Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.
Aku tahu mati akan menjemputkutapi aku selalu alpa dengan indahnya duniaasyik dengan nikmatnya sihatsedang ajal bukan menemu hanya yang sakitAllah,sedarkan aku hakikat kematianakhiri aku dalam keimananAmin Ya Rabb.[0934]7 November 2012
Rabu lepas, sewaktu kelas UNGS 2050 Ethics and Fiqh for Everyday Life, sayup terdengar dari masjid bacaan Al-Quran. Mula-mula hairan juga sebab selalunya pukul 8.30 pagi sahaja ada bacaan doa dan diaminkan beramai-ramai. Lagipun waktu itu sudah pukul 9 lebih.
Aku anggap tiada apa-apa dan terus cuba memberi perhatian kepada lecture. Selang beberapa minit terdengar pula takbir diangkat empat kali. Iya, solat jenazah sedang dilakukan di masjid ketika itu. Memang bukan sesuatu yang pelik pun di masjid UIA. Cuma aku ketika itu tersentap.
Entah rasanya sudah lama jika dikira kali terakhir aku berfikir tentang kematian. Dan mungkin pagi itu Allah memberikan satu petanda supaya aku tidak terus lalai dengan urusan duniawi yang tak akan pernah habis.
Secara tidak dipaksa mata aku tiba-tiba basah. Fikiran yang tadinya berusaha untuk mendengar setiap bait kata-kata pensyarah terus terkalih. Muhasabah berapa kali dalam sehari aku mengingat Allah, mengingat mati itu bila-bila masa.
Astagfirullahal'azim.
Adakah aku terlalu sibuk dengan urusan duniawi sehingga Allah bukan lagi menjadi prioriti utama?
Tuntuni langkahku, Ya Rabb.
Sungguh, kita tak pernah tahu bila masa itu menjemput kita. Tapi setidaknya kita wajib bersedia.
Mati itu pasti, hidup insyaAllah.
-Laksamana Sunan-
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
[Al-Mulk:2]
No comments:
Post a Comment