekal di dalam telinga lalu menambahkan masalah? Tidak bukan? Bukan sahaja ia tidak terpengaruh dengan air yang sedia tersumbat di telinga malah menyembuhkan pula masalah. Subhanallah, ajaib sungguh ciptaan Allah.
Walau apapun, usaha tanpa tawakal pada Allah, tetap dianggap kosong. Jika berjaya sekalipun, tentu tidak kekal. Jauhkan takbur, usaha kita sebagus mana pun, tetap juga Allah yang mengurniakan kejayaan itu.
Aku masih bertatih dalam dakwah, dan aku mohon istiqamah dalam perjuangan ini. Amin.

No comments:
Post a Comment